Home Entertainment 11 Kdrama Lakonan Bintang “I Will Travel For You”

11 Kdrama Lakonan Bintang “I Will Travel For You”

0

I Will Travel For You merupakan drama siri terbaru yang diadaptasi daripada novel Jepun popular dengan judul yang sama.

Drama siri I Will Travel For You telah mengesahkan barisan pelakonnya iaitu Gong Seung-yeon, Yoo Joon Sang dan Kim Jae Young.

Drama siri I Will Travel For You menceritakan tentang kisah Kang Yeo Reum (Gong Seung Yeon) iaitu bekas bintang idola yang terpaksa menempuhi onak dan duri dalam kehidupannya untuk menemui kejayaan dan keseimbangan hidup.

Berikut ini merupakan 11 drama siri Korea Selatan yang pernah dibintangi oleh para pelakon drama siri I Will Travel For You.

 

a5490114 c674 43a5 93c3 5f8a606ba3c8
1. Gong Seung Yeon merupakan bekas pejuang MMA yang bertukar kerjaya menjadi pengawal peribadi Seo Kang Joon dalam drama siri Are You Human? (2018)

515c3831 8ccd 4a8d b46a 1f930bc269db
2. Dalam drama siri Flower Crew: Joseon Marriage Agency (2019), Gong Seung Yeon bergandingan dengan pelakon terkenal Kim Min Jae. Membawa genre komedi romantik!

5040c46a 079a 4fdc a09e 3a4f1d7ae21f
3. Gong Seung Yeon membawa watak sebagai adik kepada Kwon Nara dalam drama siri Bulgasal: Immortal Souls (2021). Pada masa lalu, dia merupakan isteri kepada Lee Jin Wook

4fce593f daf6 4d05 9405 1b9e6194945d
4. Gong Seung Yeon berjaya membintangi drama siri The First Responders bersama Kim Rae Won dan Son Ho Jun. Nantikan musim keduanya pula!

30dd7d05 c417 4c99 8d2c 4dd26f8419a2
5. Bergandingan bersama dengan Shin Ha Kyun, Yoo Jun Sang berlakon sebagai pembaca berita yang memiliki rahsia tersembunyi dalam drama siri Pied Piper (2016)

d12e1669 bc7e 4502 bc1c 4453ed84f468
6. Bergenre misteri, Yoo Jun Sang memegang watak utama dalam drama Graceful Friends (2020) bersama Song Yoon Ah, Bae Soo Bin, Han Eun Jung, dan juga Kim Sung Oh

66e7d2ff 7d72 4639 a031 202f8385efea
7. Bersama Jo Byung Gyu, Kim Se Jeong, dan Yeom Hye Ran; Yoo Jun Sang memburu iblis jahat dalam drama siri popular The Uncanny Counter. Tidak sabar menunggu musim kedua nanti!

26be1955 ae07 4f00 bc8c 390639454548
8. Yoo Joon Sang adalah ketua Songrim dalam drama siri Alchemy of Souls. Pada musim kedua, dia akhirnya hidup bahagia dengan Oh Na Ra

3cfe7b1c 920a 435d af85 8333c72ffeb5
9. Berkisahkan tentang cinta dan pengkhianatan, Kim Jae Young melakonkan watak utama bersama Seol In Ah dalam drama siri Beautiful Love, Wonderful Life (2019)

298b6948 a824 4ee4 9a18 587f89496d2e
10. Sementara itu, dalam drama Reflection of You (2021), Kim Jae Young menjalani kehidupan berumah tangga bersama Shin Hyun Been

90d165a2 1db9 41e1 b485 023d2318d608
11. Kim Jae Young membawa watak sebagai seorang jejaka yang menyedihkan dalam drama Love in Contract (2022). Cintanya terhadap Park Min Young tidak berbalas dan hanyar sekadar bertepuk sebelah tangan!

Drama penayangan I Will Travel For You masih dalam perbincangan. Kita tunggu sahaja maklumat terbaru selanjutnya nanti!

Baca Lagi: “The Secret Romantic Guesthouse” – 10 Watak Pembantu

Baca Juga: 9 Pelakon Ini Berjaya, Selepas Menerima Tawaran Yang Ditolak Artis Lain