Home Entertainment 10 Filem Terbaik Korea Sepanjang Zaman

10 Filem Terbaik Korea Sepanjang Zaman

0

Filem terbaik Korea sepanjang zaman yang wajib menjadi tontonan anda!

Sudah berdekad lamanya Korea Selatan terkenal dengan menghasilkan pelbagai genre cerita dari drama sehinggalah filem. Jadi tidak hairanlah jika Korea juga mempunyai sejumlah koleksi filem-filem yang boleh dikategorikan sebagai filem terbaik Korea sepanjang zaman!

IMG 5539

Ramai orang mungkin lebih tertarik dengan filem Hollywood kerana industri itu diisi dengan para pelakon yang popular, filem mereka banyak adegan aksi yang luar biasa, jalan cerita kebiasaannya memang menarik dan persembahan lakonan juga cukup luar biasa.

Tetapi filem Korea Selatan juga tidak kurang hebatnya dan mampu bersaing dengan filem Hollywood. Anda juga boleh rujuk pelbagai genre lain filem terbaik Korea di Laman web Majlis Filem Korea.

Berikut merupakan sepuluh filem terbaik Korea yang wajib dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda. Tentu senarai ini juga sangat sesuai untuk para peminat KDrama yang belum menonton filem-filem terbaik dari Korea Selatan ini.

1. The Host (2006)

Salah satu filem terbaik Korea yang wajib menjadi tontonan anda, membawa genre aksi, thriller, seram, dan juga sci-fi, filem The Host mengisahkan tentang kemunculan makhluk yang tidak dikenal dengan penampilan menyeramkan di Sungai Han yang kemudiannya melakukan pembunuhan yang mengejutkan.

Sewaktu terjadinya kematian dan pertumpahan darah di tepi Sungai Han, seorang lelaki yang menjalankan snack bar di tepi sungai itu menyaksikan satu-satunya anak perempuan kesayangannya dimakan oleh makhluk itu tepat di depan matanya sendiri. Kejadian itu menjadi titik tolak buatnya untuk bertempur dengan makhluk ganas tersebut.

2. Miracle in Cell No. 7 (2013)

Siap sedia dengan tisu kerana filem terbaik Korea ini akan pasti membuatkan air mata anda berjejeran. Miracle in Cell No. 7 adalah filem tentang seorang ayah yang mengalami gangguan mental yang dituduh melakukan banyak kejahatan. Dia dipenjara dan diletakkan ke sel nombor tujuh. Bagaimanakah dia akan bertahan?

3. Train to Busan (2016)

Bukan perjalanan kereta api biasa, Train to Busan merupakan filem terbaik Korea tentang penumpang yang sedang dalam perjalanan ke Busan, tetapi tiba-tiba wabak virus zombie menyerang di dalam kereta api tersebut. Perjalanan ini menjadi satu perjalanan yang sangat mengerikan dan menegangkan sewaktu mereka berusaha untuk bertahan hidup di tengah-tengah serangan zombie yang kian mengganas.

Filem hebat ini dibintangi sederetan barisan pelakon yang tidak asing lagi termasuklah Gong Yoo, Jung Yu-mi, Ma Dong-seok, Kim Su-an, Choi Woo-shik, Ahn So-hee, dan Kim Eui-sung

4. Parasite (2019)

Filem terbaik Korea pertama yang menerima academy award, Parasite, memgisahkan tentang anak dari keluarga miskin yang mendapat peluang untuk bekerja di rumah keluarga kaya. Dia mengambil kesempatan tersebut untuk menyusup ke rumah dan membawa anggota keluarga yang lain. Filem ini menampilkan realiti kehidupan antara si miskin dan si kaya.

5. Hope (2013)

Hope merupakan salah sebuah filem terbaik Korea juga yang paling menyayat hati di mana kisahnya bermula dengan seorang kanak-kanak yang bernama So Won (Lee Re) yang diserang secara seksual oleh lelaki asing yang mabuk. Beberapa luka fizikalnya mungkin dapat disembuhkan, tetapi luka emosi yang ditanggung sama sekali tidak dapat dilupakan.

