Home Entertainment Lee Yeon, watak abang yang baik di “Tale Of The Nine Tailed...

Lee Yeon, watak abang yang baik di “Tale Of The Nine Tailed 1938”

0

Dalam Kdrama siri Tale of the Nine Tailed 1938, Lee Yeon (Lee Dong-wook) dan Lee Rang (Kim Bum) yang merupakan saudara tiri dikisahkan pada awalnya saling bermusuhan.

Dalam prekuel “Tale Of The Nine Tailed 1938” ini, segala permusuhan dan persengketaan tersebut adalah disebabkan oleh sebuah salah faham yang dahulunya terjadi diantara mereka.

Tale of the nine tailed 1938

Namun, Lee Yeon telah berjaya membuktikan bahawa dirinya mempunyai niat yang baik dan murni terhadap Lee Rang dan akhirnya mereka saling berbaik.

Lee Yeon kini berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang abang yang terbaik untuk Lee Rang. Para peminat setia drama siri Tale of the Nine Tailed 1938 pasti sudah dapat melihat segala kebaikan yang dilakukan oleh Lee Yeon terhadap adiknya, hubungan adik beradik pastinya tidak akan pernah putus, sama seperti air yang dicincang.

Berikut merupakan beberapa sikap baik yang dilakukan oleh Lee Yeon yang membuktikan bahawa dia sebenarnya adalah seorang abang yang baik untuk adiknya, Lee Rang:

2fd6515a fe46 4040 bf5f 9e7c977f55591. Semenjak kematian Lee Rang, Lee Yeon begitu menyesali pemergian adik tirinya tersebut

6447e591 b1b6 4a21 9689 660fdcb06b20

2. Lee Yeon menangis melihat video perpisahan yang Lee Rang tinggalkan untuknya

226809ca 1a4a 436b 861d 6714ef72d6c83. Lee Yeon sering kali memikirkan cara untuk Lee Rang boleh hidup kembali seperti sedia kala

132ed239 a5b4 4bcb 98e3 5da4700771344. Lee Yeon juga sanggup melakukan apa sahaja (termasuk perkara yang tidak disukainya) untuk memastikan Lee Rang hidup kembali

a90ea959 ecd5 4475 b786 9e05cf38d2775. Ketika Lee Yeon kembali ke tahun 1938, dia melayan Lee Rang dengan sangat baik

35fb3695 e154 4ec5 9752 b0a4829fc32c6. Lee Yeon memberi Lee Rang makanan yang enak serta merapikan penampilan Lee Rang agar tampak lebih kemas dan segak

120c2eef e6d5 4330 857a 5e80efa3a1767. Ketika Lee Rang hampir meninggal kerana ditusuk oleh seorang lelaki bertopeng merah putih, Lee Yeon yang menyelamatkan nyawa adiknya itu

35c64a59 d3df 477e 820d 4ed4f6a60e4c8. Lee Yeon menghadapi banyak masalah demi menyelamatkan Lee Rang yang sedang di ambang maut

Tale of the Nine Tailed 1938

9. Lee Yeon akhirnya terperangkap di tahun 1938 kerana dia menyelamatkan Lee Rang dan telah menggunakan waktu terakhirnya untuk menyelamatkan adik kesayangannya

Hubungan baik antara Lee Yeon dan Lee Rang menjadi salah satu daya tarikan untuk drama siri ini. Berjayakah akhirnya Lee Yeon membuat Lee Rang menjelma kembali? Jangan lupa untuk menonton kisah dua beradik ini yang penuh fantasi dalam drama siri Tale Of The Nine Tailed 1938, hanya di platform penstriman Prime Video!

Baca Lagi: Tale Of The Nine Tailed 1938 Pecah Rekod Penonton

Baca Juga: First Look “Bloodhounds” Krama Netflix Terbaru