Home News Budak Lelaki 6 Tahun Terlibat Dalam Kemalangan, Sekali Punca Nya Buat Ramai...

Budak Lelaki 6 Tahun Terlibat Dalam Kemalangan, Sekali Punca Nya Buat Ramai Terkedu

0

Budak Lelaki 6 Tahun“Hati kering budak ni. Umur 6 tahun dah ada keinginan bawak kereta. Mujurla takde apa2 yang teruk. Erm jenis otak pickup ni kena bagi perhatian lebih nampaknya”, begitulah yang diungkapkan oleh salah seorang komentar apabila melihat berita ini.

Kanak-kanak berusia enam tahun dikesan memandu Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga di sini, malam tadi.

Kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer (km) dari rumahnya bersama adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai bagi membeli mainan.

Video kemalangan terbabit tular tengah malam tadi dengan orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian dalam video tular itu berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang, jam 11.15 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, kereta terbabit dilaporkan dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, manakala adiknya juga kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi penumpang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang, terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang.

“Susulan itu, pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, kereta terbabit dipercayai dipandu kanak-kanak terbabit dari kediaman mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka, sejauh 2.5 km tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Baca Juga : “Marah Dulu Baru Tolong”-Rakaman Dua Kemalangan Dlm Satu Masa Tarik Perhatian Netizen

sinetronmalaya.com gerta

Kredit Foto: HM

Lihat juga apa kata orang ramai:

Ingat tadi budak tahun 6..sekali Budak Lelaki 6 tahun.Biar betik.Sampai pulak kaki tangan semua nak memandu.Nak maki pun kecik sangat.6 tahun apa sangat mereka tahu dengan usia begitu. Ibubapa kena cakna.

Membuktikan kanak² skrg lebih cepat matang. Klu betul acuannya, boleh jadi ‘seseorang’ dh besar nanti.. Talented.

Allahuakbar.. kalau boleh mak ayh jgn bg ank2 dok di seat pemandu kalau time menunggu kita atau bila2 masa saja. Anak2 jenis memerhati. Time kt x ada depa berani buat hal sndri.
Tpt pemandu jdkan larangan utk ank2. Masuk kereta mesti duduk dlm carseat kalau masih kecil. Kalau dah bsr pakai seatbelt.

Subhanaallah budak jenis berani ni.. mak ayah x boleh leka, kunci kereta kena sorok.. ank yg jiwa berani ni dia x tau takut, dan suka mencuba.. baru 6thn dah berani drive keta. Maknanya dia dok perati masa ayah atau mak dia tgh drive. Tidak masakan dia boleh bawa keta.. nak tekan mnyak brek tang mana.. nasiblah x langaq org.. kalo langaq org nayaaa naya.

Mesti budak ini pernah diajar keluarganya memandu jika tidak mana dia tahu nak start dan nak masuk gear untuk bergerak…harap keluarga nya dihukum kerana kecuaian dan boleh menyebabkan bahaya kepada orang awam

auto ke manual..kalau manual memang terror kau dik..pakcik suspek kat kau..kalau anak pakcik kaki kat atas kepala kat bawah dah pakcik kerjakan.

Sy xnk menghukum cuma nak baca statement daripada mak ayah ni, sbb nk tahu mcm mne dia dua beradik boleh terlepas keluar malam-malam gitu.. Sbb kdg2 ble start enjin, bunyi tu boleh thn kuat, kte kt dlm rumah boleh dgr.

Macam mana dia boleh nampak jalan dengan serendah itu, jauhhh dekk . Makcikkkkkk ni rendah sangat pun tak berani nak drive awww, apa apa pun Ibu dan ayah jangan kunci kereta bersepah sepah.

Hati kering budak ni. Umur 6 tahun dah ada keinginan bawak kereta. Mujurla takde apa2 yang teruk. Erm jenis otak pickup ni kena bagi perhatian lebih nampaknya

Jiwa dah ada macam pahlawan tapi disalah gunakan.kalau kemalangan cedera mati siapa yg patut dipersalahkan.

Mne la tanggung jawab mak ayah ,, langgsung x pantau ank ank ,,dulu kess basikal laggak,,ni plak lg,,,mungkin bangga kot mak ayah ,,ank dh pandai bawa kete,,,entah la,,makin byk kes Kes mcm ni,,,,no offense yaa.

sinetronmalaya.com gerta.00PNG sinetronmalaya.com gerta.55PNG sinetronmalaya.com gerta ppoi

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.

Sumber: HM