Home Entertainment Kdrama: 5 Watak Pengembara Masa Bulan Mei Ini

Kdrama: 5 Watak Pengembara Masa Bulan Mei Ini

0

Kdrama siri bergenre fantasi menjadi salah satu drama siri trending yang sedang ditayangkan pada bulan Mei 2023 ini.

Terdapat bermacam-macam tema cerita yang diadaptasi kepada kdrama siri fantasi untuk bulan ini, salah satu kisah menarik adalah mengenai pengembaraan waktu.

IMG 6118 IMG 6117

Dua kdrama siri fantasi yang mengisahkan perjalanan pengembaraan waktu adalah “My Perfect Stranger” yang mengisahkan tentang watak-watak utama yang kembali ke tahun 1987, serta “Tale of the Nine Tailed 1938” yang mengisahkan tentang pengembaraan watak utamanya sewaktu kembali ke tahun 1938.

Berikut merupakan lima watak pengembara waktu dalam drama siri yang ditayangkan pada bulan Mei 2023:

9ed461f9 3800 4f8c b9b5 3744798d8ad81. Yoon Hae Joon (Kim Dong-wook)
Yoon Hae Joon yang merupakan watak utama dalam drama siri My Perfect Stranger merupakan seorang bekas wartawan yang kini bekerja sebagai pembaca berita.

Watak Yoon Hae Joon yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Kim Dong Wook sebenarnya daripada sebuah keluarga yang kaya raya, dia secara tidak sengaja menemui sebuah mesin waktu.

Mesin waktu tersebut kemudian digunakan oleh Yoon Hae Joon untuk kembali ke tahun 1987 dan menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri yang terjadi di Kampung Woojungri.

Selain menyiasat kes pembunuhan tersebut, Yoon Hae Joon juga mempunyai misi penting yang lain iaitu untuk mencegah kematiannya sendiri.

db2aa388 6c49 4fdf a048 59fcf434545f2. Baek Yoon Young (Jin Ki-joo)
Yoon Hae Joon dalam My Perfect Stranger bukanlah satu-satunya pengembara waktu. Watak gadis yang bernama Baek Yoon Young yang secara tidak sengaja turut terjebak sama bersamanya kembali ke tahun 1987.

Oleh kerana sudah terlanjur berada di sana, Baek Yoon Young yang sedang berduka atas kematian ibunya merancang untuk mengubah nasib ibunya.

Bertemu dengan ibunya yang masih remaja pada tahun 1987 yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang polos, Baek Yoon Young menyamar menjadi pelajar senior dan sekaligus boleh berkawan dengan ibunya dan berusaha mencegah perkahwinan antara ayah dengan ibunya yang menurutnya menjadi titik awal kehancuran hidup ibunya.

b24cbb01 dbca 4d7e 92dc f79ae814be623. Goo Shin Joo (Hwang Hee)
Mengembara ke tahun yang lebih jauh daripada My Perfect Stranger, watak Goo Shin Joo terjebak bersama ketuanya yang sedang menjalankan misi pada tahun 1938.

Goo Shin Joo dalam Tale of the Nine Tailed 1938 adalah salah satu watak yang digambarkan gumiho. Goo Shin Joo yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Hwang Hee amat setia mengikut gumiho yang bernama Lee Yeon selama berabad-abad lamanya.

Sewaktu Lee Yeon dikirim untuk memburu makhluk yang mengacau batas antara alam roh dan alam manusia, Goo Shin Joo turut serta mengikut Lee Yeon yang dan membawanya berakhir berada pada tahun yang juga merupakan era Korea sedang dijajah oleh Jepun.

15602771 4760 415f 9fe1 d1d8bee3a8a74. Cheon Moo Young (Ryu Kyung-soo)
Cheon Moo Young adalah figura yang diburu oleh Lee Yeon yang setelah mengambil batu untuk menjaga batas antara alam roh dan manusia, kemudian melarikan diri ke tahun 1938. Cheon Moo Young yang dilakonkan oleh Ryu Kyung Soo juga bukan merupakan seorang manusia.

Dia adalah bekas dewa gunung yang dahulunya bersahabat rapat dengan Lee Yeon yang juga merupakan dewa gunung pada waktu itu. Namun kerana sebuah insiden, Cheon Moo Young memusuhi Lee Yeon dan merancang untuk membalas dendam.

Kedatangan Cheon Moo Young ke tahun 1938 juga merupakan salah satu bahagian dalam rencana balas dendamnya terhadap Lee Yeon.

8049422d 9efb 43e4 aa26 dcf0b02ff51a5. Lee Yeon (Lee Dong-wook)
Lee Yeon adalah watak yang secara sukarela pergi ke tahun 1938 dan perlu kembali menjadi gumiho untuk menjalankan sebuah tugas dan misi. Datangnya Lee Yeon ke tahun 1938 ini adalah untuk mengejar watak misteri yang ternyata adalah Cheon Moo Young, teman rapatnya dulu sewaktu sama-sama menjadi dewa gunung.

Pengembaraan Lee Yeon ke tahun 1938 ini hanya dibatasi beberapa jam sahaja dan dia perlu kembali pada waktu yang ditetapkan jika dia tidak mahu terperangkap di dalamnya.

Namun sewaktu dalam misinya yang getir, Lee Yeon perlu memlilih antara dua, iaitu untuk kembali ke masa sekarang kerana masanya yang hampir habis atau menyelamatkan adiknya pada tahun 1938 yang sedang nazak!

Akhirnya, Lee Yeon memilih pilihan kedua dan dia terperangkap dalam tahun 1938. Untuk kembali ke masa kini, Lee Yeon perlu kembali membuat perjanjian dengan makhluk yang sama, yang memberinya tugas dari masa kini.

Melakukan penjelajahan dan pengembaraan waktu dengan cara yang berbeza, kisah cerita tentang pengembaraan mereka sewaktu menjelajahi garis waktu dalam My Perfect Stranger dan juga Tale of the Nine Tailed 1938 memang sangat menarik untuk ditonton oleh para peminat setia Kdrama.

Pasti ada kejutan dan perkembangan plot cerita yang menarik dalam setiap episodnya! Jangan lupa saksikan kedua-dua kdrama ini dimana anda boleh tonton “My Perfect Stranger” di Viu dan “Tale of The Nine Tailed 1939” di Prime Video.

Baca Lagi: Kdrama My Perfect Stranger – 5 Teka-Teki Misteri

Baca Juga: Tale Of The Nine Tailed 1938 Pecah Rekod Penonton