Home Entertainment 7 Pelakon Membintangi Kdrama Baru “Pyramid Game”

7 Pelakon Membintangi Kdrama Baru “Pyramid Game”

0

7 pelakon yang membintangi Kdrama terbaru “Pyramid Game”, siapakah mereka? Jom lihat!

Laman rasmi Instagram milik @tving.official telah mengumumkan senarai pelakon utama untuk drama siri Korea Selatan terbaru iaitu Pyramid Game.

Drama siri ini diadaptasi dari sebuah webtoon tentang sebuah sekolah menengah perempuan yang mempunyai sistem ranking berdasarkan populariti. Semakin popular seseorang pelajar, semakin bagus kedudukannya dalam sekolah berkenaan.

Luar biasa bukan?

Para pelajar yang termasuk dalam level F akan menjadi mangsa buli di sekolah tersebut kerana level F adalah ranking yang paling rendah.

Jom sama-sama kita lihat barisan pelakon utama yang telah diumumkan oleh TVING baru-baru ini:

 

Pyramid game1. Bona WJSN dipilih untuk membawa watak sebagai Sung Soo Ji yang merupakan karakter utama di dalam drama siri Pyramid Game. Wataknya adalah merupakan seorang pelajar baru di Sekolah Menengah Perempuan Baekyeon

a2c10e16 280d 471f 829e d403f8f6b7272. Pyramid Game akan menjadi drama debut Jang Da Ah. Dia dikenali sebagai kakak kepada Wonyoung IVE

5fd880c3 03a9 44b1 957b 54076e9a163d3. Yoo Da In sebelum ini mencuri perhatian dengan lakonan mantapnya sebagai Jang Dan Ji dalam drama siri Crash Course in Romance (2023)

21a94df1 f94b 4a85 904e d10ee843b1194. Kang Na Eon menjadi musuh Roh Yoon Seo dalam drama siri Crash Course in Romance (2023) iaitu Bang Su Ah. Lakonannya yang sangat hidup mendapat pujian ramai peminat!

ae0aad91 be17 4b37 a412 b350f5917e615. Jeon Ha Dam sudah membintangi banyak drama siri dan pelbagai filem. Dalam drama siri Sweet Home (2020), pelakon ini diberi kepercayaan untuk membawa watak sebagai Kim Ji Eun

3ec70a33 8704 4098 90a4 52823ddbe7e86. Shin Seul Ki berjaya mencuri perhatian kerana menjadi peserta Single’s Inferno 2 pada tahun 2023 ini. Pyramid Game akan menjadi debut drama siri buatnya! Nantikan lakonan gadis cantik manis ini

9291feac a2e1 4da8 b3f8 a5f2c07210ea7. Ha Yul Ri pernah membawa watak sebagai Go Hae Soo versi muda dalam drama siri Pandora: Beneath the Paradise (2023). Dia juga pernah membintangi The Red Sleeve (2021)

Pyramid Game khabarnya akan disiarkan pada tahun 2024 nanti. Dibanjiri dengan ramai bintang dan artis-artis yang muda jelita, kisah gadis-gadis sekolah menengah dan konflik mereka pasti menjadi tumpuan ramai nanti. Setakat ini masih belum ada info selanjutnya mengenai Pyramid Game, kita nantikan maklumat seterusnya daripada pihak TVING nanti!

Baca Lagi: 5 Kdrama Menarik Lakonan Kim Dong Wook

Baca Juga: 7 Kdrama 2023 Mengenai Kisah Kekeluargaan