Home Entertainment My Perfect Stranger, 6 Masa Lampau Yang Ubah Masa Depan

My Perfect Stranger, 6 Masa Lampau Yang Ubah Masa Depan

0

My Perfect Stranger, 6 masa lampau yang ubah masa depan. Apakah 6 perkara tersebut? Jom imbas semula!

My Perfect Stranger (2023) adalah sebuah kdrama bersiri yang membawa tema pengembaraan masa dan misteri yang dipaparkan memang sangat sukar untuk diteka.

Yoon Hae Joon (Kim Dong-wook) dan Baek Yoon Young (Jin Ki-joo) berusaha mengubah masa depan mereka dengan kembali ke tahun 1987.

Yoon Hae Joon mengetahui bahawa dia akan terbunuh jika tidak dapat menghentikan pembunuhan bersiri Woojung-ri pada tahun 1987. Begitu juga Baek Yoon Young yang baru sahaja menyedari bahawa kemungkinan ibunya tidak bunuh diri, tetapi kemungkinan besar ibunya adalah mangsa pembunuhan.

Masa depan berubah kerana masa lalu yang juga telah berubah. Berikut ini merupakan beberapa perkara yang berubah pada tahun 1987 yang menyebabkan berubahnya masa depan dalam Kdrama ini. Jom sama-sama kita lihat:

1. Kedatangan Yoon Hae Joon ke Woojung-ri dan menjadi guru di sekolah menengah

7389109c fca3 4aa5 9839 e7a2cbafde5c 1

Sebelum ini, di Woojung-ri tidak ada penduduk yang bernama Yoon Hae Joon. Namun Yoon Hae Joon datang dan menyelamatkan nyawa beberapa orang pelajar.

Dia terus menjadi terkenal kerana telah menyelamatkan banyak nyawa. Kemudian Yoon Hae Joon memutuskan untuk menjadi guru sekolah menengah di Woojung-ri.

Dia menjadi guru yang paling disukai dan diminati oleh para pelajar. Kedatangan Yoon Hae Joon ke Woojung-ri ini akan memberi pengaruh besar kepada masa depan

2. Baek Yoon Young juga datang ke tahun 1987 dan menetap di sana, dia turut menjadi pelajar sekolah menengah

My Perfect Stranger Kdrama

Amaran Yoon Hae Joon supaya Baek Yoon Young tidak menyerlah dan menjadi perhatian sewaktu di sekolah memang benar, amaran itu adalah supaya perubahan masa depan dapat dikawal.

Namun Baek Yoon Young menjadi pelajar yang menonjol dan sukar dilupakan bagi kawan-kawannya. Dia menjalin hubungan baik dengan Lee Son Ae (Seo Ji Hye) dan turut mencari masalah dengan Ko Mi Sook (Kim Yeon Wo) iaitu watak penting untuk kisah pembunuhan Woojung-ri.

3. Baek Yoon Young menjadi kawan Lee Son Ae yang selalu dibuli

f9843042 1075 4efa b508 fd28266d2cb5

Lee Son Ae memberi pengaruh besar pada masa depan, pengaruhnya terhadap Ko Mi Sook dan novelnya. Pada awalnya Lee Son Ae adalah seorang penakut yang selalu dibuli.

Atas bantuan Baek Yoon Young, Lee Son Ae berubah. Perkara ini akan banyak mengubah keputusan-keputusan yang dibuatnya di masa depan.

4. Interaksi Baek Yoon Young dengan Ko Mi Sook

My Perfect Stranger Kdrama

Ko Mi Sook yang merupakan watak penting dalam kes pembunuhan Woojung-ri. Novel Ko Mi Sook pada masa depan dengan jelas menceritakan tentang pembunuhan di Woojung-ri. Namun semua itu berlaku ketika Baek Yoon Young belum ada di sana.

Baek Yoon Young datang dan mengancam Ko Mi Sook. Boleh dikatakan mereka berdua tiba-tiba menjadi musuh ketat. Bagaimanakah masa depan yang berubah kerana pertembungan antara dua watak ini?

5. Interaksi Yoon Hae Joon dan detektif Baek Dong Sik

My Perfect Stranger Kdrama

Pada episod ke enam, Yoon Hae Joon diceritakan menyelamatkan anak detektif Baek Dong Sik (Choi Young Woo) daripada kebakaran. Detektif Baek Dong Sik pasti menganggap Yoon Hae Joon sebagai penyelamatnya. Hubungan yang aneh ini juga berpotensi untuk mengubah masa depan dengan lebih drastik.

6. Gagalnya pembunuhan pertama Woojung-ri

My Perfect Stranger KdramaSatu perkara yang jelas dan pasti akan mengubah masa depan adalah gagalnya pembunuhan pertama kes Woojung-ri. Data mengenai mangsa terus hilang daripada fail kes Woojung-ri. Adakah perubahan ini akan membawa kebaikan untuk masa depan?

Pengembaraan melepasi garis masa memang menimbulkan kekacauan dan perubahan sensitif pada keadaan asal. Masa lalu yang berubah akan menyebabkan masa depan juga turut berubah.

Bagaimanakah nasib setiap watak dalam Kdrama My Perfect Stranger nanti? Adakah akan berubah nasibnya menjadi lebih baik dengan berubahnya masa lalu? Sama-sama kita nantikan tayangan My Perfect Stranger dalam episod terbarunya di Viu Malaysia!

Baca Lagi: Kdrama My Perfect Stranger – 5 Teka-Teki Misteri

Baca Juga: My Perfect Stranger: 7 Watak Mungkin Pembunuh