Home Entertainment Gandingan Serasi Kim Dong Wook & Jin Ki Joo Dalam My Perfect...

Gandingan Serasi Kim Dong Wook & Jin Ki Joo Dalam My Perfect Stranger

0

Kim Dong Wook dan Jin Ki Joo sangat cemerlang membintangi drama siri My Perfect Stranger yang mengisi slot tayangan KBS dan Viu Malaysia

Mengangkat cerita tentang pengembaraan waktu, drama siri yang turut boleh ditonton menerusi platform streaming VIU ini mempunyai jalan cerita yang sangat unik dan menarik serta telah berjaya mengajak para penonton bermain minda dan berteka-teki.

Walaupun berbeza usia sebanyak 6 tahun, Kim Dong Wook dan Jin Ki-joo tetap berjaya membina keserasian sebagai pelakon utama. Kedua-duanya sangat serasi membawa watak guru dan pelajar sekolah menengah dalam drama siri My Perfect Stranger.

Jom sama-sama kita lihat beberapa petikan babak dalam drama siri ini yang berjaya menunjukkan keserasian Kim Dong Wook dan Jin Ki Joo dalam drama siri My Perfect Stranger.

Pada pendapat anda, karakter Yoon Hae Joon dan Baek Yoon Young bakal menyajikan babak romantik atau tidak?

3acf3128 e8b3 443d 9ed1 e0269591e31c1. Kim Dong Wook membawa watak sebagai Yoon Hae Joon, iaitu seorang pembaca berita yang menjadi pengembara masa setelah menemui sebuah kereta misteri yang merupakan mesin merentas masa

Kim dong wook My Perfect Stranger2. Akibat patah hati kerana kematian ibunya, Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) berharap dia boleh kembali ke masa lalu untuk mengubah keadaan yang memilukan itu

34041d33 387f 459f 91ad 8ab351d8afd63. Mengalami kemalangan bersama-sama, Yoon Hae Joon dan Baek Yoon Young terlempar ke tahun 1987 dan sukar pula untuk kembali ke masa kini kerana kereta merentas masa telah rosak

Kim Dong Wook My Perfectly Stranger4. Menyedari bahawa hajatnya untuk kembali ke masa lalu telah terkmakbul, Baek Yoon Young meminta Yoon Hae Joon untuk tinggal sementara waktu di Woojung-ri yang ketika itu berlatarkan tahun 1987

59c43cec 3d37 4ee5 b41c 0659a76972f85. Sama-sama mempunyai misi penting, Yoon Hae Joon menyamar sebagai guru di sekolah menengah. Sementara Baek Yoon Young menjadi anak saudaranya sekaligus pelajarnya juga

06d2c271 36be 4c59 8cd6 933013d2b7f86. Yoon Hae Joon dan Baek Yoon Young turut sama-snaa perlu menyiasat misteri pembunuhan bersiri yang terjadi pada tahun tersebut

e4177f51 ca93 4084 91d2 1de7252e0b7b7. Masing-masing saling menyimpan rahsia, perlahan-lahan Yoon Hae Joon dan Baek Yoon Young terbuka untuk berkongsi dan menceritakan latar belakang dan misi masing-masing

720e71b3 6aaf 461d bcb4 c5fa481b4ca2 18. Sama-sama menjadi mangsa pembunuh bersiri yang misteri, kedua-duanya sepakat untuk bekerja sama merungkai kebenaran

f3fe3197 407c 455d b770 2f06c273de01

9. Walaupun diselubungi misteri dan tidak sempat lagi untuk babak romantik, tidak dinafikan keserasian Jin Ki Joo dan Kim Dong Wook sangat menjadi, gayanya seperti sepasang kekasih!

536f0bd2 ce8b 4b8b 85a1 e9d8ac74ca9310. Perbezaan usia 6 tahun tidak menjadi penghalang kedua-dua pelakon ini untuk menghidupkan hubungan antara karakter dalam drama siri My Perfect Stranger

Kerumitan kisah Yoon Hae Joon dan Baek Yoon Young dalam Kdrama My Perfect Stranger membuatkan para penonton setianya semakin tertanya-tanya.

Adakah kedua-duanya bakal mampu menemui dalang di sebalik pembunuhan bersiri Woojung-ri pada tahun 1987? Bolehkah mereka kembali ke masa kini?

Drama siri ini masih ongoing lagi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan episod barunya setiap minggu ya!

Baca Lagi: Kdrama Pegasus Market Mencuit Hati, Wajib Tonton

Baca Juga: My Perfect Stranger, 6 Masa Lampau Yang Ubah Masa Depan