Home Entertainment Kdrama: 10 Watak Dibesarkan Sebagai Pembunuh

Kdrama: 10 Watak Dibesarkan Sebagai Pembunuh

0

Siapakah yang bawa watak pembunuh yang dibesarkan dari kecil lagi dalam Kdrama?

Jang Na-ra kini sedang menyapa para peminatnya melalui drama siri terbaru Family: The Unbreakable Bond. Dia membawa watak sebagai seorang suri rumah tangga yang berhati baik yang selalu ada untuk keluarganya.

Namun, disebalik semua itu, ternyata tersimpan sebuah kisah masa lalu yang menyakitkan yang ingin dihapuskan olehnya. Kenangan pahit itu adalah ketika dirinya dibesarkan sebagai seorang pembunuh.

Masa kecilnya dihabiskan untuk berlatih seni bela diri dan menggunakan senjata untuk menjadi seorang pembunuh yang mahir.

Kenangan pahit tersebut dialami oleh dirinya dan beberapa watak dalam drama siri lain seperti yang tersenarai di bawah ini:

43ba36e7 94d7 4c01 9c1f eb36eedb2ca71. Diculik sewaktu masih remaja, Hong Tae Ra (Lee Ji Ah) rela membesar sebagai pembunuh upahan demi melindungi adiknya sendiri dalam Kdrama siri Pandora

d48bad5d 69da 4cbd a481 368a317d256b2. Sama seperti adiknya, Cha Pil Seung (Kwon Hyun Bin) juga ternyata dididik untuk menjadi pembunuh upahan dalam Kdrama siri Pandora

7002ba2d a35d 44ca 8c4b dd93b491d5ed3. Sejak masih kecil keanakan, Kang Yoo Ra (Jang Na Ra) telah dibesarkan dengan ajaran yang keras untuk menjadi pembunuh dalam Kdrama siri Family: The Unbreakable Bond

cfdffd78 bfc5 4143 9de5 73804783cbc04. Masih lagi membicarakan drama siri Family: The Unbreakable Bond, Jo Tae Gu (Kim Nam Hee) merupakan kawan Kang Yoo Ra yang juga membesar sebagai pembunuh

be750900 a0a1 40e9 8e71 732c797ed09c5. Tiada siapa sangka, Oh Cheon Ryeon (Chae Jung An) yang bekerja sebagai ejen BIN juga dibesarkan untuk menjadi pembunuh dalam drama siri Family: The Unbreakable Bond

62c8236a cc8b 430b bf19 49d91fbcdc7c6. Disebalik sifat cerianya, Kim Shi Yeol (Kang Hoon) ternyata merupakan penjaga dan penngawal bayangan kepada pewaris takhta sejak dia masih remaja dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse

c352f835 743e 4346 9cb2 543ff3a0ed4d7. Sejak kecil, Van (Kim Nam Gil) dibesarkan untuk menjadi pemburu roh jahat dalam drama siri Island. Dia langsung tidak takut untuk membunuh manusia yang dirasuk oleh roh jahat

bc25ccc1 8de6 403d 9d03 694771f906718. Dibesarkan dengan cukup kejam untuk menjadi pembunuh, Goong Tan (Sung Joon) menjdi iblis jahat yang ingin menghancurkan dunia dalam drama siri Island

7da8259b 2c22 483b ab50 a5fa4a692e2b9. Diculik sewaktu masih kecil, On Ha Joon (Shin Jae Ha) yang mempunyai jiwa psikopat ini turut dibesarkan untuk menjadi pembunuh oleh penculiknya dalam drama siri Taxi Driver 2

af9f9b91 db18 4b07 8a0b be35b3661eae10. Melihat keluarganya hancur, Tae San (Heo Won Seo) juga dibesarkan untuk membalas dendam dengan cara membunuh dalam drama siri Our Blooming Youth

Semasa kecil biasanya kanak-kanak akan dipenuhi dengan memori dan kenangan indah, tetapi semuanya berubah menjadi masa lalu gelap yang ingin dilupakan akibat perbuatan keji orang dewasa.

Perkara sardis dan kejam itu membuatkan setiap watak dalam Kdrama yang tersenarai di atas menjadi pembunuh dingin dan kejam serta mereka amat sukar untuk mempercayai orang lain.

Adakah anda telah tonton kesemua Kdrama yang dinyatakan diatas dan watak manakah yang menjadi kegemaran anda?

Baca Lagi: 12 Watak Kdrama Menjalin Hubungan Dengan Perisik

Baca Juga: Kdrama: 5 Watak Pengembara Masa Bulan Mei Ini