Home Entertainment Tiada Jemputan Open House Hujung Minggu Ini? Jom Nikmati 3 Rancangan TV...

Tiada Jemputan Open House Hujung Minggu Ini? Jom Nikmati 3 Rancangan TV Korea Ini

0

Pejam celik, pejam celik dah nak habis dah raya kan? Mesti ada dikalangan anda yang sudah berasa bosan kerana tiada sebarang aktiviti ataupun jemputan open house pada hujung minggu ini.

Apa kata anda gunakan masa hujung minggu anda dengan menikmati 3 rancangan TV Korea ini:

I Live Alone

E6Ym5 4c

I Live Alone, juga dikenali sebagai Home Alone, ialah program hiburan Korea Selatan, yang ditayangkan setiap hari Jumaat di Viu.

I Live Alone diiktiraf sebagai salah satu rancangan “Real-Variety” di televisyen Korea. Program ini adalah program tanpa skrip dan menggunakan teknik dokumentari dengan elemen rancangan pelbagai.

allkpop 1647049826 1637219365 257998770 479558886715002 2911664340656966779 n 1 1

Setiap malam Jumaat, program ini memainkan rakaman daripada kehidupan seharian ahli Rainbow Club yang terpilih, di dalam dan di luar rumah mereka.

Program ini menunjukkan kepada penonton aktiviti seharian selebriti bujang, contohnya seperti ahli kumpulan MAMAMOO, Hwasa, Park Na Rae, Key (SHINee) dan ramai lagi. Sejak penubuhannya, setiap pengacara akan mengumpulkan beberapa tetamu selebriti dan membentuk sebuah kelab yang dipanggil Rainbow Club (무지개; Mujigae).

DvrjYCkUcAEPaBy

Tonton rancangan ini di sini dengan sarikata dan tontonlah dalam HD.

Tripmate, Who Are You

4eyr2J 4f

Rancangan ‘Tripmate: Who Are You?’ merupakan sebuah variety show Korea yang boleh anda tonton serta-merta di Viu dengan sarikata melayu.

Rancangan ini merupakan antara rancangan yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik baik di Korea Selatan mahupun luar negara kerana ahlinya yang datang dari pelbagai Negara.

Antara bintang yang terlibat dalam program ini ialah Sam Kim, Yoon Bo Mi, Kim Nam Joo, dan Lee Jin Hyuk yang akan bertemu dengan pemuzik dari luar Korea.

637b0e996141d

Mereka yang turut menyertai rancangan ini ialah Afgan dari Indonesia, JJ Krissanapoom Pibulsonggram dari Thailand, dan Jun Vũ dari Vietnam.

‘Tripmate: Who Are You?’ ini mengisahkan tentang artis Korea dan juga artis dari Indonesia, Vietnam dan Thailand yang berjumpa untuk pertama kali dan perlu menjalin persahabatan antara satu sama lain.

Namun, untuk trip kali ini, mereka bukanlah selebriti, tetapi sekumpulan rakan-rakan yang menghabiskan masa bersama bergembira dengan pergi melancong yang pasti menyeronokkan.

    sinopsis trip mate who are you cast

Tonton rancangan ‘Tripmate: Who Are You?’ ini dengan sarikata Melayu di sini.

 

No Math School Trip

nonton streaming download drakorindo no math school trip sub indo viu slide banner

Perjalanan penuh peristiwa bermula dengan gabungan enam legenda yang anda tidak dapat lihat di tempat lain. Destinasi pertama mereka ialah Hokkaido, Jepun, tempat yang penuh dengan salji putih.

6 ahli rancangan ini termasuklah D.O EXO, ZICO Block B, Crush, Choi Jung Hoon, pelawak Yang Se Chan dan juga Lee Yong Jin.

dce72940e6

Melalui perjalanan itu, mereka akan mengambil bahagian dalam permainan dan pelbagai misi sambil bercakap tentang topik hangat dan segar.

Dalam rancangan ini, kita dapat melihat enam ahli itu gembira mengembara dan bermain pelbagai permainan menarik sambil melihat pemandangan yang cantik.

Jom tonton rancangan ‘No Math School Trip’ ini di sini.

Di Viu, anda boleh layan kesemua drama dalam HD dan terdapat juga pelbagai sarikata. Langgani akaun premium untuk menonton tanpa gangguan iklan.