Home Entertainment Lies Hidden In My Garden Kdrama misteri terbaru tayang 19 Jun Ini

Lies Hidden In My Garden Kdrama misteri terbaru tayang 19 Jun Ini

0

Lies Hidden In My Garden adalah sebuah Kdrama misteri terbaru yang bakal tayang pada Jun nanti!

Lies Hidden In My Garden bakal menampilkan Kim Tae Hee, Lim Ji Yeon, Kim Sung Oh, dan Choi Jae Rim dan menemui para peminat setia mereka melalui drama siri terbaru yang pada 19 Jun ini.

Drama siri ini diadaptasi daripada cerita dalam novel berjudul sama yang ditulis oleh Kim Jin Yeong. Berdasarkan novel terlaris “Lies Hidden in My Garden” ialah thriller baharu yang menegangkan tentang dua wanita yang menjalani kehidupan yang sama sekali berbeza. Walau bagaimanapun, bau yang mencurigakan di salah satu halaman belakang rumah mereka akhirnya menyatukan kedua-duanya dengan cara yang tidak pernah mereka jangkakan.

Kim Tae Hee akan berperanan sebagai Joo Ran, seorang suri rumah yang nampaknya mempunyai kehidupan yang sempurna, dengan suami dan anak lelaki yang dicemburui sesiapa sahaja. Bagaimanapun, keretakan mula terbentuk di rumah bahagianya apabila dia perasan bau busuk aneh yang terpancar dari halaman rumahnya.

Sementara itu, bintang “The Glory” Lim Ji Yeon akan memainkan watak Sang Eun, mangsa keganasan rumah tangga yang bermimpi untuk melarikan diri dari realiti nerakanya.

Jom sama-sama kita lihat beberapa fakta mengenai keempat-empat karakter utama drama siri Lies Hidden in My Garden ini:

a3de3d65 bdf7 4e40 8d52 d71acf5952651. Kim Tae Hee membawa watak sebagai Joo Ran. Dia adalah seorang isteri dan ibu yang hidupnya dilihat sangat sempurna dari luar

9b222702 a7f6 4786 940f 2af49c8d8f072. Watak ini diceritakan berpindah bersama keluarga kecilnya ke sebuah rumah yang memiliki halaman belakang

GENIE TV/ ENA3. Namun, Joo Ran mencium bau aneh dari halaman belakang rumahnya. Semakin lama, dia rasa semakin terganggu dengan bau tersebut

GENIE TV/ENA4. Joo Ran lalu cuba untuk mencari penyelesaian dan menceritakan mengenai bau aneh itu kepada suaminya, Jae Ho yang dilakonkan oleh Kim Sung Oh

5ebde24a d6db 4a16 b58b a5b0a796322d5. Jae Ho mengatakan bau itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Sikapnya yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu ini dianggap aneh oleh Joo Ran

57400fae 7134 4aa0 b77d e26114ca3d2e6. Jae Ho merupakan seorang doktor yang berbakat dan disegani. Dia juga dikenali mempunyai sifat perfectionist yang mahukan semuanya lengkap

0fe89401 d951 473b ab03 c6292b5a1e347. Sementara itu, terdapat watak seorang wanita yang bernama Sang Eun (Lim Ji Yeon) yang akan bertemu dengan Joo Ran

23236507 fb1c 4011 89ea ecb38d6685d58. Sang Eun ternyata merupakan mangsa kekerasan dan penderaan rumah tangga. Wanita itu tinggal di sebuah apartment yang disewa bersama suaminya

fe8db514 1f0f 4485 9bec c5819234f68e9. Pertemuannya dengan Joo Ran akan menjadi titik perubahan dalam kehidupan pahit yang dijalani oleh Sang Eun selama ini

e0d5a473 70c6 4bb7 a1e4 e9503456a6fe10. Yoon Bum, suami Sang Eun yang membuat hidupnya berantakan akan dilakonkan oleh Choi Jae Rim

1716e2a5 33df 41b5 be92 a5cd814f472811. Sebagai pekerja sebuah syarikat farmasi, Yoon Bum digambarkan sebagai seorang yang masih mengalami masalah kewangan jika dilihat dari keadaan tempat tinggalnya

ad6edb87 3e33 4043 9cfc 4ac58882a7d112. Dia juga sering berkasar dengan Sang Eun dan sesuka hatinya menggunakan kekerasan ke atas isterinya tersebut

Misteri bau aneh daripada halaman belakang rumah Joo Ran dan Jae Ho akan dikupas dalam episod Lies Hidden in My Garden. Drama siri ini bakal ditayangkan pada 19 Jun 2023 yang akan datang. Sabar menunggu ya!

Lies Hidden In My Garden/Genie TV

Baca Lagi: Delightfully Deceitful Kdrama terbaru 29 Mei ini, kisah balas dendam yang licik

Baca Juga: Lim Ji Yeon Dalam 9 Lakonan Yang Berbeza Watak