Home Entertainment My Perfect Stranger: 7 Watak Mungkin Pembunuh

My Perfect Stranger: 7 Watak Mungkin Pembunuh

0

Siapakah 7 watak yang diteka sebagai pembunuh bersiri dalam Kdrama “My Perfect Stranger”?

Drama siri My Perfect Stranger telah berjaya mencuri perhatian ramai peminat drama siri kerana membawa jalan cerita yang sangat unik, iaitu tentang pengembaraan waktu dan juga misteri thriller.

IMG 6283

Dibintangi oleh Kim Dong-wook dan Jin Ki Joo sebagai pelakon utama, setiap episod berjaya membuatkan para penonton tertanya-tanya dan tidak senang duduk.

Terutamanya dengan misteri kes pembunuhan bersiri pada tahun 1987 yang belum terbongkar hingga ke tahun 2021 yang sedang disiasat oleh watak Yoon Hae Joon (Kim Dong Wook).

Kami senaraikan kemungkinan tujuh watak yang mungkin adalah pembunuh bersiri dalam drama siri My Perfect Stranger yang telah berjaya meninggalkan pelbagai teka teki untuk dijawab oleh setiap penonton setia Kdrama ini:

30c4b61e 5221 4090 9db1 5b32c4eca3da

1. Ko Mi Sook (Ji Hye Won) secara terang-terangan menunjukan sikap toksiknya, termasuk membuli kawan sekolahnya, pada masa hadapan dia menjadi seorang penulis novel thriller yang terkenal

2b8186a4 cef9 4536 8a05 36e06b4088052. Ko Min Soo (Kim Yeon Woo) pada masa depan adalah seorang banduan yang dituduh sebagai pembunuh bersiri, namun kebenaran tentang kejahatannya masih lagi samar-samar dan hanya ditunjukkan dalam bentuk epilog

f9cb4681 a209 4587 a0d8 78133275f3d93. Perubahan sikap Baek Hee Seob (Lee Won Jung) daripada seorang lelaki periang yang menjadi seorang kaki alkohol membuatkan para penonton terfikir tentang apa yang sebenarnya dipendamnya selama ini

6f3eb0b4 92f8 4243 a9b4 f3af4b3de7e74. Watak Yoo Bum Ryong (Joo Yeon Woo) yang penuh rahsia membuatkan watak ini juga boleh dimasukkan ke dalam senarai watak psikopat yang boleh menjadi pembunuh bersiri

a9d0909a 6f56 47fe 93f8 f4fdcd19c7e05. Kematian Lee Soon Ae (Seo Ji Hye) pada tahun 2021 masih menjadi misteri. Namun, pembunuhan bersiri pada tahun 1987 mungkin sahaja dilakukannya olehnya kerana tekanan mental yang sering dialami. Siapa tahu?

d06211c0 9aa9 4e75 a723 43849b9a1a746. Dalam trailer My Perfect Stranger, Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) selalu berada di tempat pembunuhan sehingga dia turut dicurigai oleh Yoon Hae Joon (Kim Dong Wook) sebagai pembunuh utama

385e46c2 d561 4455 98b5 da052eba00ba7. Pengetua sekolah juga patut dicurigai, gerak-geriknya yang digambarkan dalam episod empat sewaktu duduk di tepi danau merindukan cucunya berjaya menimbulkan tanda tanya yang besar

Jika anda adalah salah seorang peminat drama siri masterpiece KBS ini, anda pasti akan setuju dengan tujuh suspek utama yang tersenarai di atas kerana sikap dan perilaku mereka yang menimbulkan tanda tanya yang relevan dengan sikap pembunuh.

Bagaimanakan perjalanan episod yang akan datang? Mungkinkah misterinya satu demi satu akan terbongkar dengan jelas? Nantikan tayangan episod barunya dengan setia di Viu Malaysia.

Baca Lagi: Kdrama My Perfect Stranger – 5 Teka-Teki Misteri

Baca Juga: Kdrama: 5 Watak Pengembara Masa Bulan Mei Ini