Home Kdrama/Kmovie Death’s Game, Adaptasi Webtoon Menampilkan Park So Dam Sebagai “Death” Yang Akan...

Death’s Game, Adaptasi Webtoon Menampilkan Park So Dam Sebagai “Death” Yang Akan Menghukum Seo In Guk

0

Baru-baru ini, kdrama akan datang Death’s Game telah menjadi bahan bualan hangat di media sosial. Drama yang akan ditayangkan pada Disember ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang harus mati sebanyak 12 kali.

Bukan sahaja mempunyai premis yang menarik, Death’s Game juga akan menampilkan sederet pelakon ternama Korea Selatan yang pastinya menambah rasa keterujaan para peminat.

Jom kita semak beberapa fakta menarik tentang “Death’s Game” seperti dibawah ini ya!

 

Death’s game

1. “Death’s Game” membawa genre thriller fantasi sebanyak 8 episod yang bakal ditayangkan pada Disember ini adalah adaptasi daripada Webtoon dengan nama yang sama oleh Lee Won Sik dan Ggulchan, mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Choi Yi Jae (Seo In Guk), yang harus mati sebanyak 12 kali.

 

IMG 1789

2. Choi Yi Jae merupakan seorang pengganggur yang sangat menyedihkan, dalam usia muda dia terpaksa melalui banyak masa sukar dalam hidupnya. Kekasihnya pula tidak sabar dengan kondisi yang dihadapi Choi Yi Jae ditambah dengan beban kewangan, kemudian memutuskan hubungannya dan berkahwin dengan lelaki lain.

 

IMG 17903. Akhirnya Choi Yi Jae memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri dengan terjun dari apartmentnya.

 

IMG 1793 scaled4. Sebelum bunuh diri, dia sempat menulis surat dan isi kandungan surat itu ternyata telah menyinggung perasaan Death (Park So Dam) berupa seorang wanita yang digambarkan seperti Malaikat Maut.

 

IMG 1791 IMG 1785

5. Entiti ghaib misteri yang menghakimi orang mati sebelum mereka jatuh ke neraka ini, tidak diketahui apakah kuasa sebenarnya, dan sama ada dia tuhan atau syaitan sendiri semuanya akan terselubung dalam misteri.

 

IMG 17445. Akhirnya, Death membalas hinaan dan menghukum Choi Yi Jae dengan sebuah permainan yang mengharuskannya mati sebanyak 12 kali dengan kelahiran dan kehidupan yang berbeza-beza.

 

IMG 17846. Dapatkah Choi Yi Jae mengharungi setiap permainan yang diberikan “malaikat maut” ? Kedengaran cukup menarik kan?

 

Game7. Teaser yang baharu dikeluarkan itu juga turut mengesahkan bahawa  Death’s Game juga akan menampilkan 10 pelakon lain: Kim Ji-hoon, Choi Siwon Super Junior , Sung Hoon, Kim Kang-hoon, Jang Seung-jo, Lee Jae-wook, Lee Do-hyun , Go Yoon-jung, Kim Jae-wook, dan Oh Jung-se.

Dari sinopsis dan barisan pelakonnya sahaja, premis drama siri ini kelihatan begitu mengujakan dan pastinya ramai yang tidak sabar menantikannya!

Baca lagi: 8 Fakta Watak Seo In Guk dalam Kdrama Akan Datang ‘Death’s Game’
Baca juga: Jisoo akan menyertai Lee Min Ho, Ahn Hyo Seop dan Nana dalam filem adaptasi Webtoon “Omniscient Reader’s Viewpoint” yang akan datang