Home Anime 5 Anime Menarik Menghiburkan, Menampilkan Kanak-Kanak Sebagai Watak Utama

5 Anime Menarik Menghiburkan, Menampilkan Kanak-Kanak Sebagai Watak Utama

0

Kebanyakan anime shounen menampilkan remaja sebagai protagonis utama. Sementara itu, kebanyakan anime seinen pula menonjolkan karakter dewasa sebagai watak utama.

Terdapat beberapa buah anime yang menampilkan kanak-kanak sebagai watak utama, contohnya 5 anime di bawah ini:

5. Kotaro Lives Alone

AnimeKotaro Lives Alone menceritakan tentang seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang hidup seperti orang dewasa. Dia tinggal di sebuah apartment sendirian dan bercakap seperti orang dewasa. Kanak-kanak tersebut adalah Kotaro Sato.

Dia tinggal bersebelahan dengan seorang mangaka (pelukis manga) yang bernama Shin Karino. Pada mulanya, Karino bersimpati dengan nasib Kotaro kerana dia tampak seperti kesepian. Namun, seiring berjalannya waktu, Karino menyedari bahawa Kotaro tidak seperti kanak-kanak yang berusia 4 tahun pada umumnya.

 

4. Made in Abyss

AnimeMade in Abyss menampilkan watak protagonis utama seorang kanak-kanak, walaubagaimanapun, anime ini tidak diciptakan untuk kanak-kanak kecil. Ia mengikuti pengembaraan seorang gadis kecil bernama Riko dan cyborg bernama Reg ke kedalaman Abyss. Abyss adalah lubang besar yang sangat berbahaya.

Abyss menyimpan sumpahan yang mengerikan sehingga tidak ada orang yang berjaya kembali hidup-hidup selepas menjelajahi Abyss. Semakin dalam seseorang menjelajahi Abyss, maka semakin mustahil untuk kembali ke permukaan. Walaupun begitu, Riko tetap berkeras untuk menjelajahi Abyss demi mencari ibunya.

 

3. The Promised Neverland

b4e77ad4 b1d6 4d1e beee 8dbb23c2d985Sama seperti Made in Abyss, The Promised Neverland akan menjadi mimpi buruk jika anime ini ditonton oleh kanak-kanak. Ia menceritakan tentang ‘penternakan’ kanak-kanak. Dalam anime ini, kanak-kanak dibesarkan untuk menjadi makanan para iblis.

Ceritanya fokus pada trio genius iaitu Ray, Norman, dan Emma. Pada awalnya, mereka hidup bahagia di rumah anak-anak yatim yang dikenali sebagai Grace Field House. Hingga suatu hari, mereka mendapati bahawa anak-anak Grace Field House hanyalah ‘haiwan ternakan’ untuk dimakan oleh iblis. Selepas mengetahui sisi gelap tempat tinggal mereka, Ray, Norman, dan Emma merancang strategi untuk melarikan diri.

 

2. Erased

d3bb6eb4 c2f0 4694 9274 dfd4693f9596Erased sebenarnya adalah anime seinen dengan protagonis utama seorang lelaki dewasa berusia 29 tahun. Walau begitu, sebahagian besar ceritanya mengambil latar ketika watak protagonis ini masih di bangku sekolah rendah. Berfokus pada Satoru Fujinuma, seorang pekerja sambilan yang bermimpi menjadi seorang mangaka.

Satoru mempunyai kebolehn yang disebut dengan Revival. Kemampuan ini membolehkan Satoru untuk pergi ke beberapa saat ke belakang sebelum berlakunya sesebuah tragedi. Oleh sebab kemampuannya, Satoru sering tercedera kerana dia membantu menyelamatkan orang lain.

Hingga suatu hari, Satoru menemui ibunya dibunuh oleh orang lain. Lebih teruk lagi apabila jiran tetangganya menuduh bahawa Satoru yang membunuh ibunya. Ketika Satoru melarikan diri dari pihak polis, Satoru tiba-tiba tercampak dalam ruangan waktu 18 tahun terkebelakang.

Pada waktu itu, berlaku sebuah kes pembunuhan bersiri yang membuatkan Satoru kehilangan beberapa orang kawannya. Satoru kemudian menyedari bahawa kes tersebut ada hubung kait dengan kematian ibunya pada masa depan. Oleh sebab itu, Satoru perlu mencari pembunuh bersiri tersebut demi menyelamatkan ibunya.

 

1. Hunter x Hunter

9a1732c5 5bc1 4dfe b46d 76f32615af3eKarya terbaik Yoshihiro Togashi: Hunter x Hunter. Sama seperti Made in Abyss, ia juga fokus pada kanak-kanak yang melakukan pengembaraan berbahaya. Ceritanya berkisar pada Gon Freecss yang merupakan anak kepada Hunter legenda bernama Ging Freecss.

Gon ingin bertemu dengan ayahnya sehingga dia juga ingin menjadi seorang Hunter. Namun, menjadi seorang Hunter bukanlah perkara yang mudah. Gon perlu menjalani ujian yang berisiko untuk menjadi seorang Hunter dan melakukan perjalanan untuk mencari ayahnya.

Dalam anime, umur karakter utama bukanlah satu masalah besar. Kejayaan sesebuah anime bergantung pada bagaimanakah pencipta mengemaskan ceritanya supaya menarik untuk ditonton.

Jadi, dari kelima-lima anime di atas, manakah yang sudah anda tonton?

Baca lagi: 7 Bintang KPop Ini Dianggap Sesuai Bawa Watak dalam Live Action Naruto, Setuju?
Baca juga: Perkembangan Terbaru Filem Naruto Live Action, Skrip Akan Mula Ditulis