Home Entertainment Kdrama Doctor Cha: 10 Kebaikan Diterima Dr Cha

Kdrama Doctor Cha: 10 Kebaikan Diterima Dr Cha

0

Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) dalam Kdrama Doctor Cha adalah suri rumah tangga yang kembali menggapai cita-citanya sebagai doktor pelatih selepas selesai menjalani pembedahan pemindahan hati.

Perjuangan Cha Jeong Suk ini boleh anda saksikan dalam kdrama siri Doctor Cha yang ditayangkan di Netflix pada setiap Hari Sabtu dan Ahad selepas jam 11 malam.

IMG 6120 scaled

Ketika memerlukan penderma hati, suami yang menjadi satu-satunya harapan telah dipaksa untuk menolak melakukannya.

Sudahlah isterinya sedang sakit tenat, suami yang tidak bertanggung jawab Seo In Ho (Kim Byung Chul) sanggup berlaku curang dengan bekas teman wanitanya sewaktu zaman belajar dahulu dan lebih parah mereka berdua mempunyai anak di luar nikah hasil hubungan terlarang mereka.

Walaupun dugaannya sungguh berat, Doctor Cha Jeong Suk mempunyai sikap yang sungguh positif. Dia adalah seorang wanita yang sungguh kuat semangat. Tidak hairanlah jika dia mendapat banyak kebaikan di tengah-tengah masalah yang sedang melanda dirinya.

Apakan nasib baik yang diperoleh oleh Doctor Cha Jeong Suk? Jom sama-sama kita lihat:

602fd27b 4ffc 4a37 b2ed edee6a2a140b1. Doctor Cha Jeong Suk mempunyai ibu yang sangat prihatin, penyayang dan selalu ada untuknya

d90de202 9cc5 4800 929c 96ceff397e382. Dia juga mempunyai sahabat baik untuk berkongsi rasa dan segala masalah, sahabat baiknya adalah Baek Mi Hee (Baek Joo Hee)

d718d75e 3b83 42c8 98c4 54ec646638513. Mengorbankan masa mudanya demi keluarga, anak-anak Doctor Cha Jeong Suk membesar dengan baik, mempunyai prestasi yang bagus, dan sangat menyayanginya

e785cba7 b115 4761 9474 8c7f4875d9414. Ketika putus asa tidak mendapat penderma hati, seorang pesakit mati otak tiba di hospital dan kebetulan pula mempunyai jenis hati yang sesuai untuk Cha Jeong Suk

0ae87ee3 7f4b 4446 baf5 9666214951705. Wanita ini juga dirawat dan diuruskan oleh seorang doktor yang baik hati iaitu Doktor Roy Kim (Min Woo Hyuk) yang selalu memberi semangat untuknya sembuh dan kekal positif

eb541bb5 395a 4431 bda9 5f15643a316d6. Ketika memutuskan untuk kembali mendapatkan kerjayanya sebagai doktor, nasib baik menghampiri Cha Jeong Suk dan diterima menjadi doktor pelatih

b94bbbb9 588d 47a8 8ed2 de23c2a29b347. Berkat kebaikan hatinya juga, terdapat ketua jabatan hospital yang menyokong kerja-kerja Cha Jeong Suk sebagai doktor pelatih

307c5a5e 20e3 469a 8b3c b0832d4596058. Doktor dan kaki tangan hospital menjadi segan dengan Cha Jeong Suk yang memiliki sokongan ketua jabatan hospital

98e79201 8ba2 41cc 8192 0a1f7bbd89fd9. Doktor Roy Kim juga selalu membantunya di tempat kerja

cc43529b 593a 4e14 b5a5 a3e2cd8ca09d10. Doktor Roy Kim yang digambarkan sangat memukau bak ini mempunyai perasaan istimewa kepada Cha Jeong Suk

Nasib yang baik memang selalu menghampiri orang yang baik hati. Begitu juga dengan Cha Jeong Suk dalam kdrama siri Doctor Cha yang mempunyai keperibadian yang baik.

Baca Lagi: Doctor Cha Meraih Rating No 1 Dalam Sejarah JTBC

Baca Juga: 7 Watak Dalam Doctor Cha Yang Menjengkelkan