Home Entertainment Kim Byung Chul: 8 Kdrama Dengan Rating Tertinggi

Kim Byung Chul: 8 Kdrama Dengan Rating Tertinggi

0

Nama Kim Byung Chul sekarang makin menjadi bualan ramai hasil meledaknya kdrama siri Doctor Cha yang dibintanginya.

Dalam kdrama siri tersebut, Kim Byung Chul melakonkan watak sebagai Dr Seo In Ho iaitu ketua pakar bedah yang hebat dalam pekerjaan dan hebat juga dalam membohongi isterinya. LOL

Pelakon lelaki yang kini sudah berusia 49 tahun tersebut kerap melakonkan watak sebagai figura antagonis dalam beberapa drama siri Korea popular. Rata-rata drama siri yang dibintanginya juga berjaya mendapat rating yang sangat tinggi.

Selain Doctor Cha, terdapat beberapa kdrama siri Kim Byung Chul yang lain yang juga berjaya meraih rating tinggi.

Jom sama-sama kita lihat 8 drama siri Korea Selatan lakonan Kim Byung Chul yang berjaya mendapat rating yang tinggi sewaktu penayangannya:

8caae16a 61d8 4dab 846b b88dc51660401. Memperoleh rating konsisten sebanyak 26.27 peratus, Kim Byung Chul membawa watak sebagai pegawai tentera yang merupakan pegawai atasan Yoo Shi Jin (Song Jong Ki) dalam drama siri Descendants of the Sun (2016)

a55725d5 97e9 4f6f b0dd 458961a1a8e02. Mrs. Cop 2 (2016) merupakan drama siri keduanya sebagai pelakon pembantu, drama siri ini sangat berjaya dan meraih rating purata sebanyak 8.22 peratus

e7832a92 f053 40af ba43 4a800b225d223. Berjaya mengundang gelak ketawa penonton dan memberikan suasana ceria dengan lakonannya sebagai Lee Kyung Kook. Drama siri Shopaholic Louis (2016) yang dibintangi olehnya ini telah berjaya meraih rating secara purata sebanyak 9.4 peratus

e4649c67 9d86 48a9 83d0 bc5d109cf4f84. Kim Byung Chul tampil dengan lakonan yang sangat berkesan dan hebat sewaktu melakonkan watak sebagai sida yang menjadi roh jahat setelah meninggal dunia dalam drama siri Goblin (2016). Drama siri ini berjaya mendapat rating purata yang besar iaitu 12.81 peratus

2c30cac8 cb68 4c3c bb68 95ceae07ec4c5. Pada tahun 2017, Kim Byung Chul membawa watak sebagai ayah yang keras dan ego yang bernama Kim Woo Jae dalam drama saeguk, The Emperor: Owner of the Mask yang telah berjaya meraih rating 11.5 peratus

796337e2 0480 480a 8f49 f86fbdf3a5d06. Drama siri Sky Castle (2018) berjaya menarik minat penonton dengan meraih rating sebanyak 12.50 peratus. Drama siri ini juga telah berjaya membawa pulang trofi pelbagai anugerah seni lakon di negara Korea Selatan

296a01bc 1df2 48fc a701 98f1a2a5da717. Doctor Prisoner (2019) mengisahkan tentang persaingan para doktor di penjara. Drama siri yang dibintanginya bersama Nam Goong Min ini meraih rating sebanyak 13.23 peratus

14d6338b 13dd 4cd9 b874 7c2de1649f1b8. Doctor Cha (2023) merupakan drama siri terbarunya yang berjaya mendapat rating sebabnyak 16.18 peratus untuk episod ke lapannya

Dua puluh tahun sudah berkecimpung dalam dunia seni lakon, tidak hairanlah jika projek lakonan yang dibintanginya selalu mendapat rating tinggi. Pelakon berbakat besar dari Korea Selatan ini memang mempunyai pesona tersendiri dan juga bakat lakonan yang luar biasa hebat!

Baca Lagi: Kim Byung-chul – 12 Kdrama Yang Dibintanginya

Baca Juga: Seo In Ho “Dr Cha” Bawa Watak Suami ”RED FLAG”