Home Kdrama/Kmovie 9 Watak Mertua dari Neraka dalam Kdrama 2024, Menyakitkan Hati

9 Watak Mertua dari Neraka dalam Kdrama 2024, Menyakitkan Hati

0

Kejayaan drama siri Queen of Tears membuatkan setiap adegan dan perincian dalam drama Korea tersebut selalu diperhatikan dan dibicarakan oleh para penonton. Termasuk juga dengan watak Kim Seon Hwa (Na Young Hee) yang merupakan ibu Hong Hae In (Kim Ji Won).

Kejadian di masa lalu membuatnya menjauh dari anaknya sendiri. Bukan hanya itu, dia juga kerap merendah-rendahkan menantunya yang mempunyai latar belakang berbeza. Akibatnya, Kim Seon Hwa kerap bersikap toksik pada menantu sendiri, hingga dia dikategorikan sebagai mertua yang patut dihindari walau pada asalnya dia sangat baik.

Berbagai-bagai watak mertua juga muncul dalam drama yang ditayangkan pada awal tahun 2024 ini. Berikut dibawah ini adalah sembilan watak mertua dari neraka yang jahat dan toksik serta sangat menyakitkan hati dalam drama Korea 2024.

 

Kdrama
1. Berbeza latar belakang, Kim Seon Hwa (Na Young Hee) kerap merendah-rendahkan menantunya walau dia sebenarnya dulu baik dan pintar dalam Queen of Tears

 

 

 

a008fd37 c364 453b a882 d0dfb38f5109
2. Demi mencapai impiannya, Cha Woong (Park Ji Il) yang kelihatan baik ini sebenarnya langsung tidak peduli tentang keluarganya, dia tidak menghiraukan anak dan juga menantu dalam Hide

 

Baca juga: 10 Watak Wanita Tabah dan Baik Hati dalam Kdrama 2024, Menenangkan Perasaan

 

ba86b7ce 6708 4c6c a831 539444bf421c
3. Park Myung Hee (Nam Gi Ae) rela melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anaknya, tanpa mempedulikan perasaan menantunya dalam Hide

 

 

 

abd5f5c0 0821 448c 9b45 4ba161c621f8
4. Asalnya dia kaya raya, Seol Pan Ho (Jung Woong In) tidak merestui dan tidak menyukai menantunya, walau berjaya dalam kerjaya dalam Nothing Uncovered

 

Baca lagi: 4 Drama Korea Menampilkan Watak Utama Wanita Menderita Penyakit Berbahaya, Penuh Cabaran

 

de9a8141 aae1 4583 8b42 1186099d838f
5. Bukan hanya pada anak kandung, Jang Geum Seok (Kim Ho Jung) yang bercita-cita tinggi ini juga beraikap sangat toksik pada anak tiri dan menantunya dalam The Impossible Heir

 

 

 

6552d44b fa38 402c aed7 741c64cd97d3
6. Bukan ibu yang baik untuk anaknya, Yoon Hyang Mi (Kim Young Ju) juga mengambil kesempatan atas menantunya demi duit dan harta dalam drama The Impossible Heir

 

 

 

45713ca5 4a94 4b27 a34e c1fdd005202d
7. Disangkakan mertua idaman, Seok Ji Sung (Kim Sang Joong) ternyata melakukan banyak kejahatan dan tidak merasa bersalah tentang perkara itu dalam Knight Flower

 

 

7522d941 d6a3 4aa2 84ba ae6ca67a5fbf

8. Buat emosi penonton turun naik, Kim Ja Ok (Jung Kyung Soon) dan anaknya selalu mengambil kesempatan terhadap menantu hingga menantunya sakit tenat dalam Marry My Husband

 

 

 

77cbef31 ed89 44e4 b915 1b17d5b9f390
9. Membunuh anak tiri, Puan Yoon (Jin Kyung) menyalahkan menantu yang baru berkahwin dalam The Story of Park’s Marriage Contract

Bukan hanya di drama, watak mertua kerap menjadi momokan yang menakutkan bagi setiap menantu dalam dunia realiti. Watak-watak mertua di atas yang bersikap toksik hingga menyusahkan menantu mereka dalam Kdrama 2024 ini tidak patut dijadikan contoh. Watak mertua manakah yang paling toksik dan dibenci?

Baca lagi: 10 Teratas Ranking Pelakon Drama Yang Menarik Perhatian Minggu Ketiga April 2024
Baca juga: 9 Kdrama Punya Vibe Sama Seperti Lovely Runner

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here