Home Kdrama/Kmovie 4 Drama Korea Menampilkan Watak Utama Wanita Menderita Penyakit Berbahaya, Penuh Cabaran

4 Drama Korea Menampilkan Watak Utama Wanita Menderita Penyakit Berbahaya, Penuh Cabaran

0

Setiap watak yang diceritakan dalam sebuah drama Korea ini memang mempunyai masalah masing-masing, termasuk watak-watak utama. Tidak cukup dengan pelbagai masalah yang perlu dihadapi oleh setiap watak utama, terdapat juga dari watak utama yang berdepan cabaran menghidap penyakit yang mengancam nyawa.

Perjuangan melawan penyakit dan bertahan untuk hidup memang berjaya menarik perhatian para penonton. Berikut di bawah ini adalah 4 buah drama Korea dengan watak utama wanita yang menderita penyakit berbahaya, mari sama-sama kita lihat!

 

1. Marriage Contract (2016)

Drama koreaTayang pada 5 April 2016, drama Korea Marriage Contract menceritakan tentang Kang Hye Soo (Uee), seorang ibu tunggal yang berputus asa selepas didiagnosis menderita penyakit ketumbuhan otak peringkat terakhir. Dia setuju untuk menjadi penderma organ hati untuk majikan barunya, Kang Hye Soo akan menerima imbuhan wang yang lumayan dan bakal diwariskan kepada anak perempuannya.

Untuk proses saringan pemilihan penderma dan penerima organ, mereka perlu berkahwin dan menyakinkan hospital bahawa mereka menjalin hubungan jangka panjang. Namun, mereka tidak menyangka bahawa semakin ramai orang yang terlibat dalam perkara tersebut, termasuk anak Kang Hye Soo yang berusia 7 tahun.

 

2. Fantastic (2016)

b5581eb8 dfdb 4ee3 850a e1012f641456

Drama Korea Fantastic menceritakan tentang So Hye, seorang penulis skrip yang sedang menulis drama tentang kanser. Pada waktu yang sama dia juga didiagnosis menderita kanser payudara, dan hidupnya hanya tinggal lima bulan sahaja lagi. Dia memutuskan untuk menjalani hidup, memenuhi keinginannya, dan menyelesaikan segala masalah. Namun, rancangannya berubah secara tiba-tiba apabila Hae Sung, seorang pelakon terkenal yang juga merupakan cinta pertamanya muncul kembali.

Drama ini tayang pada 2 September 2016 dan dibintangi oleh Kim Hyun Joo, Joo Sang Wook, Park Shi Yeon, Kim Ji Soo, dan juga Kim Tae Hoon.

 

3. Extraordinary You (2019)

38625210 5ab3 4c83 992f edd5ab70793b

Dalam drama Extraordinary You, watak Eun Dan Oh, pelajar sekolah menengah yang menderita penyakit jantung yang membuatnya tidak akan mampu menempuhi zaman remajanya. Namun, dia menyedari bahawa ada yang aneh dengan ingatannya, Dan Oh menyedari bahawa dia adalah watak dalam sebuah webtoon yang mana semua tindakannya telah ditentukan oleh penulis.

Dia juga terkejut apabila mengetahui bahawa dia hanya watak pembantu. Dengan sedikit pemahaman baru tentang dunia yang didiaminya, Eun Dan Oh nekad mahu mencari cinta sejati dalam alur ceritanya sendiri dan menghindari jalan cerita yang dirancang oleh penulis pada wataknya.

Drama ini tayang pada 2 Oktober 2019 dan dibintangi Kim Hye Yoon, Rowoon, Lee Jae Wook, dan juga Kim Young Dae.

 

4. Queen Of Tears (2024)

5b8dcea0 ff63 46d3 a213 100a5cf645d9

Queen of Tears juga merupakan salah sebuah drama yang menampilkan watak utama wanita yang menghidap penyakit berbahaya, Hong Hae In (Kim Ji Won) didiagnosis menderita ketumbuhan otak yang membuatkan hidupnya dijangka hanya tinggal tiga bulan sahaja. Hae In memilih untuk menyembunyikan penyakit tersebut dari keluarganya, hanya beberapa orang yang mengetahui tentang penyakit yang dideritainya iaitu suaminya, Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dan juga Hong Beom Ja (Kim Jung Nan).

Drama yang sudah ditayangkan sejak 9 Mac 2024 ini berjaya menarik perhatian penonton dengan jalan ceritanya yang menarik.

Keempat-empat drama Korea di atas menampilkan watak utama wanita yang masing-masing menderita sebuah penyakit serius yang berbahaya, perjuangan mereka menghadapi penyakit yang dideritai berjaya membuatkan penonton menjadi emosional. Sudahkah anda menonton?

Baca lagi: 11 Watak dalam Kdrama 2024 yang Sanggup Melakukan Cara Kotor untuk Mencapai Impian, Kebanyakannya Psikopat Kejam
Baca juga: 4 Drama Korea Tampilkan Plot Penjelajahan Masa kembali ke Zaman Sekolah, Misi Baiki Masa Depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here