Home Kdrama/Kmovie Drama Korea ‘DEATH’S GAME’ Akan Disiarkan Secara Eksklusif di Prime Video 15...

Drama Korea ‘DEATH’S GAME’ Akan Disiarkan Secara Eksklusif di Prime Video 15 Disember 2023

0

Siapa yang dah tak sabar nak layan DEATH’S GAME?

Salah satu Kdrama yang paling dinanti-nantikan tahun ini, dibintangi oleh Seo In-guk dan Park So-dam, Death’s Game akan ditayangkan perdana di Prime Video di Malaysia dan lebih daripada 240 negara dan wilayah.

IMG 4479

Prime Video telah mengumumkan bahawa siri Kdrama Death’s Game, TVING & Amazon Original yang diterbitkan oleh SLL akan tersedia di Prime Video di Malaysia dan lebih daripada 240 negara dan wilayah di seluruh dunia, tidak termasuk Korea Selatan dan China, bermula Jumaat, 15 Disember.

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Death’s Game” diperankan oleh Seo In-guk dan Park So-dam. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang mendapat lebih daripada satu peluang kedua untuk hidup selepas menghadapi kematian. Park So Dam akan memainkan peranan sebagai Death, yang menghukum seorang lelaki bernama Choi Yi Jae (Seo In Guk) kepada 12 kitaran hidup dan mati.

Game

Seo In-guk, yang memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, terkenal dengan peranannya dalam siri seperti Cafe Minamdang, Doom at Your Service, dan The Smile Has Left Your Eyes. Manakala pelakon parasit Park So-dam baru-baru ini muncul dalam Special Delivery.

IMG 4481

Pelakon lain dan penuh bintang juga termasuk Kim Ji-hoon (The Flower of Evil), Choi Si-won (Love Is for Suckers), Sung Hoon (Woori the Virgin), Kim Kang-Hoon (Racket Boys), Jang Seung -jo (The Good Detective), Lee Jae-wook (Alchemy of Souls), Lee Do-hyun (The Glory), Go Youn-jung (Alchemy of Souls), Kim Jae-uck (Her Private Life), dan Oh Jung -se (Revenant).

Siri ini ditulis dan diarahkan oleh Ha Byung-hoon, yang sebelum ini mengarahkan 18 Again, Go Back Couple, dan The Sound of My Heart.

Siri drama fantasi itu mengisahkan Choi Yee-jae (Seo In-guk), yang tidak bertuah dalam setiap aspek kehidupannya. Tertekan dengan semua kegagalannya, Yee-jae memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri.

Kemudian muncul Park So-dam sebagai penguasa kematian (Death), dia memutuskan untuk menghukum Yee-jae dan dia dijelmakan semula dalam 12 masa berbeza, menjalani 12 kehidupan berbeza. Sebagai sebahagian daripada hukumannya, Yee-jae mesti menghentikan kematian mereka yang akan berlaku.

Ramai peminat Kdrama sudah begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk menonton “Death’s Game”! Nantikan ya tayangannya di Prime Video!

Baca lagi: Death’s Game, Adaptasi Webtoon Menampilkan Park So Dam Sebagai “Death” Yang Akan Menghukum Seo In Guk
Baca juga: 8 Fakta Watak Seo In Guk dalam Kdrama Akan Datang ‘Death’s Game’