Home Entertainment 10 Filem Korea Buat Banjir Airmata Tetapi Menghiburkan

10 Filem Korea Buat Banjir Airmata Tetapi Menghiburkan

0

Berikut 10 saranan filem Korea bertema kekeluargaan yang mengundang gelak tawa tetapi juga mampu membuatkan kita berbanjiran airmata. Pastikan anda sediakan tisu sebelum menonton filem ini semua ya!

1. Pawn (2020)

IMG 5440 scaled

Berlatar kota Incheon, Korea Selatan pada tahun 1993, mengisahkan tentang Doo-Seok (Sung Dong-Il) yang merupakan seorang “debt collector”.

Suatu hari, dia pergi menemui Myung-Ja (Kim Yunjin) untuk menagih hutang. Kerana masih tidak mampu membayar hutang, Myung Ja telah menyerahkan anak kecil perempuannya yang bernama Seung Yi (Park So-Yi) sebagai jaminan.

Kini Doo-Seok terpaksa menjadi penjaga Seung-Yi sehinggalah Seung-Yi (Ha Ji-Won) sudah dewasa.

Filem Korea ini dibintangi oleh Ha Ji-Won sebagai Seung-yi, Sung Dong II sebagai Doo Seok, Kim Hee Won sebagai Jong Bae, dan lainnya.

2. Inseparable Bros (2019)

IMG 5441

Se-Ha (Shin Ha-Kyun) dan Dong-Goo (Lee Kwang-Soo) merupakan sahabat yang tinggal bersama di tempat pelayanan sosial sejak kecil. Se-Ha merupakan lelaki yang cerdas, namun memiliki kecacatan fizikal. Sedangkan Dong-Goo memiliki tubuh badan yang yang kuat dan sihat, namun mempunyai masalah mental.

Saat masih kecil, Se-Ha menyelamatkan Dong-Goo yang dibuli oleh orang lain. Persahabatan mereka semakin rapat setelah Se-Ha yang tidak sengaja jatuh ke kolam renang diselamatkan oleh Dong-Goo.

Dari sinilah, keduanya yang tidak memiliki hubungan darah saling menyayangi seperti hubungan adik beradik selama 20 tahun terakhir. Tak hanya itu, kekurangan dan kelebihan yang mereka miliki pun membuat keduanya saling melengkapi satu sama lain.

Filem Korea ini dibintangi oleh Shin Ha-kyun, Lee Kwang-soo dan Esom.

3. A Taxi Driver (2017)

IMG 5442

Ia sebuah filem korea yang diadaptasi dari kisah benar. Bercerita tentang kasih sayang ayah kepada anaknya. Man Seob adalah seorang pemandu teksi. Demi mendapatkan wang untuk keperluan hidup anaknya, dia rela menjadi pemandu dan menghantar seorang wartawan dari Jerman ke Gwangju. Namun setiba di Gwangju, rusuhan dan konflik sedang berlaku dan mereka pun terperangkap di sana.

Filem Korea ini dibintangi oleh Song Kang Ho, Heo Jung Do, dan ramai lagi.

4. Ode to My Father (2014)

IMG 5443

Di tengah-tengah kekacauan pelarian yang melarikan diri dari Perang Korea pada Disember 1950, seorang budak lelaki, Duk-soo, melihat nasibnya berubah dalam sekelip mata apabila dia kehilangan jejak adik perempuannya dan dia meninggalkan bapanya untuk mencarinya.

Menetap di Busan, Duk-soo mengabdikan dirinya kepada keluarganya yang masih tinggal, bekerja dengan pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara mereka menggantikan bapanya. Dedikasinya membawa dia mula-mula ke lombong arang batu yang mematikan di Jerman, di mana dia bertemu cinta pertamanya, Youngja, dan kemudian ke Vietnam yang dilanda perang dalam epik generasi tentang pengorbanan peribadi seorang lelaki.

Filem Korea ini dibintangi oleh Hwang Jung Min, Kim Yun Jin, Oh Dal Su dan ramai lagi.

5. Miracle in Cell No. 7 (2013)

IMG 5444

Miracle in Cell No. 7 merupakan filem Korea yang fenomenal. Kisahnya membuatkan kita tertawa tetapi juga mengharukan sehingga berbanjiran airmata.

Berkisah tentang Lee Yong Gu, seorang ayah yang mempunyai masalah mental. Dia dituduh telah melakukan pembunuhan dan pelecehan seksual sehingga dia dipenjarakan.

Di sisi lain, Yong Gu mempunyai seorang anak kecil perempuan bernama Ye Seung. Ye Seung sangat merindui bapanya dan berusaha untuk bertemu bapanya dengan bantuan kawan-kawan Yong Gu yang ada di penjara.

Sehinggalah Ye Seung meningkat dewasa dan menjadi seorang peguam yang berjaya. Dan Ye Seung berusaha untuk membersihkan nama baik bapanya kerana dia percaya bahawa bapanya telah disalah tuduh dan tidak bersalah.

Filem penuh melodrama yang mengharukan ini dibintangi oleh Ryu Seung Ryong, Kal So Won, Park Shin Hye dan ramai lagi.

6. Wedding Dress (2010)

IMG 5445

Berkisah tentang seorang ibu tunggal bernama Ko Woon (Song Yoon Ah) yang didiagnosis penyakit kanser. Kerana dia tahu umurnya tidak panjang, dia yang merupakan seorang perancang busana pun memutuskan untuk menyiapkan gaun pengantin anak perempuannya Sora (Kim Hyang Gi).

