Home Entertainment The Secret Romantic Guesthouse, Bakal Berakhir

The Secret Romantic Guesthouse, Bakal Berakhir

0

Drama siri The Secret Romantic Guesthouse (2023) akan melabuhkan tirainya dan bakal berakhir, melengkapkan seluruh episod pada hari Selasa nanti iaitu 16 Mei 2023 yang akan datang di Viu Malaysia

The Secret Romantic Guesthouse ialah siri televisyen Korea Selatan yang sedang dibintangi oleh Shin Ye-eun, Ryeoun, Jung Gun-joo, dan Kang Hoon.

IMG 5875

Perkembangan plot drama siri tersebut juga kelihatan semakin menuju klimaksnya. Walaupun begitu, nasib beberapa watak masih megekalkan elemen misteri dan cukup sukar untuk diteka.

Para penonton pasti berharap watak kegemaran mereka mendapat pengakhiran yang baik dan positif, demikian juga untuk watak antagonis, pasti para penonton mengimpikan nasib buruk buat mereka.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah aganya finale The Secret Romantic Guesthouse nanti.

Jom sama-sama kita lihat apakah harapan penonton setia drama siri ini untuk episod akhirnya nanti:

ee209b45 a7f8 4431 93e8 ece912edf172

1. Tentu, perkara paling utama yang dinantikan oleh para penonton adalah untuk melihat Raja Lee Chang (Hyun Woo) digulingkan dari takhta dan digantikan dengan Kang San (Ryeoun) yang lebih berhak. Semoga Lee Seol dapat menyelamatkan rakyat dari kesengsaraan

f07ddd45 a010 4eba 971e ccdd6d1ae481

2. Walaupun Raja Lee Chang mempercayai Jung Yoo Ha (Jung Gun Joo) merupakan Lee Seol yang sebenar, ramai berharap semoga ini hanyalah rancangan Jung Yoo Ha dan Kang San untuk mengaburi mata Raja Lee Chang

7d20da34 6a69 4478 905c d5a7ce2149b6

3. Dalam situasi tersebut, ramai berharap semoga Kang San dapat menyelamatkan Permaisuri Balu (Nam Gi Ae) dan Shin Won Ho (Ahn Nae Sang) yang nasibnya masih samar

d21ad194 8ff2 4371 9cd9 6b4048a750f9

4. Walaupun perlu menghadapi kawalan ketat istana, diharapkan Kang San dan Kim ShinYeol (Kang Hoon) berjaya menembusi benteng istana agar dapat memastikan keselamatan dah keamanan semua pihak

aed28aff f379 4167 91aa f342b4a80590

5. Jika Permaisuri Balu berjaya melarikan diri, maka proses untuk menabalkan raja baru dijangkakan akan dapat dilakukan walaupun perlu menyaksikan pertumpahan darah

da913a63 27df 460d adff af8810ee609f

6. Sementara Kang San berjaya menduduki takhta, Yoon Dan Oh juga akan bersama-sama mengikuti kekasih hatinya untuk hidup sebagai permaisuri di istana raja, harapnya Yoon Dan Oh sanggup meninggalkan Ihwawon

5b0fa385 e39d 46dd bc34 8c065a9a39a8

7. Ramai juga yang berharap supaya Kim Shi Yeol (Kang Hoon) dan Yoon Hong Joo (Cho Hye Joo) dapat berdamai dengan masa lalu, dan kedua-duanya akan kembali bahagia bersama

IMG 5873

Semakin menghampiri episod akhir, semakin banyak teka-teki bermain di fikiran penonton setia The Secret Romantic Guesthouse. Jangan lupa untuk saksikan segala jawapan kepada semua persoalan anda pada episod finale yang akan datang.

Baca Lagi: Kdrama My Perfect Stranger – 5 Teka-Teki Misteri

Baca Juga: “The Secret Romantic Guesthouse” – 10 Watak Pembantu