Home Entertainment 5 Kdrama Menarik Lakonan Kim Dong Wook

5 Kdrama Menarik Lakonan Kim Dong Wook

0

Pelakon Korea Selatan Kim Dong Wook bukanlah nama yang asing lagi buat para peminat drama siri Korea

Kim Dong Wook memulakan kerjaya lakonan dengan melakonkan watak kecil, populariti pelakon berusia 40 tahun ini semakin meningkat. Tambahan pula Kim Dong-wook sekarang ini sedang membintangi dua drama siri baru.

IMG 9153

Jika anda ingin melihat lebih dalam tentang perjalanan karier pelakon ini, lima drama siri ini wajib anda tonton. Ramai juga penonton mulai menjadi peminat setia Kim Dong Wook setelah menonton penampilannya dalam drama siri-drama siri Korea di bawah ini:

 

441b1c52 4c31 4c86 a355 302a8392bf8e1. Delightfully Deceitful (2023)
Delightfully Deceitful (2023) adalah drama siri terbitan tvN yang menayangkan episod perdana pada 29 Mei lalu. Drama ini juga boleh ditonton melalui platform striming Viu Malaysia. Drama siri bergenre jenayah tersebut menjadi drama kedua Kim Dong-wook untuk tahun ini dan drama lakonannya My Perfect Stranger juga sekarang sedang ongoing.

Wataknya sebagai peguam dalam drama siri ini agak berbeza daripada kebanyakan peguam yang umumnya digambarkan dalam drama siri Korea yang lain. Sisi kemanusiaan Han Moo Young (Kim Dong Wook) lebih ditekankan dan diberi perhatian dalam Kdrama ini. Watak peguam yang sanggup mengorbankan kerjayanya demi pelanggan.

b28fc3e3 01ae 43c7 bf93 69b554e09cc62. My Perfect Stranger (2023)
Sementara itu, drama siri My Perfect Stranger yang dibintangi oleh Kim Dong Wook juga sudah boleh ditonton di Viu Malaysia kerana drama siri ini telah ditayangkan sejak 1 Mei lalu. Hanya dalam drama ini sahaja anda dapat menyaksikan Kim Dong Wook membawa watak sebagai seorang pengembara waktu.

Wataknya dalam My Perfect Stranger ternyata disukai oleh ramai penonton. Wataknya sebagai Yoon Hae Joon bukan hanya tampil penuh karismatik sebagai wartawan, tetapi terlihat sangat berwibawa sewaktu menjadi guru pada tahun 1987. Misinya kembali pada tahun 1987 adalah untuk mencari pembunuh sebenarnya pada masa akan datang.

28581acd 218d 4970 a206 4fad18f687be3. The King of Pigs (2022)
Para peminat yang mengikuti perkembangan karier Kim Dong Wook sejak debut pasti sudah terbiasa dengan karakternya dalam drama siri The King of Pigs (2022). Drama siri bergenre thriller itu menyaksikan pelakon ini membawa watak sebagai seorang psikopat yang telah membunuh banyak kawan lamanya.

Karakter pelakon ini sebagai seorang lelaki yang baik langsung lenyap apabila dia melakonkan watak Hwang Kyung Min. Karakter ini terkenal dengan masa lalunya yang kelam dan suram. Dia membalas dendam dengan membunuh para pembulinya yang merupakan kawan-kawan satu sekolah dahulu.

1e15c3d2 5672 4547 b2b8 97afc0cfd4f04. Find Me in Your Memory (2020)
Watak paling ikonik Kim Dong Wook dalam Find Me in Your Memory (2020) tentunya mempunyai tempat tersendiri di hati setiap penonton setia Kdrama ini. Rupa-rupanya sebelum membintangi drama siri My Perfect Stranger, Kim Dong Wook sudah pernah melakonkan watak sebagai seorang wartawan.

Dalam drama Find Me in Your Memory, pembaca berita Lee Jung Hoon cenderung bersikap acuh tidak acuh pada setiap orang di sekelilingnya. Jung Hoon diceritakan mengidap penyakit hyperthymesia iaitu satu keadaan yang membuatnya dapat mengingati masa lalu secara sangat terperinci. Drama ini juga boleh ditonton di Viu Malaysia.

17093617 6262 44e2 a635 9f2ea9b419965. Coffee Prince (2007)
Sejak membuat debut dalam drama siri, Kim Dong Wook memang selalu menjadi bahan perbincangan hangat di setiap platform. Hingga saat ini, pelakon yang dilahirkan pada 29 Julai 1983 tersebut masih dibayangi dengan wataknya dalam drama siri Coffee Prince (2007).

Sementara itu, Coffee Prince termasuk dalam salah sebuah drama Korea yang pernah popular dan trending pada masanya. Drama siri ini menceritakan tentang Kim Dong Wook sebagai seorang barista yang bernama Jin Ha Lim. Karakternya dalam drama ini memang terkenal mesra dan sangat ceria. Tonton juga drama ini di Viu Malaysia.

Kim dong wookPelakon lelaki Korea Kim Dong Wook sudah terjun ke dunia seni lakon sejak tahun 2007 lagi. Popularitinya meroket lagi akhir-akhir ini dan kembali menjadi perbualan ramai. Jangan lupa saksikan senarai Kdrama yang kami nyatakan di atas, anda pasti tidak menyesal!

Baca Lagi: Gandingan Serasi Kim Dong Wook & Jin Ki Joo Dalam My Perfect Stranger

Baca Juga: Kdrama: 5 Watak Pengembara Masa Bulan Mei Ini