Home Kdrama/Kmovie 9 Filem Korea Popular Yang Sesuai Dinikmati Pada Musim Cuti

9 Filem Korea Popular Yang Sesuai Dinikmati Pada Musim Cuti

0

Selain drama Korea dan muzik Kpop, industri hiburan Korea Selatan juga terkenal dengan filem-filem yang menarik.

Sama seperti penghasilan filem di negara lain, filem Korea juga terdiri dari berbagai genre seperti aksi, thriller, romantik dan juga komedi.

Pada musim cuti ini, apa kata anda luangkan masa bersama keluarga untuk menonton filem-filem Korea yang cukup popular ini.

 

1. The Beauty Inside

Filem korea

The Beauty Inside adalah filem Korea komedi romantik yang ditayangkan pada 20 Ogos 2015 di Korea Selatan. Filem ini diadaptasi dari filem Amerika Syarikat tahun 2012 dengan tajuk yang sama. The Beauty Inside menceritakan tentang seorang lelaki yang setiap hari bangun dalam tubuh yang berbeza.

 

2. Architecture 101

bb54f2e3 4700 45cd 9480 c0400935c4d2

Filem Korea yang diarahkan oleh Lee Yongju ini ditayangkan pada 22 Mac 2012. Architecture 101 mengisahkan tentang Seung Min yang menerima kunjungan dari seorang wanita yang tidak dikenali di pejabatnya. Ternyata wanita itu adalah Seo-Yeon, cinta pertama Seung Min yang sudah lama tidak dijumpainya. Seo-Yeon meminta Seung Min untuk membangunkan kembali rumah lamanya di Pulau Jeju.

Pada awalnya, Seung Min menolak permintaan tersebut. Namun Seo-Yeon tetap berkeras dan membuatkan Seung-Min tidak mempunyai pilihan lain kecuali menerima permintaan itu. Kenangan lama kembali muncul, lebih-lebih lagi waktu mereka menyedari perbedaan yang ada di antara mereka.

 

3. The King

99f81729 2a3c 4d17 9285 58c1e9dbe8cc

The King adalah filem Korea Selatan yang diterbitkan pada tahun 2017 dan membawa genre thriller yang diarahkan oleh Han Jae-rim yang juga menulis skrip filem ini. Filem ini dibintangi oleh Jo In Sung dan Jung Woo Sung.

 

4. Commitment

56deb1df 81bd 498f b3d2 2e890866096c

Commitment adalah filem Korea genre thriller tentang pengintip dan ejen Korea Selatan tahun 2013 yang dibintangi oleh Choi Seunghyun. Dia membawa watak sebagai ejen Korea Utara yang diberi tugas untuk membunuh pembunuh Korea Utara di Korea Selatan dalam rangka untuk menyelamatkan adiknya.

 

5. The Man From Nowhere

7a082740 fbed 489e a142 2f043512f755

Filem The Man From Nowhere adalah filem Korea Selatan yang ditayangkan pada 5 Ogos 2010. Mengisahkan tentang seorang pemilik kedai pajak gadai yang pendiam dan mempunyai rahsia masa lalu, dia terpaksa kembali ke dunia lama untuk menyelamatkan seorang anak kecil yang merupakan ‘sahabat’ baiknya.

 

6. Master

cf29712f 4285 4faa 9302 35ee91fd386e

Master adalah filem thriller Korea Selatan yang dibintangi oleh Lee Byung-hun, Gang Dong-won dan Kim Woo Bin. Filem Korea ini ditayangkan pada 13 Januari 2017. Pada Februari 2017, Master menduduki tangga ke-32 dalam senarai filem terlaris di Korea Selatan sepanjang zaman.

 

7. My Annoying Brother

e28b3bc8 e81a 463e 9b95 5ffb2a3ecdf0

My Annoying Brother adalah filem Korea Selatan yang ditayangkan pada tahun 2016 dan membawa genre drama komedi yang dibintangi oleh Jo Jung Suk, Do Kyung-soo (D.O EXO), dan Park Shin Hye. Filem ini diterbitkan untuk penonton-penonton Korea Selatan oleh CJ Entertainment pada 23 November 2016.

 

8. Twenty

60fc7a0a c4bb 41be aa89 3c38b9384e18

Twenty adalah filem remaja tentang masa transisi menjadi dewasa. Filem ini diterbitkan di Korea Selatan pada tahun 2015 dan dibintangi oleh Kim Woo Bin, Lee Junho dan Kang Ha Neul.

 

9. Midnight Runners

41e9db96 3137 4fbf a8e9 bd22957b5879

Midnight Runners adalah filem komedi aksi Korea Selatan keluaran tahun 2017 yang diarahkan oleh Jason Kim dan dibintangi oleh Park Seo Joon dan Kang Ha Neul. Filem ini ditayangkan pada 9 Ogos 2017.

Demikian sahaja 9 filem Korea Selatan yang boleh anda jadikan bahan tontonan pada waktu cuti. Selamat menikmati filem-filem menarik dari Korea Selatan ini ya!

Baca lagi: 5 Filem Korea Tentang Family, Sesuai ditonton pada Musim Cuti ini
Baca juga: 7 Filem Korea Paling Menarik Perhatian pada Tahun 2014, Banyak Filem Legend