Di samping itu, kedua ibu bapanya berusaha untuk mengatasi kesedihan dan kemarahan mereka dan bekerja keras untuk membantu So Won sembuh. Yang lebih menyayat hati adalah So Won menolak untuk bertemu atau berbicara dengan ayahnya yang menyebabkan ayahnya perlu bersembunyi di sebalik kostum kartun kegemaran anaknya. Filem ini adalah berdasarkan pada kisah benar.

6. A Taxi Driver (2017)

Selain Hope, A Taxi Driver juga merupakan filem terbaik Korea yang berdasarkan kisah benar, di mana jalan ceritanya mengisahkan tentang seorang pemandu teksi yang berjuang untuk memenuhi keperluannya. Suatu hari ada penumpang yang memintanya untuk dihantar dari Seoul ke Gwangju dan bersedia untuk membayarnya dengan jumlah yang besar.

Pemandu teksi itu, Kim Man Sub (Song Kang Ho), menerima tawaran tersebut. Dalam perjalanan, beberapa kejadian tidak disangka mula terjadi.

7. The Man From Nowhere (2010)

The Man From Nowhere adalah salah sebuah filem terbaik Korea yang membawa genre aksi terbaik yang wajib ditonton. Filem ini adalah tentang Cha Tae Sik (Won Bin) yang menjalankan perniagaan pajak gadai. Satu-satunya kawan yang sudi menyapanya adalah seorang kanak-kanak kecil yang tinggal di sebelah kedainya.

Suatu hari, ibu kanak-kanak kecil itu mencuri dadah dari seorang penjenayah berbahaya. Penjenayah Menculik ibu kanak-kanak itu. Perkata itu menyebabkan Tae Sik berusaha untuk menyelamatkan mereka.

8. Extreme Job (2019)

Dibintangi oleh Ryu Seung Ryong, Honey Lee dan juga Gong Myung, Extreme Job adalah filem tentang lima orang detektif yang menyamar menjadi pekerja restoran ayam goreng untuk mengintip penjenayah.

Namun dalam proses penyamaran mereka, restoran ayam goreng tersebut menjadi popular kerana ayam goreng yang dijual sangat sedap. Populariti restoran yang tidak disangka itu menyebabkan lima detektif tersebut terpaksa menghadapi situasi yang sukar.

9. Along With The Gods: The Two Worlds (2017)

Along With The Gods: The Two Worlds adalah filem tentang roh yang harus menghadapi tujuh perbicaraan selama 49 hari. Filem ini berkenaan kisah Kim Ja Hong (Cha Tae Hyun) yang dalam perjalanan ke alam roh dengan ditemani oleh tiga penjaga.

Tetapi sifat dendam membuatkan perjalanannya menjadi sukar. Ja Hong terus menghadapi rintangan untuk membuktikan jenis kehidupan yang dia jalani.

10. Ode to My Father (2014)

Ode to My Father adalah filem tentang seorang lelaki biasa yang melakukan segalanya untuk melindungi keluarganya dan berusaha melakukan apa yang dia katakan untuk terakhir kalinya kepada ayahnya.

Ini adalah filem yang menampilkan kehidupan orang-orang yang susah setelah perang Korea hingga waktu ini. Ode to My Father juga akan mengajak anda untuk menyaksikan beberapa siri perpisahan dan perjuangan yang memilukan.

IMG 5538 scaled

Dari The Host hingga Ode to My Father, Filem Korea manakah yang sudah anda tonton? Bagi peminat filem Hollywood mungkin akan mula menyukai filem Korea setelah menonton beberapa filem yang tersenarai di atas. Jangan lupa saksikan!

Baca Lagi: 11 Pelakon Ahjussi Korea 2023 Yang Menawan Hati

Baca Juga: 10 Filem Korea Buat Banjir Airmata Tetapi Menghiburkan