Home Entertainment Anak Doctor Cha, Seo Jing Min Watak Baik dan Manis

Anak Doctor Cha, Seo Jing Min Watak Baik dan Manis

0

Doctor Cha kdrama 2023 yang sedang trending kini, mempunyai anak lelaki bernama Seo Jung Min (Song Ji Ho)

Seo Jung Min merupakan anak sulong hasil perkahwinan Seo In Ho (Kim Byung-chul) dan Cha Jeung Suk (Uhm Jung-hwa).

Watak anak muda ini sangat kental mengharungi beberapa konflik yang hebat dan turut mampu membuktikan bahawa Seo Jung Min adalah seorang anak yang baik bagi keluarganya.

Song Ji Ho yang membawa watak Seo Jung Min mula mendapat perhatian ramai apabila pelakon muda ini berjaya membawa watak seorang anak yang taat, baik dan juga sentiasa tersepit dengan keadaan yang sering memaksa dan menyusahkannnya.

Song Ji Ho dilahirkan pada 28 Januari 1992 dan mula mendapat perhatian ramai melalui lakonannya dalam drama siri Stranger (2017-2020).

Jom kita sama-sama lihat ulasan yang menghuraikan mengapa watak Seo Jung Min boleh dianggap sebagai seorang anak yang cukup manis dan baik hati:

Doctor cha kdrama

1. Seo Jung Min merupakan anak yang sangat penyayang dan mendukung kuat cita-cita ibunya. Dia adalah orang pertama dalam keluarganya yang memberi sokongan kepada Cha Jeong Suk untuk menjadi seorang doktor pelatih dan terus mengejar cita-citanya

cd0ec653 f6da 40bb 9c2c 7e1c9047286e 12. Cha Jeong Suk dan Seo Jung Min bekerja di hospital yang sama, Seo Jung Min juga selalu membantu ibunya ketika ibunya itu berada dalam kesukaran sewaktu menjalankan tugas sebagai seorang doktor pelatih

6e9a36cb 01cf 411b abbb 737aa9826e923. Seo Jung Min juga selalu prihatin terhadap keadaan Cha Jeong Suk, lebih-lebih lagi ibunya itu baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan organ

5e11c0fb cac7 4988 ba75 bac066b541ed4. Seo Jung Min juga bertanggung jawab memenuhi impian dan keinginan Seo In Ho yang mahukan anak-anaknya menjadi doktor pakar bedah. Dia sanggup mengorbankan impiannya demi memenuhi cita-cita ayahnya

c4a370fe f11c 4ddf 96e7 1e4404166426 15. Dia tetap sabar dan tenang walaupun akhirnya dia mengetahui fakta menyakitkan tentang kecurangan yang dilakukan oleh Seo In Ho

675a6da9 f718 4627 bf54 150c3694fb03 16. Seo Jung Min berasa sangat bersalah terhadap Cha Jeong Suk kerana dia perlu menyembunyikan kebenaran yang sangat pahit tersebut, dia tidak mahu ibunya jatuh sakit dan sekaligus menderita secara emosi

a34f1cdf 383d 49f5 b1fc 1c17f39cc1b6 17. Dia sangat bersimpati dan risau akan adiknya apabila dia mengetahui Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon) merupakan anggota keluarga pertama yang mengetahui tentang kecurangan tersebut

Tanggung jawab yang dibebankan keluarga kepada Seo Jung Min sebagai anak pertama memang cukup berat. Walaupun begitu, dia mampu menjalankan setia tanggung jawab tersebut dengan sangat baik. Lebih manisnya, dia menjadi penyokong nombor satu bagi ibunya iaitu Doctor Cha. Doctor Cha yang sangat terluka berasa tenang kerana mendapat sokongan padu daripada anak-anaknya yang tersayang.

Baca Lagi: Doctor Cha: 4 Kesilapan Dr Seo Yang Tidak Dapat Dimaafkan

Baca Juga: Doctor Cha: 10 Doktor Yang Memainkan Watak Penting