Home Entertainment Delightfully Deceitful Kdrama terbaru 29 Mei ini, kisah balas dendam yang licik

Delightfully Deceitful Kdrama terbaru 29 Mei ini, kisah balas dendam yang licik

0

Delightfully Deceitful Kdrama terbaru, kisah balas dendam yang licik! Wajib menjadi tontonan bagi peminat genre misteri jenayah thriller!

Delightfully Deceitful drama siri dari Korea Selatan yang berkisar mengenai balas dendam memang selalu menarik untuk diikuti. Drama siri ini akan ditayangkan pada 29 Mei yang akan datang.

IMG 7218

Drama siri ini hadir dengan genre jenayah, thriller, dan juga misteri. Kisah drama ini mengikuti aksi balas dendam seorang pencuri dan scammer yang genius dan berhati keras bersama dengan seorang peguam yang mempunyai sikap empati yang sangat tinggi.

Lee Ro Woom (Chun Woo Hee) dikenali kerana sikapnya. Sebuah kejadian yang tidak dijangka telah membuatnya dituduh sebagai seorang pembunuh. Waktu itu, Han Moo Young (Kim Dong Wook) bertugas sebagai peguam kepada pembunuh sebenar.

Delightfully Deceitful /tvN

Setelah terbukti tidak bersalah, Lee Ro Woom dibebaskan daripada penjara. Dia melakukan aksi penipuan untuk mendapatkan duit dan kemewahan. Han Moo Young mengetahui bagaimana rasa sakit yang dideritai oleh Lee Ro Woom. Keperihatinan tersebut membuatnya selalu terlibat dengan Lee Ro Woom dan mengajarnya cara untuk lebih berempati.

IMG 7220

Selain Chun Woo Hee dan Kim Dong Wook, berikut merupakan barisan pelakon drama siri Delightfully Deceitful yang perlu anda tahu, jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:

917f8773 a9df 465a a6a1 796f28ad11601. Chun Woo-hee membawa karakter seorang pencuri genius yang bernama Lee Ro Woom. Dia mempunyai cara unik setiap kali melakukan kerja haramnya

c2cde807 df40 46f8 bde7 49b72a83848c2. Selain itu, karakter utama lain ialah seorang peguam yang tinggi dengan sikap empati iaitu Han Moo Young (Kim Dong-wook). Dia kerap tenggelam dan terlibat dalam masalah orang lain

1a439b00 1455 4873 9944 d9f38bef41153. Park So-jin Girl’s Day muncul dalam drama siri ini sebagai Mo Jae In. Karakternya adalah merupakan seorang pakar psikiatri yang merawat Han Mo Young kerana dia menderita sindrom hyper-empathy

0136da30 29f6 4fd8 98c3 f1a70498c2224. Go Yo Han (Yoon Park) adalah pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi penjenayah yang masih dalam dalam tempoh percubaan. Dalam drama siri ini, dia mengawasi Lee Ro Woom

04a1813a 4cc0 4496 9a95 cbb170fd0fce5. Pelakon wanita muda yang sedang meningkat naik, Lee Yeon tampil berbeza daripada dramanya sebelum ini. Dalam drama siri ini dia membawakan karakter yang bernama Jung Da Jung

95c06da7 4980 4417 b859 b48465971b826. Manakala Yoo Hee Je tampil dalam drama siri ini sebagai watak yang dikenali sebagai Na Sa

4f7d2ac6 82ef 41df 91b0 8d458a53528d7. Turut sama membintangi Delightfully Deceitful adalah Hong Seung Bum yang akan membawa watak sebagai Ring Go

Drama siri Delightfully Deceitful memang wajib ditonton oleh peminat-peminat kisah jenayah dan thriller. Selain memaparkan plot cerita yang menarik, jajaran karakter yang terlibat di dalam drama siri ini juga mempunyai keistimewaan dan kekuatan masing-masing.

Delightfully Deceitful ini akan ditayangkan di platform streaming Viu. Pasti ramai mahu menyaksikan bagaimana seorang pencuri yang keras hati dan tidak mempunyai rasa empati dan belas kasihan bergabung dengan seorang peguam yang penuh sifat empati saling bekerjasama untuk membalas dendam.

Jangan lupa nantikan tayangannya pada 29 Mei yang akan datang ini!

Baca Lagi: 3 Kdrama baharu di Netflix pada Jun 2023

Baca Juga: 10 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Mei 2023