Home Entertainment First Look “Bloodhounds” Krama Netflix Terbaru

First Look “Bloodhounds” Krama Netflix Terbaru

0

Netflix kembali bakal melancarkan siri original yang terbaru bertajuk Bloodhounds

Bloodhounds ini dibintangi oleh Woo Do-hwan sebagai Kim Gun Woo dan Lee Sang-yi sebagai Choi Woo Jin. Kedua-duanya akan bergandingan sebagai anak muda yang berusaha melawan para lintah darat yang sangat kejam.

IMG 7773

Selain dua orang pelakon utama tersebut, drama siri ini juga turut dibintangi oleh pelakon senior seperti Park Sung Woong dan Heo Jun Ho. Drama siri Bloodhounds ini juga dibintangi oleh pelakon muda yang berbakat besar iaitu Kim Sae Ron.

IMG 7774

Melalui laman Instagram rasmi, Netflix telah melancarkan still cuts, kami telah ringkaskan beberapa first look untuk anda seperti di bawah ini:

a98a3080 c0d1 4c42 84f5 a94aadf28fdc1. Bloodhounds diadaptasi daripada komik web yang mengisahkan tentang cerita dua orang anak muda yang terjebak dalam dunia lintah darat

d353c115 e368 47a1 a231 c58db765ce7c2. Kim Gun Woo adalah seorang pemuda dengan karier yang cerah dan cemerlang, dia adalah seorang petinju dengan bakat dan potensi yang sangat besar

a32aa1a2 80b3 45ab 90f2 32689f148b753. Malangnya Kim Gun Woo terpaksa berhenti dari arena tinju kerana perlu melunasi hutang-hutang ibunya, ibu Kim Gun Woo dibelit dengan hutang lintah darat yang terkenal sangat kejam

13c1c65f 55f4 4170 a784 ba8ff23443b54. Ibu Kim Gun Woo terjebak perangkap hutang dengan seorang lelaki yang bernama Kim Myung Gil, namanya sangat dikenali di kalangan lintah darat dan pemungut hutang

Bloodhounds Netflix 5. Choi Woo Jin yang pada awalnya merupakan saingan tinju Kim Gun Woo, sebelum itu dia pernah bekerja bersama angkatan laut

44411566 caa1 4b73 9aa3 64d50fff64696. Perlahan-lahan Kim Gun Woo dan Choi Woo Jin mula akrab apabila kedua-duanya bekerja dengan CEO Choi

c83ed0b0 68bb 41b0 8f95 124cd0028cf87. Rupa-rupanya dahulu Kim Gun Woo juga bekerja dengan angkatan laut, perkara inilah yang membuatkan Choi Woo Jin rasa seperti mereka mempunyai kehidupan yang hampir sama

05c1bb66 6816 42ac 9aae 9094723ae2648. Sementara itu, CEO Choi sebelumnya merupakan bekas lintah darat yang kejam yang kini meminjamkan wang tanpa bunga kepada mereka yang bermasalah

Bloodhounds Netflix9. Kim Gun Woo dan Choi Woo Jin mempunyai misi yang sama iaitu berjuang untuk melawan para lintah darat yang jahat

af893fbd ed59 4987 b26d 8347f478485610. Drama siri ini juga bakal menonjolkan aksi Choi Siwon yang tampak sangat berkarisma dalam balutan suit berwarna putih

Netflix memang tidak pernah gagal untuk menghiburkan setiap peminat dan penonton dengan tayangan dan drama siri terbarunya. Bloodhounds merupakan drama siri Original Netflix yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Kim Joo Hwan.

Kim Joo Hwan sebelum ini sangat terkenal menerusi filem arahannya seperti The Divine Fury (2019) dan juga Midnight Runners (2017). Drama siri ini bakal ditayangkan pada 9 Jun 2023 nanti dan khabarnya hanya mengandungi 8 episod sahaja. Nantikan tayangannya tidak lama lagi!

Baca Lagi: 3 Kdrama baharu di Netflix pada Jun 2023

Baca Juga: Lies Hidden In My Garden Kdrama misteri terbaru tayang 19 Jun Ini