7. Daddy You, Daughter Me (2017)

IMG 5446

Seringkali bertengkar dan bermusuhan dengan orang yang paling kita sayang, kerana kita tidak tahu bagaimana caranya menyampaikan rasa sayang kita. Inilah yang terjadi pada pasangan ayah dan anak Do Yeon dan Sang Tae.

Do Yeon yang meningkat remaja, merasa ayahnya tak pernah cuba untuk memahaminya. Sedangkan Sang Tae pun merasa anaknya sukar untuk dikawal.

Sehingga suatu hari telah terjadi hal aneh, Do Yeon dan Sang Tae tiba-tiba bertukar jiwa. Do Yeon terpaksa menjalani kehidupan ayahnya kerana jiwanya berada di tubuh Sang Tae, begitu juga sebaliknya.

Hal ini membuat mereka perlahan-lahan mula memahami, apa yang dilalui mereka sebelum ini setiap hari. Dari segala permasalahan dan dugaan yang dihadapi sehingga akhirnya mereka dapat memperbaiki hubungan mereka dan saling mengasihi.

Filem Korea ini dibintangi oleh Jung So Min, Lee Il Hwa, Yoon Je Moon dan ramai lagi.

8. Miracle of Giving Fool (2008)

IMG 5448Memiliki ahli keluarga yang sudah dewasa namun perilakunya seperti anak-anak biasanya membuat seseorang menjadi rasa malu dengan masyarakat sekelilingnya.

Sang Ryong digelar si bodoh oleh orang-orang di sekitarnya, sehingga adiknya Jee In yang masih bersekolah merasa malu mempunyai abang seperti dia.

Meski tingkah lakunya seperti anak-anak, namun Sang Ryong adalah abang yang bertanggung jawab, semenjak ibunya meninggal, Sang Ryong mengurus Jee In seorang diri.

Dia mencari nafkah dengan berniaga roti di dekat sekolah Jee In, dan menyimpan semua wang hasil jualannya untuk keperluan Jee In. Dia juga tidak lupa menyediakan sarapan buat adiknya sebelum berangkat sekolah, walaupun Jee In tak pernah memakannya.

Ketika Jee In sakit tenat, Sang Ryong berusaha sekuat tenaga untuk menyelamatkannya dengan cara apapun. Bahkan sanggup mengorbankan nyawanya sendiri. Saat itulah Jee In baru sedar sikapnya selama ini terhadap abangnya adalah salah.

Filem Korea ini dibintangi oleh Ha Ji Won, Cha Tae Hyun dan ramai lagi.

9. Hello Ghost (2010)

IMG 5449

Filem Korea ini bercerita tentang seorang pemuda yang hidup sebatang kara bernama Sang-Man (Cha Tae Hyun). Hidupnya menyedihkan dan dia telah mencuba bunuh diri berkali-kali namun selalu gagal. Minum ubat tidur, sehingga melompat ke sungai Han.

Setelah usaha bunuh dirinya yang terakhir gagal, Sang-Man tiba-tiba mempunyai kebolehan melihat hantu. Dan sejak itu dia diikuti oleh 4 hantu yang selalu mengikutinya. Sang-Man terpaksa melakukan semua keinginan hantu tersebut agar jiwa mereka boleh tenang dan menyeberang ke alam akhirat.

Siapa sangka, keempat hantu tersebut sebenarnya adalah seluruh ahli keluarga Sang-Man yang meninggal dunia secara tragis ketika Sang-Man masih kecil. Mendianh ayah, ibu, atuk, dan kakak Sang-Man menolak untuk menyeberang ke alam akhirat kerana tidak ingin meninggalkan Sang-Man sendirian di dunia.

Mereka berempat terus berada di sisi Sang-Man untuk menjaganya, dan mencegah Sang-Man mengakhiri hidupnya.

Filem ini dibintangi oleh Cha Tae-hyun, Kang Ye Won, Moon Su Lee dan ramai lagi.

10. Scandal Maker (2008)

IMG 5450

Kehidupan seorang lelaki bujang Nam Hyeon-soo (Cha Tae Hyun) di usia 30-an, dan memiliki kerjaya sebagai pemberita radio terkenal berubah menjadi haru-biru apabila seorang gadis muda muncul di pintu rumahnya dan mengaku dirinya sebagai anaknya.

Memburukkan lagi keadaan, gadis bernama Jae In tersebut juga membawa seorang anak kecil lelaki bernama Ki Dong yang didakwa sebagai cucu dari Nam Hyeon-soo.

Untuk mengelakkan skandalnya tidak tersebar, Nam Hyeon-soo menyembunyikan identiti Jae In dan Ki Dong dari semua orang. Dia risau jika hal ini akan membuatkan dia kehilangan reputasi yang sudah dibinanya selama ini.

Filem Korea ini dibintangi oleh Park Bo Young, Cha Tae Hyun, Wang Seok Hyeon dan ramai lagi.

Itu sahaja setakat ini, semoga 10 senarai filem Korea diatas dapat menghiburkan bagi anda yang inginkan mood santai tetapi mengharukan!

Baca Lagi: 6 Pelakon Wanita Korea Dalam Filem Aksi Baru 2023
Baca Juga: Lee Do Hyun Pelakon Yang Semakin Bersinar