Home News Rumah Banglo Milik Bekas Menteri, Bakal Dijual Dengan Harga RM17 Juta

Rumah Banglo Milik Bekas Menteri, Bakal Dijual Dengan Harga RM17 Juta

0

Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual dengan harga RM17 juta.

Sebuah rumah banglo yang terletak di atas bukit di Shah Alam tular di media sosial dan mendapat perhatian daripada warganet. Ini disebabkan harganya yang tinggi dan terletak di atas bukit dengan panorama yang mengagumkan.

Menerusi sebuah hantaran iklan yang dimuat naik di dalam Group Shah Alam Business & Services oleh seorang lelaki bernama Koe Omc, rumah terbabit difahamkan bernama Cendana Sejahtera yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Dibuka untuk dijual dengan harga RM17 juta, rumah itu memliki semua kemudahan yang diinginkan oleh orang ramai. Antaranya tempat letak kereta dibawah tanah untuk 12 buah kereta, jakuzi, sauna, kolam renang dan perkhidmatan keselamatan selama 24 jam.

Screenshot 2023 05 14 152255

Menerusi hantaran terbabit, dijelaskan bahawa rumah ini adalah banglo bergaya resort tropika moden yang menakjubkan dengan pengawal keselamatan, kolam renang dan lif.

Screenshot 2023 05 14 152345

“Banglo ini adalah reka bentuk seperti sebuah resort tetapi berfungsi untuk semua gaya hidup. Ia memberi pemilik persekitaran peribadi dan ruang selesa untuk tetamu. Ia dibina berkonsepkan resort tropika terbuka, di mana pemilik dan tetamu boleh menikmati udara segar dan kehijauan yang subur secara peribadi dengan pemandangan sekitar”

Screenshot 2023 05 14 152401

Bukan sahaja ditular di aplikasi Facebook, rumah itu juga mendapat perhatian warga Tiktok sejak dimuat naik oleh Joseph Chan. Menerusi beberapa komen, netizen berspekulasi bahawa rumah terbabit adalah milik seorang bekas menteri yang kini sudah pun bersara. Manakala sebahagian lagi pula menyatakan bahawa ia adalah milik seorang ahli perniagaan dari sektor perkhidmatan dan teknolohi.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang