Home Artis Korea Bapa Lee Sun Kyun Meninggal Dunia di Tengah-Tengah Kemelut yang Dihadapi oleh...

Bapa Lee Sun Kyun Meninggal Dunia di Tengah-Tengah Kemelut yang Dihadapi oleh keluarga Mendiang dalam Proses Undang-Undang, Sebak

0

Lee Sun Kyun, pelakon terkenal Korea Selatan yang terkenal dengan watak-wataknya yang tidak dapat dilupakan dalam filem dan drama Korea meninggal dunia pada tahun lepas. Telah dilaporkan bahawa bapa kepada mendiang pelakon itu juga telah meninggal dunia dalam keperitan perjuangan undang-undang dan kesedihan yang sedang menyelubungi keluarga.

Lee sun kyunBerita duka dan memilukan kembali muncul dari keluarga mendiang Lee Sun Kyun. Tiga bulan selepas pemergian pelakon terkenal Korea Selatan tersebut, bapa mendiang pula dikhabarkan meninggal dunia menyusul anaknya yang telah pergi. Berita kematian bapa mertua kepada pelakon wanita jelita Jeon Hye Jin ini disiarkan oleh beberapa buah media Korea Selatan pada Rabu, 27 Mac 2024.

Lebih menyedihkan, pemergian bapa Lee Sun Kyun ini berlaku semasa keluarga mereka masih lagi berkabung dan dalam proses undang-undang yang masih diperjuangkan oleh keluarga mendiang pelakon tersebut. Seperti yang semua maklum, Lee Sun Kyun terpalit dengan kes tuduhan penyalahgunaan dadah dan telah menjalani proses siasatan sejak bulan Oktober tahun 2023.

f13f568e 9af4 41ca aa10 7aee4273f7beJeon Hye Jin isteri kepada mendiang pelakon Lee Sun Kyun mengalami kehilangan besar apabila tahun lalu pada bulan Disember dia kehilangan suaminya. Ketika dia sedang bergelut dengan kesedihan, satu lagi tragedi kehilangan mertuanya kini menambahkan lagi kesedihannya yang tidak terkira.

Pelakon lelaki terkenal itu yang mencipta nama melalui filem Parasite (2019) ditemui tidak sedarkan diri dalam keretanya selepas dia dipercayai cuba mengakhiri nyawanya sendiri pada 27 Disember 2023 yang lalu. Walau sempat dikejarkan ke hospital berdekatan, pelakon serba boleh dengan suara yang unik tersebut disahkan meninggal dunia pada hari yang sama. Kematiannya mengejutkan dunia dan seluruh peminat industri hiburan Korea Selatan.

c18f9326 93e3 4e3a 8fc5 a46c82b584daKini, proses pengkebumian bapa Lee Sun Kyun diuruskan oleh Hodu&U Entertainment selaku agensi mendiang Lee Sun Kyun dan isteri pelakon itu iaitu Jeon Hye Jin. Kami turut berduka cita dan diharapkan semoga keluarga yang ditinggalkan oleh mendiang diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan yang sungguh memeritkan ini.

Baca lagi: Kes kematian Pelakon Lee Sun Kyun: Pegawai Kanan Polis Ditangkap kerana didakwa membocorkan maklumat siasatan
Baca juga: Filem “Sleep” Lakonan Mendiang Lee Sun Kyun Raih 2 Anugerah di Amerika