Home Video “Kerusi Penumpang Ada 4, Tapi Nak Masuk Kereta Sampai 6 Orang”-Sekali Ini...

“Kerusi Penumpang Ada 4, Tapi Nak Masuk Kereta Sampai 6 Orang”-Sekali Ini Reaksi Pemandu Grab

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok safrah699, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang pemandu Grab mengambil penumpang yang merupakan pelajar di Universiti Malaya. Namun apabila sampai ke destinasi untuk mengambil penumpang, pemandu Grab tersebut terkejut bahawa keseluruhan penumpang mempunyai 6 orang, malah tempat duduk di dalam kenderaan hanya 4 orang sahaja boleh duduk. Oleh itu, reaksi pemandu Grab ini pula mendapat perhatian ramai dan bersetuju dengan tindakannya.

Screenshot 2023 06 02 165253

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan penumpang perlu menjaga periuk nasi orang ramai dan haruslah memikirkan kondisi kenderaan itu. Ada juga yang mengatakan berasa kasihan terhadap pelajar tersebut jika mereka mahu berjimat dengan menaiki satu kenderaan sahaja. Netizen juga mengatakan aplikasi Grab boleh sahaja memilih kenderaan yang lebih besar untuk memasuk sebanyak 6 orang penumpang. Perkongsian video klip ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.6M penonton, 143.1K sukaan dan 4499 komen.

Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Budak2 UM ni mana boleh nak masuk 6 orang dalam kereta..kan dh kena cancel, dkt university belajar apa benda basic pun tak tahu”

Lihat klip durasi pendek reaksi pemandu Grab ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Ikhwan Azman: yg bawa grab je tahu perasaan abg ni.. bayar murah nak naik ramai2.. aku pon pernah ja halau penumpang sebab penuh kereta aku dia sumbat sekali dudak2

@shukri sis: Kena jaga periuk nasi jugak. Kalau dah semua driver 4 seater amik macam ni macam mana nk jaga market untuk 6 seater

@gf_haziq: lah . grab kan blh pilih kereta 4 seat or kereta yg lbih bsar.. beza singgit dua je pn

@Izzat Haikal: Bagus abg ni. Manusia kena belajar dgn common sense. Mungkin asbab abg ajar mcmni, diorang jadi manusia yang lebih berguna

@Yanii : aku haritu pun keluar berlima masa kt kl, order 2 grab sebab pikir tu kereta org. dan dalam grab pun dah tulis “ 4 orang “

@DadiEshal93: yang pumpang2 komen cuba try bawa grab dulu baru tau perasaan brader ni mcm mana

@Muhammadnick___: 6 orang masuk kena dengan JPJ makan tak habis

@C BumBum: kalau eksiden sapa nk tanggung dan menjawab, goodjob brader

@Syazwan_ Dd : Dua² pihak kesian…. xtau nk kesian kt sape lebih

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram