Home Cdrama 3 Pilihan Drama Cina Tentang Kisah Bertukar Roh, Kisah Fantasi Luar Biasa

3 Pilihan Drama Cina Tentang Kisah Bertukar Roh, Kisah Fantasi Luar Biasa

0

Nampaknya banyak drama Cina dari negara China tidak henti-henti mengeluarkan berbagai-bagai kisah dengan variasi genre yang menarik dan membuatkan para penonton tidak bosan untuk menontonnya. Salah satu tema dan genre yang unik dan sangat diminati oleh para penonton adalah drama tentang roh yang tertukar.

Bukan hanya mengambil latar belakang di dunia moden sahaja, drama dengan jalan cerita ini juga mengambil latar di dunia sejarah dan juga dunia dewa-dewi. Berikut ini merupakan pilihan drama Cina tentang kisah pertukaran roh yang mungkin menarik minat anda.

 

1. Renascence (2020)

IMG 3118

Drama lakonan Chen Zhe Yuan dan Li Mo Zhi, drama ini disiarkan pada 22 September 2020 dan anda boleh menontonnya menerusi saluran Viki. Drama Renascence mengisahkan Permaisuri Yao Mo Xin yang dibunuh oleh orang yang pendendam, sasaran seterusnya ialah adik perempuan Permaisuri.

Roh Permaisuri menguasai tubuh kakaknya, Yao Mo Wan dengan niat untuk membalas dendam kepada orang yang menganiaya dan meracuninya hingga mati. Dia memasuki istana dengan tekad, di sana dia juga bertemu seorang putera raja bernama Ye Jun Qing.

Drama Cina ini dibintangi oleh Chen Zhe Yuan, Li Mo Zhi, Johnny Zhang, dan Cheng Yan Wiu. Drama ini memiliki 36 episod dengan durasi setiap episod selama 45 minit. Anda boleh menonton drama ini di VIKI, iQIYI.

 

2. The Day of Becoming You (2021)

83f843ee 7dea 43b1 bc88 feaf8d648a0f

Drama Cina yang ini membawa genre romantik yang wajib anda tonton. Seorang ketua boyband terkenal bernama Jiang Yi dikenali memiliki sifat yang dingin dan tidak pandai menunjukkan ekspresi diri. Sementara itu, Yu Sheng Sheng, seorang wartawan hiburan yang terus-menerus mendapat cabaran di tempat kerja.

Hingga suatu hari terjadi kemalangan yang mengakibatkan kedua-dua mereka bertukar tubuh di hari ulang tahun kelahiran mereka yang kebetulan jatuh pada hari yang sama. Perkara tersebut membuatkan mereka terpaksa bekerjasama. Persamaan tersebut membuatkan Jiang Yi dan Yu Sheng Sheng perlahan-lahan jatuh cinta.

Drama ini dibintangi oleh Zhang Xin Chen, Liang Jie, dan Zhao Zhi Wei. The Day of Becoming You memiliki 66 episod dengan durasi setiap episod adalah 45 minit. Anda boleh menonton drama Cina ini di VIKI, iQIYI, dan Prime Video.

 

3. Love Between Fairy and Devil (2022)

Drama cinaPilihan drama Cina seterusnya ialah Love Between Fairy and Devil. Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis abadi dari suku Po Xin yang sukunya telah dikalahkan oleh Raja Iblis, Dong Fang Qing Cang. Hingga akhirnya dia lahir kembali 10 ribu tahun kemudian menjadi makhluk abadi dari Suku kaum Syurgawi yang bernama Xiao Lan Hua.

Namun, siapa sangka dia bertemu kembali dengan Raja Iblis yang dulu mengalahkan suku kaumnya. Hubungan mereka terus berkembang dan mereka terlibat dalam kisah cinta yang membuatkan para penonton cair.

Anda boleh menonton drama ini di VIKI, iQIYI, Netflix, dan WeTV. Tertarik untuk menontonnya?

Demikian sahaja beberapa pilihan drama Cina tentang roh yang tertukar yang boleh anda tonton di waktu lapang. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 7 Kdrama Ini adalah Remake dari Drama Cina, Meletup dan Popular di Kalangan Peminat Kdrama
Baca juga: 9 Drama Cina Menarik 2024 ini Menarik untuk Ditonton, Pelbagai Genre dan Pilihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here