Home Entertainment 10 Siri Original Netflix Dengan Rating Tertinggi IMDb

10 Siri Original Netflix Dengan Rating Tertinggi IMDb

0

10 Siri Original Netflix dengan Rating IMDb Tertinggi

Netflix merupakan platform streaming terbesar di dunia. Netflix telah menerbitkan puluhan siri original yang terdiri daripada pelbagai genre untuk memanjakan para pelanggannya di seluruh dunia.

Baca Lagi: Filem dan Drama Korea Netflix Bulan Mac Ini

Jom kita semak 10 siri Netflix dengan rating tertinggi dari IMDB:

1. Our Planet (Rating IMDb: 9.3)
5EF5A1BF 1014 4B00 83D8 E73C8E5EA51D

Our Planet adalah siri dokumentari alam yang mempunyai 9 episod dan merupakan siri original Netflix dengan rating tertinggi di IMDb. Siri dokumentari ini begitu menakjubkan dengan menampilkan pelbagai kehidupan binatang liar dari setiap penjuru dunia.

Siri dokumentari ini merupakan sebuah projek kolaborasi antara Netflix, World Wildlife Fund (WWF), dan Silverback Films. Tujuan projek ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah alam sekitar dan mendorong tindakan untuk melindungi planet kita.

2. Black Mirror (Rating IMDb: 8.8)
CB45EF81 D749 4FFC 89C9 D468B12E3443Black Mirror merupakan siri fiksyen di Netflix yang mengisahkan tentang impak negatif teknologi. Siri Netflix ini akan membuatkan penontonnya paranoid terhadap kecanggihan teknologi. Setiap episod adalah berdiri sendiri dan tidak saling berkaitan.

Setiap episod Black Mirror memiliki cerita-cerita yang berbeza-beza, contohnya episod tentang seorang jejaka yang terjebak di dalam sebuah permainan video ciptaannya sendiri.

3. Narcos (Rating IMDb: 8.8)
76B524C4 D049 4789 80D3 3101BE0FE98CSiri ini muncul dengan 3 musim kesemuanya, Narcos merupakan siri Netflix yang diolah berdasarkan kisah benar. Siri ini adalah tentang salah satu mafia dadah terbesar di dunia iaitu Pablo Escobar. Serial ini akan mengajak penontonnya kembali ke Columbia pada era 1980-an di mana Pablo Escobar sedang mengembangkan perniagaan terlarangnya.

Siri ini berhasil menggambarkan secara terperinci betapa kejamnya perniagaan haram dadah di Amerika Selatan, terutamanya di Columbia.

4. Peaky Blinders (Rating IMDb: 8.8)
74FBE34C 562D 42C4 B9A5 416360BDE2BDPeaky Blinders adalah salah satu siri yang paling diminati di Netflix dan juga menjadi salah sebuah siri original paling banyak ditonton di platform tersebut. Siri yang dibintangi oleh Cillian Murphy ini mengisahkan tentang Tommy Shelby yang merintis kegiatan jenayah di Birmingham pada tahun 1920-an.

Siri ini menerima pujian kerana jalan ceritanya yang menarik dengan latar England pada masa lalu. Selain itu, karakter Tommy Shelby juga sangat disukai para penonton.

5. Dark (Rating IMDb: 8.7)
CF61F6E1 CEEF 4753 BB12 23A9A37B6ED2Dark merupakan siri drama fiksyen yang berasal dari Jerman yang diterbitkan untuk Netflix. Siri ini mendapat perhatian dari ramai penonton kerana plot ceritanya yang sangat menarik. Dark berlatarkan sebuah bandar kecil yang dikenali sebagai Winden.

Kisah dimulakan ketika dua orang kanak-kanak menghilang secara misteri. Siri ini sangat kuat dengan sentimen sci-fi seperti mesin waktu, sehingga para penonton harus perlu sangat fokus supaya boleh memahami setiap jalan cerita.

6. Stranger Things (Rating IMDb: 8.7)
F14DFFDC 6ABC 45E2 A0C2 81D06C46B794Stranger Things adalah siri si-fi supernatural seram yang sangat disukai oleh para pelanggan Netflix. Stranger Things ialah siri televisyen web seram dan sains fiksyen seram Amerika Syarikat yang dibuat, ditulis, diarahkan, dan diterbitkan oleh Duffer Bersaudara serta dengan penerbitan eksekutif bersama Shawn Levy dan Dan Cohen untuk Netflix.

Musim pertama, yang dikeluarkan pada Julai 2016, dibintangi oleh Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Cara Buono dan Matthew Modine. Noah Schnapp dan Joe Keery sebagai pelakon pembantu.

Untuk musim kedua, Schnapp dan Keery menjadi pelakon tetap siri, bersama dengan penambahan pelakon seperti Sadie Sink, Dacre Montgomery, Sean Astin dan Paul Reiser. Maya Hawke memegang watak sebagai Robin di Musim ketiga, Sementara Ferguson sebagai pelakon utama.

7. House of Cards (Rating IMDb: 8.7)
0E133844 2289 4005 924D 2912CED52DB7House of Cards adalah siri yang cukup bersejarah bagi Netflix. Siri ini merupakan siri original pertama yang diterbitkan oleh Netflix.
Siri ini bertemakan politik dan mengisahkan tentang seorang ahli politik licik bernama Frank Underwood yang bekerja di kongres AS. Siri ini menjadi menarik kerana menyajikan pergelutan politik dalam pemerintahan Amerika Syarikat.

8. Mindhunter (Rating IMDb: 8.6)
0C05C296 0081 42AA 9ABC 803F594EE85AMindhunter adalah siri Netflix yang diadaptasi dari buku berjudul sama. Buku tersebut ditulis oleh bekas ejen FBI, John E. Douglas dan penulis Mark Olshaker. Mindhunter mengisahkan tentang kerjaya John E. Douglas sebagai profiler FBI pada tahun 1970-an dan 1980-an. Siri ini mengajak para penonton untuk mengenali lebih jauh bagaimanakah seorang ejen FBI melakukan tugasnya.

9. The Crown (Rating IMDb: 8.6)

149F9BC1 E13D 4E5B B08B 54EDCB83B6D9

The Crown disebut-sebut sebagai salah sebuah siri termahal yang pernah dibuat oleh Netflix. Siri ini mengisahkan tentang kehidupan Ratu Elizabeth II.

Sejarah kerajaan British pada waktu era Ratu Elizabeth disajikan dalam siri ini. Bukan hanya itu, siri ini juga menampilkan kisah Puteri Diana dan Putera Charles.

10. Formula 1: Drive to Survive (Rating IMDb: 8.6)

EFA3CE6A C063 4463 82ED F74B0BB8DEA9Siri Netflix ini dikhaskan untuk para peminat perlumbaan Formula 1. Formula 1: Drive to Survive adalah siri dokumetari yang menyajikan kisah-kisah sisi lain gelanggang F1 dalam satu musim. Setiap episod akan menunjukkan betapa kerasnya kehidupan yang dijalani oleh para pemandu F1.

Baca Juga: The Glory Carta Pertama TOP 10 Netflix Di 79 Negara