Home Artis Korea 10 Teratas Ranking Pelakon Drama Yang Menarik Perhatian Minggu Ketiga April 2024

10 Teratas Ranking Pelakon Drama Yang Menarik Perhatian Minggu Ketiga April 2024

0

Kedudukan pelakon drama Korea yang paling menarik perhatian pada minggu ketiga April 2024 telah didedahkan oleh syarikat Good Data Corporation.

Bagi ranking pelakon drama ini, ia dijalankan oleh Good Data Corporation berdasarkan beberapa data berkaitan drama yang dibintangi oleh pelakon tersebut. Data yang dikumpul termasuk artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian daripada drama yang sedang atau akan disiarkan tidak lama lagi.

Minggu ini, Kim Soo Hyun yang bermain dalam drama Korea “Queen of Tears”, berjaya mengalihkan kedudukan Kim Ji Won, yang sebelum ini berada di No. 1 minggu lepas.

Senarai 10 pelakon drama Korea Terbaik minggu ini bukan sahaja termasuk pelakon daripada drama yang disiarkan di TV, tetapi juga pelakon yang memainkan drama yang disiarkan di OTT (Platform Penstriman).

Sementara itu, seperti dipetik dari soompi.com, Isnin (22/04), berikut dibawah adalah senarai kedudukan pelakon drama Korea minggu ini:

 

1. Kim Soo Hyun (Queen of Tears)

IMG 3342

Dalam drama Korea popular Queen of Tears, Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) selalu merasa tertekan dan tidak dihargai dalam hubungan perkahwinannya dengan Hong Hae In (Kim Ji Won). Akibatnya, cintanya yang dulu sangat mekar perlahan-lahan makin pudar seiring dengan berjalannya waktu. Namun semuanya berubah setelah dia mendapat tahu isterinya menghidap penyakit kronik dan tinggal 3 bulan untuk hidup.

 

2. Kim Ji Won (Queen of Tears)

IMG 3343

Lahir dari keluarga chaebol, Hong Hae In (Kim Ji Won) menjadi seorang CEO yang dikenali sangat tegas dalam Queen of Tears. Walau kelihatan keras hati dan dingin, Hong Hae In sebenarnya berhati hangat dan sayang pada keluarganya dalam Kdrama Queen of Tears.

 

3. Byeon Woo Seok (Lovely Runner)

IMG 3344

Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok) merupakan seorang bintang idola Kpop yang sangat popular yang dikagumi dan diminati oleh Im Sol (Kim Hye Yoon). Namun sebenarnya sebelum muncul sebagai bintang idola Kpop yang ternama dan popular, Ryun Sun Jae ternyata terlebih dahulu sangat menyukai dan jatuh hati kepada Im Sol sejak zaman sekolah menengah lagi.

 

4. Kim Hye Yoon (Lovely Runner)

IMG 3345

Mempunyai perwatakan ceria, Im Sol (Kim Hye Yoon) berusaha mencegah kematian bintang idola kesayangannya (Byeon Woo Seok), namun dia membuatkan orang lain salah faham padanya dalam Lovely Runner.

 

5. Park Sung Hoon (Queen of Tears)

IMG 3346

Berbagai-bagai cara yang salah dan haram telah dilakukan oleh Yoon Eun Sung (Park Sung Hoon) untuk mencapai matlamatnya dalam drama Queen of Tears.

 

6. Cha Eun Woo (Wonderful World)

IMG 3347

Selepas kematian ayahnya, kehidupan keluarga Kwon Seon Yul (Cha Eun Woo) dalam Wondeful World sudah tidak bahagia lagi. Dia juga terpaksa kehilangan ibunya. Kwon Seon Yul merasa ada perkara aneh disebalik kematian-kematian tersebut. Dia membulatkan tekad untuk menyiasat kematian tersebut dan membalas dendam terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kematian ibu bapanya.

 

7. Kim Nam Joo (Wonderful World)

IMG 3348

Sebelum anaknya meninggal dunia, Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) dikenali sebagai pakar psikologi yang sangat menyayangi keluarganya dalam Wonderful World.

 

8. Kwak Dong Yeon (Queen of Tears)

IMG 3349

Sebagai adik kepada Hong Hae In (Kim Ji Won), mempunyai banyak perbezaan personaliti dengan kakaknya. Hong Soo Cheol (Kwak Dong Yeon) lebih polos dan mudah dibohongi dalam Kdrama Queen of Tears. Dia adalah seorang lelaki yang penakut tetapi juga seorang yang penyayang.

 

9. Kim Kap Soo (Queen of Tears)

Drama

Hong Man Dae (Kim Kap Soo) seorang yang gila harta. Dia sanggup mengusir dan memukul anak perempuannya sendiri demi untuk membela dan memihak kepada perempuan simpanannya yang licik dan suka berpura-pura dalam drama Korea Queen of Tears.

 

10. Han Hyo Joo (Blood Free)

Pelakon

Yun Ja Yu (Han Hyo Joo) merupakan salah satu watak yang sangat dicurigai dalam Blood Free. Kejayaannya dalam membina genetik daging palsu seakan-akan tiba-tiba sahaja terjadi tanpa cacat celanya. Kejayaannya itu membuatkan sektor industri lain terganggu seketika.

Sementara itu, drama yang paling hangat diperkatakan minggu ini di tempat pertama masih diduduki oleh drama “Queen of Tears” daripada tvN.

IMG 3352

Baca lagi: 9 Kdrama Punya Vibe Sama Seperti Lovely Runner
Baca juga: Setelah Mencantas Rating “Reply 1988”, Kini “Queen Of Tears” Mendahului “Goblin” Untuk Menjadi Drama Kedua Tertinggi Dalam Sejarah tvN