Home Entertainment Kdrama: 10 Watak Wanita Berjuang Demi Keadilan

Kdrama: 10 Watak Wanita Berjuang Demi Keadilan

0

Siapakah yang bawa watak wanita yang berjuang demi keadilan dalam Kdrama?

Terdapat cukup banyak watak wanita hebat dalam pelbagai Kdrama siri sepanjang bulan Januari hingga Mei 2023. Sebahagian daripada watak-watak ini dikisahkan mempunyai sikap cintakan keadilan yang tinggi.

Oleh sebab itu, setiap watak wanita ini berusaha menegakkan keadilan dengan bermacam-macam cara.

Jom kita lihat sepuluh karakter berikut ini. Mereka adalah pejuang keadilan yang sangat hebat dan pantang menyerah kalah. Semuanya sangat memberi inspirasi, siapakah watak-watak ini?

e84bea27 00bf 46e4 ac4f 9565cec3e8e71. Sejak kecil, Lee Mi Joo (Ahn Eun Jin) dalam Kdrama siri The Good Bad Mother tidak pernah ragu untuk membela orang-orang kesayangannya yang menjadi mangsa ketidakadilan

52102172 674e 433e 9a37 1fee4b76daff2. Oh Kyung Sook (Moon So Ri) adalah peguam dalam Kdrama siri Queenmaker yang memperjuangkan hak asasi manusia dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh

6450dc1c b7da 4d59 b40b 35ea9b6b47403. Merupakan puteri diraja, Lee Yeon Joo (Bona) menyamar menjadi rakyat biasa untuk menyiasat kes undang-undang dan membantu rakyat jelata dalam Kdrama siri Joseon Attorney: A Morality

f9abd498 f3bf 47d2 afe5 73634657cb2a4. Sewaktu masih berada di bangku sekolah menengah, Oh Jung Shin (Seol In Ah) langsung tidak takut untuk bergaduh demi menegakkan keadilan dalam Kdrama siri Oasis

afcce084 d392 4cef 9d7f 8a5b4a9c4e2f5. Yeo Mi Ran (Kim Ok Bin) berani bertarung secara berdepan atau juga berlawan mulut demi menentang adat patriarki dan sikap prejudis terhadap wanita dalam Love to Hate You

fb12e0c8 e1c4 4363 8f47 54775bd631ac6. Won Mi Ho (Lee Da-hee) tidak takut untuk membela mangsa-mangsa kejahatan dan melawan penjahat dalam Kdrama siri Island

9356b0de cc8b 4242 a105 91980ad705857. Min Jae Yi (Jeon So Nee) dalam drama siri Our Blooming Youth menyiasat kes jenayah dan kejahatan demi untuk menangkap pelaku sebenarnya dan membebaskan orang yang tidak bersalah

03acaefc afd9 4c92 afc1 40d2044475288. Dalam drama siri yang sama iaitu Our Blooming Youth, Ga Ram (Pyo Ye Jin) menjadi pembantu dan rakan Min Jae Yi yang memang boleh diharap dalam usaha mereka untuk menegakkan keadilan

4d4a3b64 eed0 4b1f 9066 fcb274cc19419. Ahn Go Eun (Pyo Ye Jin) sangat hebat dan berani dalam melawan para penjahat dan melindungi mangsa kejahatan dalam drama siri popular Taxi Driver 2

bb841aca 9dd6 4421 b4d6 c544f239d9a110. Dalam Payback: Money and Power, Park Joon Kyung (Moon Chae Won) menggunakan bermacam taktik demi untuk mengalahkan mafia undang-undang dan kewangan yang berkuasa

Semua 10 watak yang disenaraikan di atas ternyata sangat berani menegakkan keadilan walaupun terpaksa menghadapi banyak rintangan. Mereka menggunakan bermacam-macam strategi yang licik untuk menghadapi lawan dan musuh mereka. Keberanian dan kehebatan mereka pasti menjadi inspirasi bukan?

Baca Lagi: Kdrama: 10 Watak Dibesarkan Sebagai Pembunuh

Baca Juga: 10 Filem Terbaik Korea Sepanjang Zaman