Home Entertainment 6 Pelakon Wanita Korea Dalam Filem Aksi Baru 2023

6 Pelakon Wanita Korea Dalam Filem Aksi Baru 2023

0

Siapakah 6 pelakon wanita yang begitu bertuah berjaya membawa watak utama dalam filem aksi baru 2023?

Sudah banyak filem aksi Korea Selatan 2023 yang sudah ditayangkan dan akan ditayangkan dalam waktu terdekat ini. Beberapa nama besar yang dipilih untuk menjadi pelakon utamanya juga awal-awal lagi sudah mencuri perhatian para penonton.

Jika anda adalah pecinta filem aksi yang tegar dan memang meminati genre ini, filem yang mereka bintangi ini wajib ditonton!

Berikut merupakan 6 pelakon wanita Korea yang terpilih untuk menjadi pelakon utama dalam filem aksi baru 2023!

ade6ffea d16e 4dac 9f20 5a482394cb6b

1. Jeon Do Yeon – Kill Boksoon
Watak Boksoon dalam filem aksi Kill Boksoon (2023) disebut-sebut sebagai John Wick versi wanita. Pastinya kerana filem ini aksi dipenuhi dengan aksi dan teknik bela diri dan banyak babak yang menampilkan penggunaan senjata-senjata unik.

Boksoon diceritakan sebagai seorang pembunuh upahan legenda. Namun, sewaktu dia ingin berhenti dari melakukan kerja-kerja kotornya lagi, dia perlu menempuh banyak rintangan yang rumit. Salah satu cabaran yang perlu dihadapi adalah dia perlu melawan kawan-kawannya sendiri. Watak Kill Boksoon dilakonkan oleh pelakon wanita senior iaitu Jeon Do Yeon.

f37366a8 9afc 4acd 8b49 ac0729535d792. Lee Honey – Phantom
Bagi penonton setia filem aksi Korea, nama Lee Honey lebih terkenal dengan wataknya yang lawak dan penuh komedi. Nampaknya untuk kemunculannya dalam filem Phantom, dia berubah dari watak kebiasaan. Wataknya kali ini lebih misteri dan diwarnai dengan pelbagai teka teki.

Phantom merupakan filem perisikan yang menampilkan latar penaklukan Jepun ke atas Korea. Daripada lima orang yang dituduh menjadi ahli perisik anti-Jepun, salah seorangnya adalah Park Cha Gyeon iaitu wata yang dimainkan oleh Lee Honey.

6e3c7f7e a86d 434e b043 314069a0031d3. Han Hyo Joo – Believer 2
Selang 5 tahun selepas penayangan filem pertama, Netflix mengesahkan bahawa filem aksi Believer 2 akan ditayangkan pada tahun 2023. Ini menandakan pertemuan dan penyatuan semula para pelakon lama, namun ada beberapa orang pelakon baru yang menyelitkan nama Han Hyo Joo.

Filem Korea yang memang sangat mahir dalam mengolah unsur jenayah ini membariskan Han Hyo Joo sebagai watak yang diberi gelaran Big Knife atau Keunkal. Dia akan menjadi watak penting yang mengetahui identiti sebenar Mr. Lee (Cha Seung Won) iaitu ketua mafia dadah yang telah lama diburu oleh polis.

a19f59f2 2325 4f30 b773 03d5e9b023f84. Jeon Jong Seo – Ballerina
Peminat filem aksi pasti sudah tidak asing lagi dengan nama Jeon Jong Seo. Walaupun dia adalah pendatang baru dalam dunia seni lakon, watak yang dia lakonkan tidak pernah gagal untuk memukau banyak pasang mata. Maka, tidak hairanlah jika kemunculannya dalam filem Ballerina memang dinanti-nantikan oleh para peminat setia.

Wataknya dalam filem aksi Ballerina ini lebih banyak menghadirkan adegan pergaduhan. Jeon Jong Seo sebagai bekas pengawal yang bernama Ok Joo bertekad untuk membalas dendam terhadap Choi Pro (Kim Ji Hoon).

IMG 5351

 

5. BIBI – Hopeless
Tidak lama lagi, Hopeless dijangkakan akan menemui para peminat! Filem ini termasuk dalam senarai panjang filem Korea yang berjaya masuk ke pemilihan Festival Film Cannes 2023. Kim Hyung Seo adalah salah seorang pelakon utama yang turut menghadiri festival filem berprestij tersebut.

Pelakon wanita yang terkenal sebagai penyanyi yang bernama BIBI ini dipilih untuk melakonkan watak Ha Yan. Ha Yan digambarkan sebagai saudara perempuan Yeon Gyu (Hong Xa Bin) dan dia akan berlakon disamping Song Joong Ki.

IMG 5350

6. Jang Yoon Ju – Veteran 2
Peminat setia pasti sudah merindui watak-watak dalam filem Veteran (2015). Setelah lama dinantikan, akhirnya Veteran 2 bakal ditayangkan tidak lama lagi. Sudah disahkan bahawa ramai pelakon asal filem ini akan kembali muncul dalam sekuel filem ini.

Filem aksi ini menyaksikan Ejen Miss Bong yang sebelum ini menjadi watak pembantu kini bertukar menjadi watak utama. Sebelum ini, watak yang dibawakan oleh Jang Yoon Ju ini telah memukau ramai penonton dengan kebolehan bela dirinya.

5a48686f 10f0 471c b57e b0c2d2a9d896

Disahkan akan menjadi pelakon utama dalam filem aksi Korea terbaru, enam pelakon wanita top Korea Selatan ini pasti akan memberikan persembahan terbaik mereka buat tatapan anda semua!

Baca Lagi: Lee Do Hyun Pelakon Yang Semakin Bersinar

Baca Juga: Uhm Jung Hwa – 10 Cerita Yang Dibintanginya