Home Entertainment 11 Pelakon Ahjussi Korea 2023 Yang Menawan Hati

11 Pelakon Ahjussi Korea 2023 Yang Menawan Hati

0

Min Woo Hyuk merupakan diantara 11 pelakon Ahjussi Korea 2023 yang berjaya menawan hati para penonton dan peminat Kdrama!

Nama Min Woo-hyuk sekarang ini sedang meledak dan menjadi perhatian di kalangan media dan peminat drama Korea.

1ed56450 f039 408e 8abb f2ca79c89446

Kehebatan lakonannya memang memukau! Pelakon lelaki yang dilahirkan pada tahun 1983 ini membawa watak sebagai Doktor Roy Kim dalam drama siri Doctor Cha dan dia berjaya mencuri perhatian ramai.

Dalam drama siri pada tahun 2023 ini, terdapat ramai pelakon ahjussi Korea yang berumur lebih dari 35 tahun dan berjaya mencuri perhatian. Termasuklah Min Woo Hyuk, jom sama-sama kita lihat senarai pelakon ahjussi Korea yang berjaya membuatkan hati ramai peminat-peminat cair dalam drama siri tahun 2023 ini.

6af4ac6b 76d9 4076 aa51 f750e5cef9e0
1. Pelakon Ahjussi Korea pertama adalah Min Woo Hyuk, dia tampil ikonik sebagai Roy Kim, iaitu seorang doktor berhati mulia yang menjadi pujaan kaum hawa dalam drama siri Doctor Cha

14971159 d0be 4808 8f66 409e1080a565
2. Pelakon Ahjussi Korea kedua adalah Yoo Teo, dia berjaya membuat para penonton tidak keruan dengan lakonannya dalam Love to Hate You sebagai pelakon lelaki popular yang sangat romantik dan disukai ramai

9e92ab3e bc20 4d80 a0ea 220a9ec6e998
3. Pelakon Ahjussi Korea Ketiga adalah Kim Ji Hoon. Dalam drama siri yang sama iaitu Love to Hate You, Kim Ji Hoon juga berjaya memukau ramai penonton dengan penampilan rambut panjang dan dialognya yang sungguh manis

b5b3aa40 4567 4ed7 a484 c009254e67bf
4. Pelakon Ahjussi Korea keempat adalah Jung Sung Il. Lakonan ikonik Jung Sung Il sebagai Ha Do Young dalam The Glory Part 2 membuatkan popularitinya meningkat dalam sekelip mata

d35d7391 63e9 415c ad30 7d4da41bd9b7
5. Pelakon Ahjussi Korea kelima adalah Park Sung Hoon. Walaupun memegang watak antagonis, pesona Park Sung Hoon dalam drama siri The Glory turut berjaya menarik perhatian penonton

aa71038d 2dff 4f34 a8b1 36eaf6d42854
6. Pelakon Ahjussi Korea keenam adalah Lee Je Hoon. Seperti musim pertama, Lee Je Hoon mencuri perhatian dengan bermacam aksi penyamarannya yang tidak pernah gagal dalam Taxi Driver 2

354ccee4 be5c 48e2 8ecf a2628833f0d47. Pelakon Ahjussi Korea ketujuh ialah Kim Nam Gil, dia membuat hati ramai gadis berdegup kencang pada usia 40an sewaktu berlakon sebagai manusia separuh iblis yang ternyata juga romantik dalam drama siri Island Part 2

822c7cb3 99d3 4278 a00a 5160c1a75bf8
8. Pelakon Ahjussi Korea kelapan ialah Lee Sang Yoon. Dia berlakon dengan sangat berkesan dalam Pandora: Beneath the Paradise sebagai ketua syarikat yang mencalonkan diri untuk menjadi presiden

254d0c39 4c9f 46cd a35c 63dfde8d0d5e
9. Yang kesembilan ialah Lee Dong Wook. Dia kembali berlakon watak ikoniknya sebagai gumiho dalam Tale of the Nine Tailed 1938

f6400acd bf60 471a 8c22 c54de0171369
10. Yang kesepuluh ialah Jung Kyung Ho. Lakonan Jung Kyung Ho dalam Crash Course in Romance sebagai guru matematik yang pintar dan membuatnya tercalon dalam Baeksang 2023

bb8cd369 6939 4295 b3b3 951b39c0a255
11. Dan yang kesebelas ialah Kim Dong Wook. Dia membawa watak sebagai pembaca berita yang mengembara ke masa lalu dalam My Perfect Stranger dan seorang peguam pula dalam Delightfully Deceitful

Semuanya berlakon dengan penuh fokus dan sangat berkesan, pesona daripada semua sebelas pelakon lelaki ahjussi yang tersenarai di atas berjaya membuatkan para penonton tidak lena tidur malam. Daripada senarai tersebut, siapakan yang merupakan pelakon pujaan anda?

Baca Lagi: 10 Filem Korea Buat Banjir Airmata Tetapi Menghiburkan

Baca Juga: Tale Of The Nine Tailed 1938 Pecah Rekod Penonton