Home Kdrama/Kmovie Strong Girl Nam Soon Episod 16: Siapakah Binbin?

Strong Girl Nam Soon Episod 16: Siapakah Binbin?

0

Strong Girl Nam Soon (2023) episod 16 menampilkan satu karakter baru yang menambah kerancankan drama siri ini iaitu Binbin. Walau baru muncul buat pertama kali di episod 16, nama Binbin telah beberapa kali disebut oleh Ryu Si O.

Lantas siapakah sebenarnya Binbin yang baru muncul dalam episod akhir “Strong Girl Nam Soon” ini? Apakah impak yang dibawa oleh karakter ini? Adakah dia benar-benar kawan masa kecil Ryu Si O?

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Binbin adalah kawan masa kecil Ryu Si O yang juga direkrut oleh Pavel

Strong girlRyu Si O (Byeon Woo Seok) sudah beberapa kali menyebut-nyebut nama Binbin iaitu kawan masa kecilnya. Binbin versi dewasa (Lee Hong Nae) akhirnya muncul di episod 16. Sewaktu kecil, Ryu Si O dan Binbin diambil oleh Pavel. Namun, mereka merancang untuk melarikan diri bersama. Selain itu, Ryu Si O selama ini menganggap Binbin sebagai satu-satunya kawan yang dia ada.

 

2. Binbin selama ini dihantar ke Hungary dan kembali ke Korea Selatan untuk membunuh Ryu Si O

f46c3a01 7556 4d17 a1a6 5ebf3f305cd6Sebelum sempat melarikan diri bersama, Binbin sudah terlebih dahulu dibawa ke Hungary oleh Pavel. Selama ini, Binbin dilatih untuk menjadi pembunuh. Manakala Ryu Si O selama ini menyangka bahawa Binbin sudah meninggal dunia.

Di episod 16, Binbin menceritakan bahawa selama ini dia dilatih sebagai pembunuh di Hungary. Dia kembali ke Korea Selatan kerana dia ditugaskan oleh Pavel untuk membunuh Ryu Si O.

Namun, Binbin memberikan pistol yang dipegangnya kepada Ryu Si O dan dia berlalu pergi. Ryu Si O mengambil langkah drastik dengan membunuh diri di hadapan Gang Nam Soon (Lee Yoo Mi) dan pihak polis.

 

3. Watak Binbin dibawa oleh Lee Hong Nae

ef3da5ba fcda 465c 972c 3a9f810a3a44Binbin dilakonkan oleh Lee Hong Nae. Dia hanya muncul dalam Strong Girl Nam-soon (2023) episod 16 yang ditayangkan pada Ahad, 26 November 2023. Lee

Hong Nae pertama kali mendapat perhatian para peminat seluruh dunia apabila dia membawa watak Ji Cheong Sin, villain dalam The Uncanny Counter (2020). Penampilannya sebagai Lee Sun Woong dalam Dr. Romantic 3 (2023) juga turut memberi warna baru buatnya.

Watak Binbin tiba-tiba menghilang sambil membawa telefon bimbit Ryu Si O. Adakah penampilan watak Binbin menandakan sebuah sambungan untuk siri ini? Apakah pendapat anda?

Baca lagi: A Bloody Lucky Day: Mengapakah Geum Hyeok Soo Menyasarkan Oh Taek?
Baca juga: Strong Girl Bong Soon dan Nam Soon Bakal Ada Musim ke-3?