Home Kdrama/Kmovie 6 Pilihan Filem Korea Bertemakan Pulang ke Kampung Halaman, Mencari Makna Sebuah...

6 Pilihan Filem Korea Bertemakan Pulang ke Kampung Halaman, Mencari Makna Sebuah Kebahagiaan

0

Tradisi pulang kampung semasa menyambut lebaran telah menjadi sebahagian kewajipan yang tidak boleh dipisahkan dalam budaya masyarakat Malaysia. Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, umat Islam beramai-ramai pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya mulia bersama keluarga tercinta.

Berikut ini adalah beberapa buah filem Korea yang membawa jalan cerita yang menarik tentang pulang ke kampung halaman dan suasana kehangatan keluarga dalam setiap filem-filem ini memang berbaloi untuk ditonton.

 

 

1. I Am Home (2019)

Filem koreaFilem bertemakan balik kampung yang merupana pilihan pertama adalah I Am Home. Dibintangi oleh Lee Yoo Young, Kang Shin Il, dan Seo Young Hwa. Filem yang berdurasi 1 jam 32 minit ini menceritakan kisah Eun Seo, editor surat khabar di Seoul yang memutuskan untuk tinggal bersama bapanya Jin Cheol.

Eun Seo dan bapanya yang bekerja sebagai tukang kunci kembali tinggal bersama di rumah yang telah lama ditinggalkan. Rumah tersebut membawa kenangan tentang keluarga yang sudah Eun Seo lupakan. Eun Seo akhirnya boleh memperbaiki hubungannya dengan Jin Cheol dan menemui makna keluarga yang pernah hilang dari hatinya.

Baca lagi: 9 Filem Korea Paling Hits Pada Tahun 2024 Setakat Ini, Cecah Jutaan Penonton

2. Little Forest (2019)

fe0d8ed3 a4e3 4d59 b1c3 085cfa84c172

Dibintangi oleh artis terkenal Korea seperti Kim Tae Ri, Ryu Jun Yeol, dan Jin Ki Joo, Little Forest juga mengusung tema pulang ke kampung. Sepanjang 1 jam 43 minit penonton akan diajak untuk mengingati bahawa keindahan kebahagiaan itu sebenarnya sangat bermakna.

Little forest mengisahkan tentang kehidupan Hye Won yang memutuskan pulang ke kampung kerana kecewa dengan kehidupan di bandar. Selepas tinggal di kampung, Hye Won memulakan hidup barunya sambil mengenang masa kecilnya yang rapat dengan ibu, alam, serta rasa makanan buatannya pada setiap musimnya. Perlahan-lahan Hye Won menemui kebahagiaan dan erti hidup yang sebenarnya pada semua musim.

Baca lagi: 7 Filem Korea Tentang Dunia di Akhir Zaman, Kisah Distopia Penuh Huru-Hara

3. Sunset in My Hometown (2018)

571df087 4803 44ec 8bfb 5156864eb2de

Seterusnya adalah Sunset in My Hometown yang menampilkan Kim Go Eun, Park Jeong Min, dan Jang Hang Sun. Filem yang berdurasi 2 jam 3 minit ini menceritakan tentang Hak Soo seorang rapper yang telah gagal uji bakat selepas 6 tahun mencuba. Di tengah-tengah kepedihan hatinya, Hak Soo perlu pulang kampung ke Byeon San kerana bapanya jatuh sakit.

Selepas kembali ke Seoul, Hak Soo terjerat dengan skandal phishing yang tidak dilakukannya. Hak Soo tidak mempunyai pilihan lain selain kembali ke Byeon San seperti keinginan ayahnya yang pernah ditolak olehnya. Pernah merasa takut hidupnya akan membosankan, Hak Soo rasa selesa selepas merasakan bahawa ada kehangatan dan kebahagian serta masalah yang tidak terduga yang ditemuinya di kampung.

Baca juga: 5 Filem Korea Paling Popular dan Laris Sepanjang Zaman dan Sudah Ditonton Lebih dari 10 Juta Kali

4. We Are Brothers (2014)

da8d9fa6 8d58 4f95 bb32 c01804607398Pertemuan semula antara adik beradik yang terpisah selama puluhan tahun dalam filem We Are Brothers boleh dijadikan tontonan apabila anda pulang ke kampung. Filem dengan durasi 1 jam 42 minit ini dibintangi oleh Jo Jin Woong, Kim Sung Kyun, dan Kim Young Ae. Sang Yeon dan Ha Yeon perlu tinggal di rumah anak yatim selepas ayah mereka meninggal dunia.
Mereka terpisah kerana diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang berbeza.

Selepas 30 tahun mereka disatukan oleh sebuah rancangan TV. Tanpa disangka mereka menganut kepercayaan berbeza hingga membuatkan mereka terkejut. Tetapi kehilangan ibu kandung yang menghidap Alzheimer kembali menyatukan mereka berdua.

Sang Yeon dan Ha Yeon menempuh perjalanan penuh emosi dan membuatkan mereka mengeksplorasi perbezaan fahaman serta mendalami lagi ikatan kekeluargaan yang sudah hilang.

Baca juga: 10 Filem Korea Paling Berjaya Pada Tahun 2023, Semua Merajai Box Office

5. Ode to My Father (2014)

57cfdbb4 2b27 47e8 874b cec3d13cfa82Berlatarkan Perang Korea, Ode to My Father yang berdurasi 2 jam 6 minit ini menggandingkan Hwang Jung Min, Kim Yoon Jin, dan Oh Dal Soo sebagai pelakon utama. Deok Su berjuang untuk bertemu dan melindungi keluarganya semasa pengusiran oleh Korea Utara.

Deok Su melalui banyak medan perang yang mengerikan. Kisah Deok Su menjadi bukti ketahanan manusia yang luar biasa dalam peperangan demi berkumpul dengan keluarga.

Baca juga: 9 Filem Korea Popular Yang Sesuai Dinikmati Pada Musim Cuti

6. Happiness for Sale (2013)

c55f4380 5ec5 40b8 9bf1 78a61bfbf657

Dibintangi oleh Choi Kang Hee, Bong Tae Kyu, dan Joo Jin Mo Happiness for Sale mempunyai durasi 1 jam 46 minit. Kisahnya tentang Mi Na, pemungut hutang yang tinggal di Seoul. Semasa menjenguk ayahnya yang sakit di kampungnya, Muju, Mi Na menemui kedai alat tulis milik ayahnya yang sudah tidak terurus.

Mina pada awalnya enggan menguruskan kedai tersebut. Akhirnya dia mengingati impian ayahnya. Mi Na mengambil keputusan untuk menghidupkan semula kedai tersebut. Mi Na menemui makna baru di kampung yang dahulunya selalu dihindari olehnya.

Baca lagi: 7 Filem Korea Tonton di Netflix, Sangat Menarik

Demikian sahaja beberapa filem Korea bertemakan pulang ke kampung halaman yang boleh dijadikan tontonan bersama keluarga. Melalui perjalanan setiap watak yang pulang ke kampung halaman, mereka kembali menemui erti keluarga dan kebahagiaan.

Filem mana yang sudah anda tonton?

Baca lagi: 4 Drama Korea Menampilkan Watak Utama Wanita Menderita Penyakit Berbahaya, Penuh Cabaran
Baca juga: 59 Drama dan Filem Lee Mi Sook, Bawa Watak Villain Paling Kejam dalam Queen of Tears
Baca lagi: 7 Filem Korea Romantik Membariskan Artis Terkenal Bakal Tayang Tahun Ini