Home Kdrama/Kmovie Bitter Sweet Hell Kdrama Terbaru Usung Genre Black Comedy 24 Mei Ini

Bitter Sweet Hell Kdrama Terbaru Usung Genre Black Comedy 24 Mei Ini

0

Drama Korea Bitter Sweet Hell atau yang sebelum ini dikenali dengan tajuk Our Home adalah drama black comedy baru yang akan ditayangkan di MBC pada 24 Mei 2024 akan datang.

Drama “Bitter Sweet” ini dihiasi dengan ramai pelakon terkenal iaitu Kim Hee Sun, Lee Hye Young, Kim Nam Hee, Chansung 2PM, Jaechan DKZ, Shin So Yul, Jung Gun Joo, dan Ahn Gil Kang.

 

Sinopsis Bitter Sweet Hell

cd859608 35a9 480c b2ca 7081130d9793 1Bitter Sweet Hell atau Our Home akan ditayangkan secara perdana di MBC bermula pada 24 Mei 2024 akan datang. Drama black comedy baru ini ditulis oleh Nam Ji Yeon dari So I Married the Anti-Fan dan diarahkan oleh Lee Dong Hyun dari She Knows Everything dan Doctor Lawyer.

Kim Hee Sun, Lee Hye Young, Kim Nam Hee, Chansung 2PM, Jaechan DKZ, Shin So Yul, Jung Gun Joo, dan Ahn Gil Kang bakal membintangi drama ini. Bitter Sweet Hell mengisahkan tentang Noh Young Won (Kim Hee Sun), pakar psikiatri paling top di Korea yang bekerjasama dengan ibu mertuanya iaitu penulis novel misteri Hong Sa Gang (Lee Hye Young) untuk melindungi keluarga mereka dari pemeras ugut yang tidak dikenali.

 

Para pelakon yang membintangi Bitter Sweet Hell

Bitter sweet hellKim Hee Sun akan membawa watak sebagai Noh Young Won, konselor keluarga terbaik Korea yang terkenal dan disayangi ramai. Kehidupan Noh Young Won hampir sempurna, baik dari segi kerjaya mahupun keluarga.

Namun, sebuah insiden meragut segalanya. Noh Young Won mula bekerja sama dengan ibu mertuanya iaitu Hong Sa Gang untuk melindungi keluarganya. Watak Hong Sa Gang yang dibawa oleh Lee Hye Young adalah seorang penulis novel misteri.

Kim Nam Hee membawa watak sebagai sebagai suami Noh Young Won yang bernama Choi Jae Jin. Dia bekerja sebagai pakar bedah plastik yang terkenal. Choi Jae Jin adalah seorang lelaki yang sangat menyayangi isteri, ibu, dan anaknya. Sementara itu, Chansung 2PM akan menjadi Noh Young Min, adik kepada Noh Young Won yang kurang matang dan keras kepala.

Jaechan DKZ membawa watak sebagai anak Noh Young Won dan Choi Jae Jin yang bernama Choi Do Hyun. Bukan hanya mempunyai wajah yang tampan, Choi Do Hyun juga anak yang bijak dan sopan santun. Shin So Yul juga memeriahkan Bitter Sweet Hell sebagai watak yang bernama Oh Ji Eun. Dia merupakan pakar bedah plastik yang bekerja di hospital yang sama dengan Choi Jae Jin.

Jung Gun Joo akan mencipta ketegangan dalam drama ini melalui wataknya sebagai Moon Tae Oh. Dia merupakan guru matematik Choi Do Hyun yang kelihatan ceria dan polos tetapi sebenarnya menyimpan sisi misteri dalam dirinya. Tidak ketinggalan pelakon senior Ahn Gil Kang yang akan membawa watak sebagai Park Kang Sung. Park Kang Sung adalah pemilik restoran yang bersedia melakukan apa-apa sahaja untuk Hong Sa Gang.

 

Mengapa anda perlu menonton Bitter Sweet Hell

IMG 2701 scaledBitter Sweet Hell perlu dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda kerana selain ceritanya yang menegangkan, drama ini juga dibintangi oleh ramai pelakon-pelakon popular. Ini adalah drama baru Kim Hee Sun selepas Remarriage and Desires dan Tomorrow pada tahun 2022.

Adakah anda sudah teruja untuk menonton “Bitter Sweet Hell” ini nanti? Nantikan ya!

Baca lagi: 5 Hasil Pendapatan Wonyoung IVE, Gigih dan Kuat Bekerja
Baca juga: ‘Chief Detective 1958’ Memecahkan Rekod MBC, Dengan Rating Dua Digit