Home Entertainment Oh Young Shim Kdrama Baharu Menarik 15 Mei Ini

Oh Young Shim Kdrama Baharu Menarik 15 Mei Ini

0

Drama siri dari Korea Selatan iaitu Oh Young Shim merupakan drama siri terbaru Genie TV dan ENA TV.

41c74de3 001c 4dde ba6a 7b579a265f79

Drama siri Oh Young Shim ini diadaptasi dari kartun klasik Korea Selatan dengan tajuk yang sama sebanyak 10 episod yang bakal ditayangkan pada 15 Mei ini, setiap hari Isnin-Selasa jam 10 malam (waktu Korea Selatan).

IMG 6303

Oh Young Shim mengisahkan tentang dua sahabat masa kecil yang kembali bertemu selepas 20 tahun kemudian secara tidak sengaja.

Oh Young Shim menyaksikan artis terkenal iaitu Song Ha Yoon dan Lee Donghae berlakon sebagai pelakon utamanya. Donghae Suju menjadi CEO popular dalam drama siri ini!

IMG 6305

Berikut ini merupakan sembilan watak menarik yang bakal anda saksikan dalam drama siri Oh! Young Shim.

986c9f62 dc6e 43a1 8175 1610dc799ebd1. Song Ha-yoon membawa watak sebagai Oh Young Shim. Dia adalah pengarah produksi program variety show yang berpengalaman selama 8 tahun

fcb0832a 114b 4c10 a93f 3250bd1404582. Lee Donghae membawa watak sebagai Wang Kyung Tae, dia merupakan CEO syarikat startup terkenal yang juga merupakan sahabat masa kecil Oh Young Shim (Song Ha Yoon)

12a9d1a9 bac5 4921 aab3 930583347cdb3. Lee Min Jae melakonkan watak Lee Chae Dong, seorang pengarah produksi variety show yang juga merupakan junior Oh Young Shim (Song Ha Yoon). Diam-diam dia menyukai seniornya!

213f315b aa9f 4bad 8a04 6f4ea0ebbbae4. Jung Woo Yeon membawa watak sebagai Gu Wol Sook, dia juga adalah sahabat masa kecil Young Shim (Song Ha Yoon) yang kini berkerjaya sebagai seorang beauty YouTuber

66441c36 26ed 4266 abcc ca21e6ae3b6c5. Artis senior Song Young Jae membawa watak sebagai Dae Gwang, iaitu ayah kepada Young Shim (Song Ha Yoon) yang selalu menyokong anaknya

b55dfc16 cc3d 4f42 b96e 25522e5bb9206. Sementara itu, Wang Ji Hye akan berlakon sebagai Oh Jin Shim, kakak kepada Young Shim (Song Ha Yoon)

6f781bea cd48 4272 b3dd ea061f8f49a87. Ga Young membawa watak yang bernama Oh Soon Shim. Menjadi adik perempuan kepada Young Shim (Song Ha Yoon)

da68ffab 74b1 449f 8f0f e5cf624fbf008. Penyanyi yang juga merupakan pelakon terkenal, Tony Ahn, diberi kepercayaan untuk membawa watak sebagai Lee Woo Sang, abang ipar kepada Young Shim (Song Ha Yoon). Dia adalah suami kepada Jin Shim (Wang Ji Hye)

b6fd0c31 345e 41aa 906d dc69d281eb579. Artis baru yang sedang mendaki naik iaitu Jo Yoo Ha, membawa watak sebagai Lee Ji Yu yang merupakan anak saudara kepada Young Shim (Song Ha Yoon). Anak kepada Oh Jin Shim dan Lee Woo Sang

Oh! Young Shim merupakan drama siri yang membawa genre komedi romantik yang mengisahkan tentang pertemuan kembali dua sahabat sewaktu kecil. Setelah 20 tahun tidak bertemu, Oh Young Shim (Song Ha Yoon), yang merupakan seorang pengarah produksi variety show, akan bertemu dengan kawan masa kecilnya, iaitu Wang Kyung Tae (Lee Donghae), yang merupakan seorang CEO syarikat startup yang terkenal dan sangat popular. Nantikan kisahnya yang akan ditayangkan pada hari ini 15 Mei 2023!

Baca Lagi: Doctor Cha: 10 Doktor Yang Memainkan Watak Penting

Baca Juga: Kdrama: 5 Watak Pengembara Masa Bulan Mei Ini