Home Entertainment Kim Byung-chul – 12 Kdrama Yang Dibintanginya

Kim Byung-chul – 12 Kdrama Yang Dibintanginya

0

Pastinya ramai ingin tahu apakah 12 Kdrama yang pernah dibintangi oleh Kim Byung-chul.

Kim Byung-chul, wajah pelakon veteren Korea Selatan yang sudah tidak asing lagi dikalangan peminat kdrama. Walaupun masih ramai penonton dari luar negara (antarabangsa) yang belum mengetahui namanya.

Lebih-lebih lagi watak yang dilakonkan olehnya terus mendapat perhatian para penonton sehingga dia disebut ‘scene stealer’ dalam setiap Kdrama lakonannya. Membawa watak protagonis ataupun antagonis, semuanya dilakonkan oleh Kim Byung-chul dengan sangat berkesan.

Berikut ini merupakan 12 drama siri yang dibintanginya. Pasti ada diantara drama siri yang tersenarai ini sudah ditonton oleh anda!

ccd60314 80fd 4e14 834f 477615d6148e
1. Kim merupakan seorang tentera yang menjadi pegawai atasan Yoo Shi Jin (Song Joong Ki) yang sering mencuri tumpuan dalam Descendants of the Sun (2016)

fd5d1926 e125 4720 b5a7 6e494815a000
2. Dalam drama siri Shopaholic Louis (2016), dia kembali membawa watak pembantu yang mengundang gelak tawa

IMG 5149
3. Dalam Goblin atau Guardian: The Lonely and Great God (2016), pelakon ini menjadi seorang antagonis. Kim tampil sebagai sida yang menjadi roh jahat setelah meninggal dunia

80e80924 ac1f 4d3f b769 69dd0ec47a1a
4. Sementara itu, dalam drama Tunnel (2017), Kim berubah pula menjadi seorang detektif yang hidup pada masa kini

33e94f5f 3729 4c03 a41e b20410c129e2
5. Pada tahun yang sama iaitu 2017, dia menjadi antagonis dalam The Emperor: Owner of the Mask (2017) sebagai ayah kepada Kim Hwa Goon (Yoon So Hee)

79dd6773 6f45 4ad6 87d6 9f148a0e3a3d
6. Dia juga turut membintangi drama Mr. Sunshine (2018), dia yang membuka sebuah kedai serbaneka

f8a2b19b a5c0 4226 9ce5 c7a2cf3a14d6
7. Bekerja sebagai profesor sekolah undang-undang, Kim benar-benar mengganggu emosi dengan watak yang dilakonkan olehnya kerana dia menjadi seorang ayah yang toksik dalam SKY Castle (2018)

82c5030f 7320 489e b592 09564c27cb2c
8. Menjadi musuh Nam Goong Min, dia membawa watak sebagai pengarah klinik penjara yang mendapat bantuan daripada tahanan VIP dalam Doctor Prisoner (2019)

IMG 5145
9. Dipilih untuk membawa watak utama, dia berjaya membawa suasana cerita dan mengundang ketawa para penonton apabila berlakon sebagai eksekutif yang ditugaskan menjadi CEO di sebuah mart dalam drama Pegasus Market (2019)

1e9261a2 5625 47cd b5bb 546f4f898f25
10. Sementara itu, dia merupakan villain sebenar yang menyebabkan kehancuran dunia dalam drama Sisyphus: The Myth (2021)

c4942c99 b4f1 4b0e 8e6a d7b349042404
11. Kim juga turut tampil sebagai cameo dalam All of Us Are Dead (2022) sebagai penyebab munculnya wabak zombie misteri

1c15e90c 369f 4daa 8374 1bbb68dc913c
12. Menandakan kemunculan semula Kim pada tahun 2023, pelakon ini berlakon sebagai seorang pakar bedah yang curang terhadap isterinya dalam drama siri terbaru iaitu Doctor Cha (2023)

Pelbagai watak telah dilakonkan oleh Kim Byung-chul dalam drama siri Korea Selatan ini. Lakonannya yang sangat berkesan membuatkan watak-watak ikoniknya sering diingati oleh ramai penonton. Bagaimana pula dengan anda? Anda mengenali Kim Byung-chul daripada drama siri yang mana satu?

Kehebatan lakonan Kim juga turut diiktiraf apabila dia pernah menggondol pelbagai anugerah termasuklah:

1. 10th Korea Drama Awards 2017, dinobatkan sebagai “Popular Character Award” untuk drama “Guardian: The Lonely and Great God”

2. 55th Baeksang Arts Awards 2019, dinobatkan sebagai “Best Supporting Actor” untuk drama “Sky Castle”

3. KBS Drama Awards 2019, dinobatkan sebagai “Best Supporting Actor” untuk drama “Doctor Prisoner”

Baca Lagi: The Good Bad Mother Drama 2023 Yang Mengharukan

Baca Juga: Bora! Deborah, 9 Sikap Negatif Yeon Bo Ra