Home Entertainment Lim Ji Yeon Dalam 9 Lakonan Yang Berbeza Watak

Lim Ji Yeon Dalam 9 Lakonan Yang Berbeza Watak

0

Masih belum “move-on” dengan drama THE GLORY? Apatah lagi dengan watak “si kaki buli Park Yeon Jin” (Lim Ji Yeon) yang masih trending dan hangat diperkatakan dikalangan peminat drama The Glory kerana watak antagonisnya yang berjaya menikam-nikam kalbu para penonton!

5BC4E2A9 3AAE 4A74 A459 F62E2A3A5858

Mungkin juga masih ramai yang tidak tahu bahawa kaki buli Yeon Jin ini juga telah banyak berlakon dalam filem dan drama sebelum ini. Berikut merupakan beberapa filem dan drama lakonannya yang mungkin menjadi pilihan tontonan anda selepas ini:

1. OBSESSED (2014)

B10C7A87 08A6 43C6 8FF1 68BA96108352Berlatarbelakangkan era tahun 1960an, Lim Ji Yeon sebagai Jong Ga Heun isteri kepada seorang pegawai tentera yang menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerja suaminya yang telah mempunyai isteri. Filem ini mengisahkan konflik dan drama cinta 4 segi.

2. THE TREACHEROUS (2015)
8B1846A2 8DF6 4653 BE54 207016803BC7Berlatarbelakangkan Dinasti Joseon, Lim Ji Yeon sebagai Dan Hee seorang penari pedang yang sengaja mendekati Raja yang gila kuasa dan kaki perempuan kerana ingin membalas dendam ke atas kematian bapanya. Dan Hee sebenarnya adalah dari keturunan keluarga bangsawan dan bapanya dibunuh dengan kejam kerana dituduh menjadi pembelot.

3. HIGH SOCIETY (2015)
1120FE16 5DBC 41FA 8F21 1F44C2960853Drama sebanyak 16 episod ini mengisahkan tentang kisah cinta antara 2 darjat si miskin dan si kaya. Lim Ji Yeon beperanan sebagai Lee Ji Yo seorang gadis miskin tetapi mempunyai impian dan cita-cita bertemu jodoh dengan lelaki kaya.

Baca Lagi: 9 Watak Antagonis Kdrama Yang Jahat Tapi Jiwang

4. LUCK-KEY (2016)

E4A38972 4974 434B 97C1 127E61307495Filem bergenre aksi komedi mengfokuskan kepada 2 watak individu yang berbeza iaitu Hyung Wook (Hae Jin) seorang pembunuh upahan yang mengalami amnesia (lupa ingatan sementara) yang identitinya kemudiannya dicuri guna oleh Jae Sung (Lee Joon) seorang penganggur yang selekeh yang hampir hendak membunuh diri. Disini Lim Ji Yeon membawakan watak sebagai Song Eun Joo wanita yang menjadi sasaran pembunuh Hyung Wook sebelum Hyung Wook mengalami amnesia.

5. WELCOME 2 LIFE (2019)
9DF68D84 6895 4A25 AFC1 05F88EADF1AADrama romantik fantasi sebanyak 32 episod yang dibintangi oleh Rain sebagai Lee Jae Sang dan Lim Ji Yeon sebagai Ra Shi On ini mengisahkan tentang Jae Sang seorang peguam yang mementingkan diri mengalami kemalangan kereta dan sedar-sedar sahaja dia sudah berada di dunia lain.

Di dunia baru ini, identiti Jae Sang bertentangan dengan dirinya di dunia sebelum ini. Di sini, dia adalah seorang peguam yang adil dan jujur dan mempunyai isteri bernama Ra Shi On (Lim Ji Yeon). Jae Sang terkejut kerana di dunia lamanya, dia telah putus hubungan dengan Ra Shi On sepuluh tahun lalu.

6. SPIRITWALKER (2021)
56A6AC77 CC03 42A4 8111 C1B81ED31E7AFilem bergenre thriler misteri tentang Roh dan Identiti watak protagonist yang bertukar setiap 12jam. Mengisahkan Kang Ian (Yoon Kye Sang) salah seorang TOP AGENT yang bekerja di bawah organisasi rahsia yang terlibat dalam satu operasi dadah besar-besaran dan kerana satu insiden kereta, tiba-tiba Ian tersedar yang dia BUKAN BERADA DALAM JASADNYA SENDIRI. Ian begitu terkejut apabila melihat wajahnya di cermin itu bukanlah dirinya sendiri.

Kemudian dia mendapati setiap 12 jam roh dia akan memasuki tubuh badan orang lain. Setiap jasad yang Ian masuki semua adalah orang-orang yang berada berdekatan disekelilingnya dan semua pun ada kaitan dengan operasi rahsia yang dijalankan sebelum itu. Dengan jasad orang lain itu, Ian harus menggunakan kesempatan itu untuk merungkai segala misteri dan kebenaran yang tersembunyi.

Lim Ji Yeon memegang watak Moon Jin Ah sebagai tunang Ian yang cuba berusaha untuk menjejaki keberadaan Ian dan menyelamatkan Ian dari dibunuh.

7. TAZZA: One-Eyed Jacks’ (2019)
B99CA1EF 3523 4019 A7D3 A71915675920Lim Ji Yeon sebagai Yoon Young Mi yang hidup dengan menipu dan mencuri cip dari rumah perjudian. Filem ini mempunyai “vibes” seperti Ocean’s, 21 dan juga Now You See Me.

8. MONEY HEIST: Korea – Joint Economic Area (2022)
C2016068 E94B 4F96 B626 C512CED3958ALim Ji Yeon melakonkan watak Seoul, watak versi Korea asli yang tiada dalam versi asal. Seoul adalah komandan kedua bekerja di bawah Berlin yang dilakonkan oleh Park Hae Soo. Seoul merupakan watak pembantu yang sangat penting dengan aksi-aksi hebat serta membantu kumpulan mereka melarikan diri dari Mint dengan selamat bersama Berlin.

9. THE GLORY (2022-2023)
EEBF674F 38EA 40BB AFAA 6E52C67C255FDan yang terbaru, Lim Ji Yeon berlakon sebagai Park Yeon Jin seorang kaki buli yang tidak berperikemanusian dalam drama bergenre thriler dan kisah pembalasan dendam mangsa keganasan brutal terhadap rakan sekolahnya yang juga dilakonkan oleh Song Hye Kyo sebagai Moon Dong Eun.

Bertahun-tahun selepas terselamat daripada penderaan kejam itu, Dong Eun yang masih trauma dan dihantui masa lalunya itu melancarkan skim balas dendamnya untuk memastikan para pembulinya membayar jenayah yang dilakukan oleh mereka.

3A492A80 A683 4F3A A96B 53AB0B08DA80

Lim Ji Yeon telah memenangi beberapa anugerah sepanjang kariernya sebagai seorang pelakon versetil. Dia telah menerima kemenangan berturut-turut untuk filem pertamanya OBSESSED 2014, kemudian juga telah memenangi anugerah persembahan untuk High Society, Blow Breeze 2016 dan Welcome 2 Life 2019 dan dua yang terakhir memperoleh anugerah Pelakon Cemerlang serta Pelakon Wanita Terbaik!

Adakah Lim Ji Yeon akan membawa pulang lagi anugerah bagi lakonan serta persembahan hebat untuk drama The Glory pada tahun ini? Kita nantikan!

Baca Juga: Pengalaman Barisan Bintang Utama Dalam The Glory