Home Entertainment 12 Kdrama Baru Dibintangi Pelakon Black Knight

12 Kdrama Baru Dibintangi Pelakon Black Knight

0

Apakah 12 Kdrama baru yang dibintangi oleh para pelakon Black Knight?

IMG 6314Black Knight merupakan siri Original Netflix yang baru sahaja ditayangkan pada 12 Mei 2023. Drama siri tersebut menggunakan latar waktu masa depan, secara tepatnya pada tahun 2071 di mana bumi telah mengalami kehancuran kerana pencemaran yang sangat dahsyat.

Perkara itu membuatkan seorang pahlawan dibentuk untuk berjuang demi para pelarian yang masih berjuang hidup. Drama siri ini menampilkan Kim Woo Bin, Song Seung Heon, Esom, dan Kang Yoo Seok sebagai pelakon utamanya.

Selain Black Knight, mereka juga memilih pelbagai kdrama baru lain untuk dilakonkan. Jom kita lihat apakah kdrama baru menarik tersebut:

c32acc0b 33f6 4389 a444 513f472914bf1. Song Seung-heon akan meneruskan dan melakonkan wataknya dalam kdrama baru Player 2 (2023) yang mengisahkan tentang seorang penipu dan sekutunya

ada2ed6f 91ed 47f7 a6c0 e0f2f29053af2. Pada awal tahun 2023, Kang Yoo Seok berlakon dalam Payback: Money and Power (2023), kdrama siri tentang kartel duit yang bekerja sama dengan undang-undang

73df188e cb96 431e a8d0 58dcd3d106d93. Esom akan bergandingan dengan Ahn Jae Hong dalam kdrama baru bertajuk LTNS (2023). Drama terbitan TVING itu akan menceritakan tentang kisah pasangan suami isteri

dae12504 e0c2 4ec5 9bb8 c69692dd66f94. Dr. Romantic 3 (2023) sedang ditayangkan dengan kisah mengenai petugas-petugas medik di Hospital Doldam. Jin Kyung telah berlakon dalam drama siri ini sejak musim pertama lagi

f2bb8904 7aaa 4490 9c81 9b9ae87daec25. Setelah menamatkan Taxi Driver 2 (2023), Kim Eui-sung akan meneruskan aksi lakonannya dalam menjalankan perkhidmatan dendam untuk musim ketiga Taxi Driver. Nantikan!

e79cf6ac dbcc 4c12 b9b7 65541ad9e4fb6. Jin Kyung juga akan turut berlakon dalam kdrama baru The Story of Park’s Marriage Contract (2023) yang menceritakan tentang perkahwinan kontrak

913ac394 e17f 450a 810a 7e508088bdba7. Mengangkat kisah pelajar-pelajar sekolah menengah yang perlu melawan makhluk asing, Duty After School (2023) yang dibintangi oleh Lee Soon Won ini berjaya meraih perhatian ramai penonton

0a010ae3 f2d5 46a7 b36e bb66c9c21b378. Sebelum ini Roh Yoon-seo menjadi seorang pelajar pintar dalam drama siri Crash Course in Romance (2023). Drama siri tersebut mengangkat isu pendidikan yang sangat keras dan mencabar

ffee3c7c 2a1e 42a8 95c9 32ca52df07419. Disiarkan pada 14 April lalu, Queenmaker (2023) menceritakan tentang perjuangan menuntut keadilan oleh wanita. Jin Kyung turut berlakon dalam drama siri ini

a76d7104 16c4 41db 95d0 e4b21c23a62e10. Lee Joo-seung disahkan akan turut serta membintangi The Sand Flower (2023) yang akan menampilkan kisah atlet muda sukan gusti tradisional Korea

65c1568a 4ecc 443e 8550 04ad7f16b8c511. Kang Yoo Seok bergandingan dengan Lee Si Young untuk membintangi The Mentalist, kdrama baru tentang kerja sama paranormal dan pihak polis

a0b7d099 f9cb 4a70 98a8 b2ea6be70bb112. Jin Kyung akan berlakon dalam drama siri Extraordinary Attorney Woo 2 (2024) yang menceritakan tentang kehidupan seorang peguam autisme yang sangat genius

Kehebatan bakat lakonan yang dimiliki oleh setiap pelakon Black Knight membuatkan mereka dipilih untuk menyertai pelbagai projek Kdrama terbaru untuk tahun 2023 ini. Kebanyakan drama siri yang tersenarai di atas ada yang belum lagi ditentukan jadual penayangan rasmi mereka. Nantikan sahaja perkembangan terbaru!!

Baca Lagi: Kim Young Dae – 9 Fakta Menarik Bintang Muda Ini

Baca Juga: 12 Watak Kdrama Menjalin Hubungan Dengan Perisik