Home News Kim Young Dae – 9 Fakta Menarik Bintang Muda Ini

Kim Young Dae – 9 Fakta Menarik Bintang Muda Ini

0

Apakah fakta menarik Kim Young Dae, bintang muda yang sedang menempa nama ini?

Kim Young Dae merupakan seorang pelakon terkenal Korea Selatan. Dia sangat terkenal dengan drama siri sekolah menengah MBC Extraordinary You (2019).

Pelakon muda ini turut membintangi siri televisyen SBS The Penthouse: War In Life (2020) dan siri televisyen KBS2 Cheat on Me If You Can (2020). Pada tahun 2022, Kim Young Dae mengambil watak utama pertamanya dalam siri televisyen tvN Sh**ting Stars .

Bagi anda yang belum mengenali dengan lebih jelas mengenai Kim Young Dae, jom sama-sama kita lihat 9 fakta menarik dan juga mengenai perjalanan karier pelakon ini seperti berikut:

35b0d57f 4243 45a0 a85e b52e62feb7461. Kim Young Dae adalah pelakon lelaki Korea Selatan yang dilahirkan pada 2 Mac 1996

57bbc11b fc02 4d77 97b7 724a286a5e702. Kim Young Dae belajar dalam jurusan Perdagangan di Universiti Fudan Cina, namun dia telah memutuskan untuk berhenti dari pengajian demi untuk terjun ke dunia seni lakon

66305216 0820 46e7 b527 706af69c7e073. Sejak dari sekolah menengah lagi, dia memang selalu ditawarkan oleh beberapa agensi untuk berlakon dalam filem. Namun, dia menolak kerana dahulu dia ingin menjadi seorang pemain bola sepak profesional

IMG 6310

4. Dia memulakan debutnya pada tahun 2018 melalui drama siri Office Watch 2

IMG 6307

5. Dia mula mendapat perhatian dan berjaya meraih ramai peminat sejak tahun 2019 sewaktu membintangi drama siri popular Extraordinary You

IMG 63086. Dia semakin meraih populariti sewaktu membintangi drama siri The Penthouse yang merupakan drama siri yang sangat trending pada waktu itu dengan rating yang sangat tinggi

IMG 63097. Dia juga pernah membintangi drama siri “Cheat Me If You Can” sebagai watak pembantu.

IMG 63118. Pelakon kacak ini semakin mencuri perhatian pada tahun 2022 melalui lakonannya sebagai raja dalam drama The Forbidden Marriage

IMG 63129. Pada tahun 2023 ini, Kim Young Dae akan membintangi drama siri yang diadaptasi dari sebuah Webtoon popular iaitu The Moon that Rises in the Day bersama pelakon ternama Pyo Ye Jin

Pada usia yang masih muda, Kim Young Dae telah menunjukkan perkembangan yang luar biasa dalam dunia seni lakon. Beberapa buah drama popular yang dibintanginya berjaya mendapat kejayaan yang cukup besar. Pasti peminat setia sudah tidak sabar untuk menonton drama siri terbaru Kim Young Dae bukan?

Baca Lagi: Oh Young Shim Kdrama Baharu Menarik 15 Mei Ini

Baca Juga: 5 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Jun 2023