Home Entertainment The Good Bad Mother – Wanita Disebalik Masker

The Good Bad Mother – Wanita Disebalik Masker

0

Siapakah gerangannya wanita disebalik Masker ‘The Good Bad Mother’ itu?

IMG 5885The Good Bad Mother (Bahasa Korea: 나쁜엄마 ) merupakan sebuah drama bersiri dengan tema kekeluargaan, romantik dan komedi, yang menggambarkan hubungan kekeluargaan yang rumit yang dipenuhi dengan persengketaan dan ketegangan.

Dibintangi oleh Ra Mi-ran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin. Ia telah ditayangkan di JTBC pada 26 April 2023, dan disiarkan setiap Rabu dan Khamis pukul 22:30 (KST). Ia juga tersedia untuk penstriman di Netflix di kawasan terpilih.

IMG 5895

Drama The Good Bad Mother kini yang telah memasuki episod ke 6 menjadi perbincangan hangat sejak penayangannya.

Selain Ra Mi-ran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin, The Good Bad Mother ini juga dibintangi sejumlah barisan pelakon baru lainnya termasuk Yoo In-soo, Jung Woong-in, Choi Moo-sung, Seo Yi-sook, dan ramai lagi.

Apa yang menariknya, dari ramai-ramai pelakon dalam drama itu, terdapat satu watak pembantu yang telah berjaya mencuri perhatian para peminat drama ini.

IMG 5884

Watak tersebut adalah isteri kepada ketua kampung yang diperankan oleh pelakon Kim Won Hae dan wanita tersebut adalah pelakon veteren Park Bo Kyung.

IMG 5889

Penampilannya yang selalu memakai masker muka sering menjadi perhatian, ini adalah kerana tidak pernah lagi menunjukkan wajah sebenarnya dan ini membuatkan para peminat drama ini tertanya-tanya siapakah gerangan wajah sebenar disebalik masker comel-comel yang berbentuk binatang itu semua. LOL!

Watak yang dibawanya juga sangat memghiburkan dan mencuit hati. Kelancangan tutur katanya dan sikap selamba santainya juga boleh membuatkan penonton ketawa berdekah-dekah!

Pastinya sekarang ramai yang telah mengetahui wajah sebenar disebalik masker itu kan?

Jom kita kenal Park Bo Kyung lebih dekat!

IMG 5890

Park Bo Kyung dilahirkan pada 27 November 1981 ini merupakan artis Korea Selatan yang telah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak tahun 2008.

Dia dikenali dengan lakonannya dalam drama “Now, We Are Breaking Up”, “Beyond Evil”, “Link: Eat, Love, Kill”, “Juvenile Justice”, “Hospital Playlist”, “Shadow Beauty”, The Running Mates: Human Rights”, “Little Women” dan dia juga bakal berlakon dalam drama terbaru akan datang “Moving”.

IMG 5891

Dia juga pernah berlakon sebagai watak sampingan dalam filem “The Gengster, The Cop, The Devil”, “Hello Schoolgirl”, “Mr XXX-Kisser”, “The Mayor”, “Man of Men”, “Romang”, dan “Heartbeat”.

Park Bo Kyung merupakan isteri kepada pelakon Jin Sun Kyu. Mereka berdua telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011 dan telah dikurniakan dua orang anak, lelaki dan perempuan.

IMG 5894

Baca Lagi: The Good Bad Mother Drama 2023 Yang Mengharukan

Baca Juga: The Secret Romantic Guesthouse, Bakal Berakhir