Home Entertainment Doctor Cha: 10 Doktor Yang Memainkan Watak Penting

Doctor Cha: 10 Doktor Yang Memainkan Watak Penting

506
0

Siapakah 10 watak doktor yang memainkan peranan penting dalam Kdrama Doctor Cha?

Walaupun kdrama siri Doctor Cha ini telah berada di episod 10 dan masih berbaki 6 episod lagi, pasti ramai peminat Kdrama Doctor Cha masih belum mula menontonnya memandangkan ada yang ingin tunggu sehingga minggu akhir tayangan.

Untuk itu, di artikel ini kami akan senaraikan 10 watak doktor dalam Kdrama Doktor Cha yang penting untuk anda kenal sebelum memulai menontonnya nanti.

Kdrama Doktor Cha menceritakan tentang kisah Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) yang sedang menjalani tempoh latihan sebagai doktor pelatih untuk tahun pertamanya di Hospital Universiti Gusan.

Uniknya, Cha Jeong Suk baru mendaftar sebagai doktor pelatih pada usianya usianya yang sudah 40 an. Wanita cekal ini mengambil keputusan untuk mengejar cita-citanya kerana dia sudah berpuas hati mengabdikan diri selama 20 tahun untuk menguruskan suami, mertua, dan kedua-dua anaknya.

Drama siri ini lebih banyak berlatar di hospital, tentunya drama siri ini menampilkan bermacam-macam watak doktor yang mempunyai keterampilan dan bakat dalam bidang medikal dan kesihatan. Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

d81a5aeb 22c8 4e8c 9454 1b7095aad3b61. Cha Jeong Suk menjadi doktor pelatih tahun pertama di Jabatan kesihatan keluarga sewaktu usianya sudah menginjak 46 tahun

6dbabd25 ab28 46bf a827 7aa507ef01122. Seo In Ho, suami Cha Jeong Suk juga merupakan seorang doktor, dia adalah pakar bedah usus besar dan rektum di Hospital Universiti Gusan

b0e4f025 c4dc 452e ac3c 4dbb9d2f76ec 1

3. Choi Seung Hi menjadi perempuan simpanan Seo In Ho yang juga merupakan doktor di Jabatan Kesihatan keluarga. Dia juga pernah menjadi pembimbing Cha Jeong Suk

13fa9334 8dbb 4522 9913 a425ba0ecd4e4. Doktor baru di Hospital Universiti Gusan, Roy Kim merupakan ketua jabatan hepatobilier dan pankreas

a2601546 d668 4681 9467 fdf32b7270e65. Anak sulung Seo In Ho dan Cha Jeong Suk, iaitu Seo Jung Min menjadi doktor pelatih bedah tahun pertama di Hospital Universiti Gusan

f70f1b0b c17d 451b 9047 2fb27b19565a 16. Kekasih Seo Jung Min yang bernama Jeon So Ra digambarkan sebagai seorang doktor pelatih bedah tahun ketiga yang sangat cerewat dan suka memarahi juniornya

3f22de7b 25f8 4a2f b8cc f2e77bd3ade2 17. Sahabat Cha Jeong Suk, Baek Mi Hee merupakan seorang doktor pakar kulit yang menjadi pengarah di klinik kecantikan miliknya sendiri

562803d3 abf2 4183 80fc f573dd3a5af5 18. Yoon Tae Sik merupakan salah seorang doktor yang bertanggung jawab dalam memilih calon doktor pelatih dan dia adalah ketua jabatan untuk bahagian pembedahan

e4888819 cb24 4608 a1c3 63145588c55b 19. Musuh utama Yoon Tae Sik, Lim Jong Kwon menjawat jawatan sebagai ketua jabatan kesihatan keluarga

7b85a388 490e 4346 aa25 a6bfd5b6c70310. Sama seperti Cha Jeong Suk, Moon Chae Yoon adalah doktor pelatih tahun pertama di Jabatan Kesihatan keluarga

Drama siri Doctor Cha mula mencuri perhatian ramai penonton kerana jalan ceritanya yang menarik. Malah drama siri ini berjaya mendapat rating dua digit. Pastinya lakonan hebat dan berkesan oleh para pelakon membuatkan serta jalan cerita yang sangat unik dan menarik membuatkan para penonton tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati siri Netflix Doctor Cha ini!

Baca Lagi: Kim Byung Chul: 8 Kdrama Dengan Rating Tertinggi

Baca Juga: Kdrama: 10 Watak Wanita Berjuang Demi Keadilan