Home Entertainment “The Secret Romantic Guesthouse” – 10 Watak Pembantu

“The Secret Romantic Guesthouse” – 10 Watak Pembantu

0

The Secret Romantic Guesthouse merupakan salah sebuah drama siri yang paling banyak dibualkan pada bulan ini.

Kisah dalam drama “The Secret Romantic Guesthouse” ini menonjolkan tiga orang pemuda yang merantau dan menginap di rumah penginapan Ihwawon.

IMG 5192

Ketiga-tiga pemuda ini iaitu Kang San/Lee Seol (Ryeo Un), Kim Shi Yeol (Kang Hoon), Jung Yu Ha (Jung Gun Joo) mempunyai identiti misteri.

Pemilik penginapan Ihwawon, Yoon Dan Oh (Shin Ye Eun) juga berusaha untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan pada masa yang sama, Yoon Dan Oh juga menyimpan rahsia tersendiri.

Selain watak-watak utama yang tersenarai dalam “The Secret Romantic Guesthouse” ini, penampilan pelakon pembantu dalam drama siri ini juga telah berjaya membuatkan para penonton tertarik. Siapakah mereka ini? Jom sama-sama kita lihat:

7bb83683 2818 4d1f 806f 85d56dcd141d
1. Kecantikannya yang menawan dan tingkahnya yang lemah lembut membuatkan para penonton teruja untuk menonton, Yoon Jong Ho (Jo Hye-joo) adalah kakak Yoon Dan Oh yang bersembunyi di unit tambahan Ihwawon sejak tunangannya meninggal dunia

bd38c4c3 2a18 4da2 b849 2c1c2613ac70
2. Na Joo (Lee Mi Do) adalah pembantu yang selalu menemani Yoon Dan Oh dan kakaknya ke mana sahaja dan sangat prihatin terhadap mereka, dia menjaga Yoon Dan Oh dan kakaknya seperti anak sendiri

d6345203 22e6 4ed7 a0d9 c9b19e9876c3
3. Yook Ho (In Gyo Jin), seorang cendekiawan yang sudah lama tinggal di penginapan Ihwawon. Dia menganggap Yoon Dan Oh dan kakaknya seperti anaknya sendiri

a7cf0694 da2d 4af9 a03e cb72765b4fca
4. Hwa Ryung (Han Chae Ah), wanita jelita yang merupakan ketua gisaeng yang bertanggung jawab untuk menguruskan Buyounggak

15db8ea1 bf59 49f1 85b9 fe4a5e52f9f6
5. Ban Ya (Hwang Boreumbyeol) adalah salah seorang bangsawan yang terpaksa menjadi gisaeng demi memenuhi keperluan hidupnya

4548c0b0 0708 40e3 b1d0 929330cf7af4
6. Bekas sida-sida istana No Seung Gil (Lee Joon Hyuk) adalah satu-satunya orang yang mengenali wajah Lee Seol semasa dewasa

5f0737cc 3f56 4ee7 9e59 b5b206b33ed4
7. Wataknya memang berjaya membuatkan para penonton bengang, Jang Tae Hwa (Oh Man Seok) adalah seorang pegawai kerajaan jahat yang menginginkan kematian Lee Seol

44b5e4b3 db01 4797 9c3a 974cd5617921
8. Lee Chang (Hyun Woo) merupakan seorang raja yang kejam yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengisi keinginannya termasuk membunuh dan menipu agar tetap menjadi raja

f017fc48 aa88 415e b5f1 21acf08134d4
9. Jang Hyun (Kwon Do Hyung) adalah anak kepada Jang Tae Hwa sekaligus tunang kepada Yoon Hong Jo yang sudah meninggal dunia sewaktu bertarung untuk membunuh Lee Seol

6de1598a eb75 47fe b285 8f471adf223e
10. Gundik Diraja Park (Gil Eun Hye) merupakan isteri raja yang dikenali sangat ego dan sanggup menipu raja untuk mencapai matlamatnya

Watak-watak pembantu yang tersenarai di atas juga memberikan impak dan kesan tersendiri terhadap jalan cerita The Secret Romantic Guesthouse. Siapakah watak yang paling menjadi tumpuan anda sewaktu menonton The Secret Romantic Guesthouse?

Pastikan anda tonton drama siri ini di Viu Malaysia!

Baca Lagi: 9 Info Menarik The Secret Romantic Guesthouse

Baca Juga: “Doctor Cha” – 9 Sifat Paling Ego Dr Choi