Home Kdrama/Kmovie 9 Kdrama Punya Vibe Sama Seperti Lovely Runner

9 Kdrama Punya Vibe Sama Seperti Lovely Runner

0

Walau baru ditayangkan pada 8 April 2024, Kdrama terbaru Lovely Runner telah dapat menarik perhatian para penonton peringkat global dan menerima rating dua digit yang memberangsangkan.

IMG 3303

Kdrama siri ini berjaya kerana selain keserasian gandingan para pelakonnya, ramai peminat Kpop merasa seolah-olah cerita ini berkait dengan mereka kerana menceritakan kisah peminat dan bintang idola kesayangan mereka.

Selain Lovely Runner, ada juga beberapa Kdrama lain yang menceritakan tentang kehidupan bintang idola Kpop yang pastinya menarik juga untuk ditonton. Jom kita lihat dibawah ini!

 

1. Top Management (2018)

KdramaDrama Korea Top Management mengangkat cerita tentang boy group bernama S.O.U.L. Kumpulan tersebut sedang mengalami masa sukar hingga berjuang dengan gigih untuk bertahan dalam industri muzik.

Jumlah episod: 16 episod
Tempat tayang: YouTube 1thek
Pelakon: Seo Eun Soo, Ahn Hyo Seop, Cha Eun Woo

 

2. Fly, Again (2021)

46f16d69 8bc3 44a7 ae2b 02ae64044b97Drama Korea Fly, Again adalah tentang seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Han Yo Han yang bercita-cita mahu menjadi idola Kpop. Hingga suatu hari, dia memutuskan untuk melakukan transisi dari seorang penari genius menjadi bintang idola serba boleh.

Jumlah episod: 10 episod
Tempat tayang: WeTV, VIKI, Kakao TV
Pelakon: Hyung Won (MONSTA X), Joo Se Bin, Park Eun Hye

Baca lagi: 9 Pelakon Lelaki Korea ini Bakal Muncul Sebagai Pelakon Utama dalam Kdrama Bulan Mei 2024

3. Her Bucket List

84ebd162 a7b0 49ce 9364 0e4fad312b18Drama Korea Her Bucket List adalah mengenai Kang Hansol, bakal bintang idola dari agensi yang berbakat, tetapi selalu merasa gemuruh apabila berada di atas pentas. Untuk mencapai impiannya tersebut, dia berjuang habis-habisan untuk tampil yakin di depan orang ramai.

Jumlah episod: 10 episod
Tempat tayang: VIKI, WeTV
Pelakon: Kim So Hye, Na In Woo, Kim Woo Rin

 

4. Idol: The Coup (2021)

f122013c 98e2 4107 8eef 7551065ac9d5Drama Korea Idol: The Coup adalah tentang girl group yang bakal dibubarkan, Cotton Candy. Bersama dengan karier mereka yang berada di hujung tanduk, setiap ahli kumpulan berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kumpulan tersebut.

Jumlah episod: 12 episod
Tempat tayang: Prime Video, iQIYI
Pelakon: Ahn Hee Yeon, Ahn Sol Bin, Han So Eun

Baca juga: 5 Kdrama Menarik Kim So Hyun Yang Boleh Ditonton di Viu, Selain My Lovely Liar

5. Imitation (2021)

37bfc581 d51d 491e 8bdf 1c7ff49114b2Drama Korea Imitation adalah mengenai perjuangan seorang bintang idola KPop, Lee Ma Ha yang berusaha keras untuk dikenali ramai. Dia kemudian bergabung dengan girl group Tea Party, tetapi tetap tidak meraih populariti.

Jumlah episod: 12 episod
Tempat tayang: iQIYI, VIKI, Netflix, Prime Video Pelakon: Jung Ji So, Lee Jun Young, Park Ji Yeon

 

6. So I Married The Anti-Fan (2021)

b4a13892 22c1 47b5 ba97 09432b0423d0Drama Korea So I Married The Anti-Fan menceritakan tentang bintang idola Kpop yang jatuh hati pada anti-fan sendiri. Drama ini fokus pada Lee Geun Young yang dikenali sebagai wartawan yang membenci seorang bintang idola Kpop bernama Whoo Joon.

Jumlah episod: 16 episod
Tempat tayang: iQIYI, Prime Video, HULU, VIKI
Pelakon: Choi Tae Joon, Choi Soo Young, Hwang Chan Sung

Baca juga: Bitter Sweet Hell Kdrama Terbaru Usung Genre Black Comedy 24 Mei Ini

7. Salty Idol (2022)

be6a3f59 eac9 4875 bd27 3b2d1a2d8e5bDrama Korea Salty Idol menampilkan kehidupan bintang idola Kpop dengan bermacam persoalan. Drama ini fokus pada boy group XPierce yang memiliki anggota baru bernama Hwi Yeon yang menghadapi kesukaran menjadi seorang bintang.

Jumlah episod: 10 episod
Tempat tayang: YouTube KBS WORLD TV Pelakon: Rocky, Moon Ji Hoo, Lee Sang

 

8. The Heavenly Idol (2023)

829843bf f51e 4c9c ba03 7097808deebeDrama Korea The Heavenly Idol adalah tentang High Priest Lembrary yang tiba-tiba mendapati rohnya berada dalam tubuh seorang idola Kpop yang kurang terkenal, Woo Yeon Woo. Dia akhirnya tampil di atas pentas untuk menghiburkan para peminat.

Jumlah episod: 12 episod
Tempat tayang: VIKI, Viu, Vidio
Pelakon: Kim Min Gue, Gp Bo Gyeol, Lee Jang Woo

 

9. Doona! (2023)

092597ce 8818 4f50 8092 4c16d0cee3abSesuai dengan tajuknya, drama ini menceritakan mengenai Doona, seorang bekas anggota girl group Dream Sweet. Namun, dia memutuskan untuk bersara secara tiba-tiba kerana sebab-sebab tertentu. Dia tinggal di rumah sewa dengan seorang pelajar bernama Won Jun.

Jumlah episod: 9 episod
Tempat tayang: Netflix
Pelakon: Bae Suzy, Yang Se Jong, Ha Young, dan Lee Jin Uk

Demikian sahaja senarai Kdrama yang mempunyai vibe yang sama dengan Lovely Runner yang mengangkat sisi lain kehidupan bintang idola Kpop yang jarang ditunjukkan di hadapan kamera. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan
Baca juga: 10 Watak Wanita Tabah dan Baik Hati dalam Kdrama 2024, Menenangkan Perasaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here