Home Artis Korea Kim Moo Yul Bawa Watak Villain dalam Siri Roundup, Dikatakan sebagai Villain...

Kim Moo Yul Bawa Watak Villain dalam Siri Roundup, Dikatakan sebagai Villain Paling Kejam Siri Filem Ini

0

The Roundup: Punishment sebelum ini telah ditayangkan untuk pertama kalinya di Festival Filem Antarabangsa Berlin pada 23 Februari lalu. Tidak lama selepas itu, jadual tayangan di pawagam Korea Selatan juga turut diumumkan.

Ma Dong Seok akan kembali sebagai pelakon utama, seorang detektif yang digeruni iaitu Ma Seok Do. Kim Moo Yul akan tampil sebagai villain yang melawan watak yang dibawa Ma Dong Seok tersebut. Karya ini juga menyaksikan kerjasama kembali antara Kim Moo Yul dengan Ma Dong Seok selepas filem The Gangster, The Cop, The Devil (2019).

Tanpa membuang masa, jom sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang watak Kim Moo Yul dalam filem Korea The Roundup: Punishment seperti berikut!

 

4133ca72 d117 4d61 b775 fa48663915881. Kim Moo Yul membawa watak sebagai penjahat generasi keempat dalam siri filem The Roundup yang bernama Baek Chang Gi. Dia dahulu adalah seorang tentera upahan

 

02c2045c 8f9f 458b b457 7fe9a2c3432c2. Baek Chang Gi diberhentikan dari unitnya kerana dia terlibat dalam sebuah pembunuhan brutal. Selepas berhenti, dia terjun ke dalam perniagaan haram judi atas talian di Filipina

Baca juga: The Roundup No Way Out, Filem Terlaris Korea 2023, Tayang di Viu

 

Roundup3. Dia bekerja sama dengan seorang pakar IT iaitu Chang Dong Cheol (Lee Dong Hwi). Mereka berjaya menguasai pasaran judi atas talian Korea selatan

 

 

9d495501 4d74 4f18 8194 4ba9faa6a1db4. Baek Chang Gi fokus pada pekerjaan lapangan dengan melakukan jenayah seperti penculikan, serangan keganasan, dan pembunuhan terhadap musuh-musuh mereka

Baca lagi: Lee Joon Hyuk, Villain “The Roundup: No Way Out”

 

0a3a1dea ca8b 4fa6 bc06 baecc9c1186f5. Apabila bertarung, Baek Chang Gi sering menggunakan belati. Dia juga disebut-sebut sebagai penjahat paling kuat dan kejam dalam siri The Roundup oleh CEO syarikat penerbitan filem ini

 

 

4635e1ef f316 48f4 9655 01f06d0591956. Ma Dong Seok juga mengatakan bahawa kebolehan bertarung Baek Chang Gi lebih hebat dari Ma Seok Do, watak yang dibawakannya

 

 

 

c0351d3b d00c 452c 8a24 538538b778557. Kim Moo Yul sendiri sengaja menambah berat badannya hingga hampir 10 kg supaya dia dapat membawa watak Baek Chang Gi dengan sempurna

Gabungan antara Kim Moo Yul dan Ma Dong Seok dengan watak yang mempunyai keunikan tersendiri ini memang dinantikan. The Roundup: Punishment akan ditayangkan di Korea Selatan pada 24 April 2024 nanti. Namun, belum diketahui adakah filem ini juga akan ditayangkan di pawagam Malaysia. Kita nantikan ya!

Baca lagi: The Roundup: Punishment Kali Ini Mengisahkan Tentang Judi Atas Talian, Sudah Bersedia?
Baca juga: “The Roundup No Way Out,” Melepasi 7 Juta Penonton Box Office Korea