Home Kdrama/Kmovie 7 Kdrama Ini adalah Remake dari Drama Cina, Meletup dan Popular di...

7 Kdrama Ini adalah Remake dari Drama Cina, Meletup dan Popular di Kalangan Peminat Kdrama

0

Siapa sangka sebenarnya terdapat beberapa buah Kdrama popular diadaptasi atau merupakan remake drama China dan juga drama Thailand.

Bahkan Kdrama remake ini semua sering kali menjadi hits dan biasanya lebih popular dari drama yang asal.

Berikut dibawah ini adalah pilihan Kdrama adaptasi dari drama Cina yang berjaya meraih populariti dan sangat disukai oleh para penonton semasa ditayangkan. Mari sama-sama kita lihat.

IMG 2932

1. Paling ditunggu-tunggu, kdrama A Love So Beautiful (2020) adalah drama Korea adaptasi drama Cina dengan tajuk sama, bertemakan cinta di usia remaja, sangat segar dan kisah cinta penuh kemanisan

 

 

2. Siapa yang masih tidak boleh move on dengan ending Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016)? Drama sageuk yang cukup terkenal ini adalah diadaptasi dari drama Cina yang bertajuk Scarlet Heart

 

 

3. Siapa sangka bahawa A Witch’s Love (2014) adalah drama Korea adaptasi yang telah dijadikan remake dari drama Cina yang bertajuk Queen of No Marriage. Kisah cinta antara dua watak yang mempunyai perbezaan umur

 

 

4. Dari sahabat menjadi kekasih, The Time We Were Not In Love (2015) adalah remake dari drama Taiwan yang bertajuk In Time With You. Dibintangi oleh Ha Ji Won dan Lee Jin Wook

 

 

5. Sangat hype semasa ditayangkan, Mr. Queen (2020) ternyata adalah remake dari drama Cina berjudul Go Princess Go. Siapakah yang masih merindui Mama dragon?

 

 

6. Bermula dari one night stand dan seterusnya berkahwin, You Are My Destiny (2014) adalah drama Korea adaptasi drama Cina yang bertajuk A Fated to Love You

 

 

 

Kdrama

7. A Time Called You (2023) diadaptasi dari drama Taiwan yang bertajuk Some Day or One Day. Cerita tentang penjelajahan masa. Siakan tisu ya, kerana anda pasti menitiskan air mata

Demikian sahaja 7 pilihan Kdrama yang diadaptasi dari drama Cina popular yang tidak kurang hebatnya dan drama-drama remake ini memang lebih terkenal dari drama asal.

Anda sudah menonton drama yang mana satu?

Baca lagi: 7 Kdrama Ini adalah Remake dari Drama Cina, Meletup dan Popular di Kalangan Peminat Kdrama
Baca juga: 12 Kdrama dengan Jalan Cerita Majikan Menyamar Jadi Pekerja Biasa, Menarik dan Menghiburkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here