Home Entertainment Lesson Of Evil Filem Aksi Psikopat Dari Jepun

Lesson Of Evil Filem Aksi Psikopat Dari Jepun

0

Lesson Of Evil filem aksi psikopat dari Jepun yang dipenuhi dengan adegan berdarah yang mengerikan!

Jika anda adalah peminat filem Battle Royale, maka anda pasti akan menyukai filem arahan Takashi Miike yang dilakonkan oleh Hideaki Itō sebagai Seiji Hasumi ini. Filem yang diadaptasi dari novel ” Aku No Kyoten” yang bermaksud “LESSON OF EVIL”.

IMG 6339

Ia adalah adaptasi daripada novel Yusuke Kishi 2010 dengan nama yang sama. Manga seinen dengan nama yang sama, digambarkan oleh Eiji Karasuyama, juga dikeluarkan pada tahun 2012 oleh Kodansha dalam Good! Majalah petang. Cerita ini mengandungi banyak rujukan kepada budaya Jerman, seperti sebutan Goethe The Sorrows of Young Werther dan rekod vinil memainkan “Mack the Knife” oleh Bertolt Brecht.

Ia memiliki konsep yang sama seperti Battle Royale namun jalan penceritaan filem ini digarap lebih baik, kemas, sempurna, menarik dan memcengkam emosi bagi sesiapa sahaja yang menontonnya!

Sesak nafas! Bagai turut sama hilang nyawa tatkala kegilaan guru yang dipuja-puja ini menunjukkan sifat sebenarnya!

Seiji Hasumi adalah seorang guru lelaki yang sangat tampan, peramah serta popular dikalangan para pelajarnya. Malah guru-guru juga ramai yang berasa iri hati dengan Seiji Hasumi.

IMG 6338

Siapa sahaja yang tidak terpesona dengan perwatakan yang cukup menarik itu, sehingga pegawai polis pun boleh terpikat dengannya. Namun tiada siapa yang sangka bahawa guru yang mereka sanjung tinggi itu adalah seorang psiko yang sedang merancang pembunuhan beramai ramai setiap pelajar di dalam kelasnya!!

Apabila babak kemuncak bermula, kejutan demi kejutan yang diberikan, sehingga kita turut menahan nafas menyaksikan aksi-aksi berdarah yang cukup sadis dan mengerikan!

IMG 6343 IMG 6345 IMG 6347

Penonton yang menyukai genre dan plot cerita sedemikian pasti dapat menikmati setiap aksi di dalam filem “Lesson Of Evil” ini walaupun ia digarap dengan penceritaan yang agak perlahan.

Namun setelah itu, babak demi babak mula berkembang dan mencapai saat kemuncaknya apabila kita dapati kisah dalam filem ini bukanlah hanya berfokus kepada guru yang psiko itu, tetapi ia adalah mengenai isu remaja di dunia masa kini yakni penderaan, buli, gangguan seksual dan masalah sosial lain.

IMG 6342 IMG 6341 IMG 6346

Sadisnya dalam filem “Lesson Of Evil” ini, isu ini ditangani dengan cara yang sangat berbeza dan paling menakutkan!

Baca Lagi: 17 Sai: Manga Berdasarkan Jenayah Kejam Sebenar Jepun

Baca Juga: 10 Siri Anime Seram Yang Mungkin Anda Boleh Nikmati

Filem ini dibintangi oleh:

Mari kita saksikan trailer “Lesson Of Evil” yang pasti akan membangkitkan rasa keinginan anda untuk menontonnya nanti!